RSS

10 JENIS MAKANAN PEMBAKAR LEMAK (bahagian 1)

Assalamualaikum...
Lamanya tak berblog so hari ini Intan nak cerita sikit tentang makanan yang dikategorikan pembakar lemak. So bagi yang sedang berdiet boleh lah take note... Oklah, termasuk lah Intan juga ni... almaklumlah... Dah free sikit ni bolehlah rajin berblog dan menjaga pemakanan... Kalau tak main hentam je kan... Asalkan boleh je, bila lapar dah macam 10 hari tak makan so takde lah nak control sangat... akhirnya pear la jawabnya...

1)   MINYAK ZAITUN


  • minyak zaitun adalah pilihan yang sihat dalam menentang lemak. Ia dikatakan terbukti menentang 3 kali lebih h cepat daripada lemak tak baik seperti lemak trans yang dijumpai dalam produk-produk komersial makanan dan juga mengandungi lemak tak tepu yang mana dapat menurunkan kadar kolesterol tak baik dalam darah. Boleh juga diamalkan memakan sesudu minyak zaitun setiap hari untuk mengurangkan lemak dalam badan


2)   TENUSU RENDAH LEMAK
\


  • Tenusu rendah lemak seperti susu skim dan yougurt terdiri dari protein dan kalsium yang membantu dalam meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan pembakaran lemak dalam tubuh. 


3)   PUTIH TELUR



  • putih telur terdiri dari protein yang tinggi yang akan membantu dalam pembakaran lemak. tapi perlu diingat asingkan kuning telur kerana kandungan kolesterol yang tinggi dalam kuning telur. 



4)   DAGING PEJAL



  • Daging boleh membantu membakar lemak selagi kita boleh memilih daging yang betul. Contohnya daging ayam belanda yang mengandungi protein dan sedikit lemak. Daging lembu batang pinang juga pejal dan tinggi protein. Namun elakkan bahagian-bahagian daging berlemak




5) IKAN

  • Ikan ni seperti yang sedia maklum mengandungi protein yang sangat tinggi dan lemak yang baik. Selain itu ia juga mengandungi omega 3 asid lemak yang baik untuk meningkatkan sistem imun dalam tubuh dan membersihkan kolesterol dalam salur darah kita.


Oklah, nanti kita sambung lagi bahagian ke 2 untuk 5 lagi jenis makanan pembakar lemak. Intan dah mengantuk tahap cipan ni....

Gud nite semua





0 comment: