RSS

Sky Fall - James Bond

Assalamualaikum pembaca sekelian....


Hari ini Intan nak review sikit tentang movie yang baru je Intan tonton iaitu 007- Sky Fall edisi sequel James Bond yang tak asing lagi...
Heronya Daniel Craig yang hensem lagi bergaya dan sasa...huhuhu dan heroinnya erm... samaar-samar mungkin boleh ckp M kot (Judi Dench) ketua si James Bond ni la....

Apa yang menarik, evolusi sequel James Bond yang ini tidak lagi terlalu bergantung pada alatan-alatan canggih yang super pelik dalam misinya... James Bond perlu lebih dahsyat dari segi fizikal dan pengaturan misi supaya penonton boleh sedia maklum kehebatan Bond sudah tidak relevan dengan alatan canggih....

Skyfall nyanyian Adele memang sedap dan memberikan mood menonton cerita ini....Kisahnya James Bond diarahkan menyelamatkan satu dokumen sulit sehinggakan James Bond hampir terbunuh kerana terkena tembakan rakannya sendiri dan Bond menghilang selepas itu.....

apabila kemunculan Bond dia sebenarnya sudah lemah dari segi fizikal, namun demi menyelamatkan M dia segera merancang untuk menghapuskan penjahat yang juga sebenarnya bekas agent kendalian M juga (yang ingin membalas dendam)...

Berjaya atau tak kena tonton sendiri sebab kang Intan cerita korang malas dah xexcited nak tengok kan.... tapi keseluruhan boleh bagi 9/10 bintang sebab padat aksi.... dan best

Selamat menonton

0 comment: