RSS

ASB dividen... korang dah update buku pelaburan???


Assalamualaikum....
Korang dah update buku pelaburan ASB??? Kalo korang pegi mana-mana Maybank atau CIMB atau RHB atau pejabat ASNB mesti penuh dengan orang.... biasanya samada nak update buku pelaburan ataupun nak keluarkan duit.... hehehe nak masukkan duit pun ade jugak lah.....

Aku pun macam tu jugak..... ingatkan nak buat urusniaga ASB tapi bila tengok cropwded yang amat so aku amik nombor dulu.... ok lah tunggu lagi 95 orang... Aku balik opis siapkan keje... dengan harapan aku datang balik dah sampai turn aku.....tapi nak dijadikan cerita selepas 2 jam kene tunggu lagi 50 orang.....

Oklah aku faham ...orang ramai... mungkin sistem pun hang dan jam.... tapi alhamdulilah staff asnb buka satu kaunter untuk update buku sahaja..... aku pun masuk la beratur kat kaunter tu... sistem hang lagi.... pastu ok balik pastu hang..... sabar aje la.... orang ramai pun tak ada lah marah-marah mereka faham situasi..... staff asnb pun siap bagi kami amik risalah kewangan tuk baca dan boleh bawak balik rumah skali.....

Sampai turn aku... dapatlah print semua buku-buku pelaburan menggunakan sistem komputer dalam ofis mereka (bukan di kaunter) ... yelah... sampai macam tu skali, mereka menggunakan sebanyak mana alternatif tuk bantu orang ramai yang datang dari pagi hari....

Syabas aku ucapkan pada staff asnb Bukit Baru Melaka.....



Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen sebanyak 7.65 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011. Agihan pendapatan itu meningkat 0.15 sen seunit berbanding agihan yang dibayar tahun lalu iaitu 7.50 sen seunit. Bagi aku peningkatan sebegini pasti mengembirakan para pemegang pemegang unit amanah ASB kan. Maknanya jumlah keseluruhan adalah 8.80.... Tengok orang ramai pun hepi dapat dividen yang agak best jugak

oklah... chow dulu

0 comment: