RSS

Kemalangan (part 3)


Lamanya nak tau sambungan part 3 ni.... almaklum lah sibuk dengan kerja, urusan dgn lawyer, urusan bercuti...ekekekekek.... dah nak masuk 2 bulan mabel kat toyota servis apa khabar la agaknya...... Gambar hiasan dari en wiki diatas menunjukkan aku nak citer pasal urusan aku dgn polis trafik.....

oklah kawan-kawan, sekiranya anda terlibat dengan kemalangan apa yang anda perlu buat ialah
1. Keluar dari kenderaan anda dengan segera.....
2. Kalau boleh capai barangan berharga capai la... tapi kalo dah kelam kabut dan tergamam selamat kan diri lebih-lebih lagi keadaan yang berbahaya seperti tangki minyak bocor dan sebagainya
3. Tenangkan diri dan hubungi tow truck untuk menarik kenderaan anda....
4. Pastikan kenderaan anda dibawa ke balai polis dan anda juga boleh membuat repot kemalangan di balai polis unit trafik (perlu diingatkan report perlu dibuat 24jam dari masa kejadian kecuali kes-kes terkecuali spt anda @ mangsa cedera parah
5. Polis akan mengambil gambar kenderaan anda dan baru lah kenderaan anda itu boleh dibawa ke mekanik atau pusat baikpulih kereta....
6. Sekiranya anda adalah mangsa iaitu akemalangan berpunca dari kenderaan lain... pihak insuran kereta yang melanggar anda akan menanggung kos baikpulih kereta anda dan jika anda yang bersalah pihak insuran kereta anda yang menanggungnya pluss anda juga disaman oleh pilak polis sebanyak RM300.00
7. jangan lupa sepanjang masa kereta anda dibaiki anda boleh memohon 'wang pampasan' kepada pihak insuran si pelanggar kerana ketiadaan kereta menyukarkan anda menjalani kehidupan seharian (kes anda adalah mangsa)

Dalam kes mabel ... yer tow truck itu menghantar mabel ke pusat toyota sebelum ke balai polis dan yer aku dimarahi oleh polis kerana tidak menghantar mabel ke balai polis dulu... aku hanya jawab 'encik, saya bukannya eksident setiap hari, mana la saya tau' memang agak kurang hajar di situ tetapi aku benggang la cara pegawai polis itu memarahi aku.....kemudian dia marah aku sebab lambat buat report sedangkan belum cukup 24jam lagi.... aku ni keje, bukannya goyang kaki sepanjang masa jadi tak perlu lah nak marah-marah sebab bende tu.... (ok kemalangan tu terjadi pukul 9 pagi dan aku buat report pukul 8 malam...rasenya baru 11 jam) dan lepas tu en. polis tu asik menggugut kereta aku mungkin tak dapat dicover oleh insuran.... nak aje aku cakap, aku pun ada banyak duit nak betulkan kete aku sendiri... tapi aku sabar je la, dengan pegawai kerajaan yang hanya suke menekan rakyat jelata yang baikhati seperti aku ini..... sebelum dia membebel lebih panjang aku just cakap... kalau tak ade apa-apa yang lebih penting, saya nak balik dulu.... then aku terus blahh....

Pegawai polis itu juga cakap yang aku seharusnya disaman walaupun aku tidak melanggar kenderaan lain tapi disebabkan balai polis daerah itu belum menggenakan saman atas kes aku jadinya aku terlepas...... Nak aje aku cakap, cukup-cukuplah menakutkan aku dgn saman-saman bagai.... aku xheran dgn semua tu... Kau keje aku ikut prosedur.... kereta kene langgar, kalo ko marah-marah pun bukannya kereta tu elok sendiri....

Sebenarnya ni kali kedua aku masuk balai polis atas kemalangan mabel dan kali pertama memang aku makan hati dgn cara polis soal siasat aku (padahal masa tu aku tak bersalah= aku dilanggar). bila kali kedua ni aku jadi lebih berani ..... Bagi aku boleh soal siasat tapi kita ada budi bahasa tutur bicara..... Bukannya polis tu yang kene bayar kos repair kete aku... dia cuma ambil report sahaja..... tak perlu la berlebih-lebih yer

Gold Coast day 1 (KL-GC)

Aku sudah selamat tiba di bilik no 30 SANTANA RESORT HOLIDAY semasa entry ini ditulis perjalanan selama 8 jam tidak terasa kerana aku TIDURRRRR.... huhuhu..... Aku bertolak ke putrajaya dari melaka pukul 10pagi dan lbh kurang pukul 7.30mlm baru ke lcct....

Tengok mata pun tau aku amat letih dan mengantuk. huhuhu

Memang penat sgt lbh2 lagi aku sakit tekak jadinya aku asik mkn gula2 fisherman friends dan lbh kurang 5 sudu ubat batuk.... Kesan dari itu aku jd mamai, melayang dan tidur..... Sedar dr tidur, aku tidur balik.... Airpott gc takde la besar pun immigresen memang ketat seperti yg dikatakan. Habis beg kitorang dicheck.... Nak diikutkan mmg makanan tak boleh bwk kat australia Tp kitorang bawak jugak... Akhirnya beberapa paket 3 in 1 nesvita dan 2 kotak campbell mushroom soup dirampas... Mmg ade guide lines ttg makanan. Cth dairy food xleh msk. Alasan yg diberi dlm mushroom soup kitorang ade ingredient new kind of protein.... Lepas tu siap bagitahu product malaysia xboleh, product singapore ke indonesia ke boleh... Hampeh tol... Tapi mujur lah anjing kecil yang berlegar2 dikawasan immigresen itu tidak mengejar beg kitorang... Walaupun comel haku tetap tak suke anjing2 ituw.....

Setelah selesai urusan immigresen kami menaiki bas translink ke SANTANA HOLIDAY RESORT. macam kedek sgt kan naik bas melancong tapi korang jgn tak tau... Bas situ memang sgt convenience.... Bas airport siap ada rack for bag.... Tambang pulak aud 6.90..... Lepas ni kitorang akan ke surfer paradise untuk mencari 7 eleven bagi mendapatkan go card.... Sejenis kad yang macam touch n go tetapi memberi diskaun 15% dari harga single ticket. Berbaloi sangat kn... Sepanjang seminggu kat gc ni aku menggunakan sebanyak aud65 sahaja...


Naik bas bayar single tiket pada driver atau touch aje kat terminat go card, lepas tu cakap dengan driver nama hotel/apartment kita. Driver sini memang ramah, macam pemandu pelancong kiri kanan sume dia bagi information dengan mikrofon... so best sgt naik bas awam sini


Bas awam terdapat special bag rack... best kan

Berbalik pada surfer paradise pencarian Ali baba kebab menuju jalan buntu... Akhirnya makan kebab di theo's kebab... Review "tak sedap".... Selain dari itu kita jugs ke woolworth pasaraya mcm tesco tp kecil sikit, yang terletak di banggunan centro surfer paradise sbb nk cari brg2 dapur. Seperti bawang, susu, telur, marjerin dan sebagainya... Harga memang murah la tapi kalo korang convert ke RM memang la korang akan ckp mahal.... Kite berjalan2 sekitar surfer dan melihat gelagat org ramai dan pelancong2 asing....


Pantai surfer paradise


Jalan-jalan surfer paradise

Pencarian kedai travel agent jepun yang dikatakan abang iparku menjual theme park ticket dengan harga murah menemui kejayaan.... JTV TRAVEL... yang terletak tidak jauh dari cavill avenue... Nak diikutkan harga memang murah sikit.... So kite berjaya merembat ticket dreamworld dengan harga aud67 instead of aud80.... Kami pulang ke apartment dgn hati riang....



Apa yang menarik kat kedai JTV ini ialah signboard assalamualaikum dalam tulisan arab/jawi... dan juga dalam pelbagai bahasa dan tulisan. Kalau perasan dalam kedai itu ade mesin mcm atm kecil tp tu bukan atm tau.. Ia adalah mesin menjual theme park dan pelbagai tiket tempat menarik sekitar gold coast ini... menarik kan.... kat luar bilik receptionist apartment kami pun ade mesin ini jugak....

Perkiraan estimate kos untuk hari pertama kami membeli go card dan juga keseluruhan topup nya - aud65 (aud40 hari pertama dan aud20 hari keenam dan aud5 adalah emergency topup). kami ke JTL Travel beli tiket Dreamworld- aud 67 dan seterusnya kami ke woolworth tuk beli barangan dapur sampingan seperti roti, telur, margerin, bawang, buah-buahan dala lebih kurang aud 60 (estimate keseluruhan untuk kegunaan seminggu) bahagi 4 orang aud15

Jadi keseluruhan kos untuk hari ke pertama ialah aud147. Dicampur kesemuanya (preparation 1268.09 (aud408) ialah aud555 perbelanjaan setakat itu

Gold coast- SANTANA HOLIDAY RESORT (special part 1)


Salam 1 Malaysia,
Hehe mcm pembaca berita pulak... Harini nak review pasal apartment kitorang kt gold coast. Santana apartment, bilik kitorg no 30 tingkat 3 ok... Terletak kt area broadbeach surfer paradise, aku rasa complete sgt apartment ni rasa mcm rumah sendiri....


Apartment kami ini mempunyai 1 bilik, 1 toilet, complete dapur, television, meja dining dan sesuai untuk pelancong seramai 4 orang dewasa kerana ada sofa bed. Nak kata luas tak la tapi memang lengkap terutama dapurnya. Seperti yg aku part yg lepas, aku cerita tentang kepentingan dapur kerana kami masak tuk makan dan bawak bekal.

Mula2 aku mcm ragu sikit, sebab yelah negara mat salleh mana makan nasi mcm kite ni... Ada gak terfikir nk bwk rice cooker dr mesia, tapi batalkan niat sbb rice cooker kitorg bukannyer kecik nak bwk naik airasia bagai... Huhuhu tapi alhamdulliah sebijik rice cooker disediakan... Tak sangka sgt tau. Selain dari tu segala mak nenek peralatan dapur pun ade pelbagai saiz pisau, pinggan mangkuk, microwave, fridge, dishwasher, sehinggakan mesin pengadun kek pun ade ( sempat ke nk buat kek bagai... Huhuhu) segalanya complete.... Alhamdullilah


Setiap bilik apartment memang ade balcony/ courtyard untuk menikmati permandangan indah lebih- lebih lagi di waktu pagi.Nyaman amat tau... Tak bawa pakaian yang cukup jangan risau mesin basuh dan pengering nya juga disediakan ..... Basuh la baju sebanyak mana..... Dan kalo renyuk gosok lah dengan iron dan board iron yang disediakan.... Serba lengkap



Television lak lengkap dengan siaran movie dan juga intisari rancangan nya... tak silap ade 3 channel movie movie one, movie great dan movie extra... banyak gak movie best peneman sebelum tidur almaklum kami tidur di sofa bed yang mengadap tv... walau bagaimanapun channel sukan dan cartoon serta series drama pun ade.....





Apa kesimpulannya apartment kami seminggu ini sudah lengkap sangat la dan selesa tuk kami berempat harga pun takde la mahal kalau tgk websitenyer satu malam boleh jatuh kurang aud100.... kalau nak lagi murah boleh contact aku k.

Nak citer tentang hotel outdoor facilities memang ok sesangat dari segi kebersihan ataupun keselamatan. heated pool, spa, games room, receptionist yang ramah sangat.... Kalau nak tanya apa-apa boleh je jumpe anthony and racquel diorang ni husband and wife menguruskan resort apartment ni.... memang ramah sedia membantu....Sesampai aje aku kat hotel ni macam-macam brochure aku dapat supaya aku dapat menikmati percutian yang terancang..... kalau nak beli theme park atau any attaraction ticket pun boleh... so takde lah kelam kabut kalo tak prepare ape-ape pun...



Bangunan putih yang macam gereja depan tu adalah restaurant korea..... memang mengadap gold coast highway... so kalo naik bas nak ke bus stand lintas je tunggu depan restoren ni.... kalau nak ke jalan menghala surfer paradise boleh tunggu bas kat depan station shell....if ade sewa kereta... parking pun provided kat garage bertutup bawah tanah... safety sesangat....

oklah.. sampai sini dulu... nantikan entry aku yang seterusnya and enjoy the pix...... daa