RSS

Jung Seung Hwan – If It Was You (너였으면) translate


Jung Seung Hwan – If It Was You (너였으면) 




Why is it so hard for you?
To properly see me trying?
I get shocked to see
How much I can hurt because of you
My days are a struggle
Even my dreams are painful
It if was you, how would it be?
If these crazy days
Became yours?
If you break down as much as me
Will you know?
All the pain that fills me
To the point where my heart is about to explode
How much I want you?
If I was you
I would just love me
My heart is endlessly down in the ground
I’m afraid of everything that surrounds me
They say you’ll be happy when you fall in love
Who said that?
Because I only know a love
That looks at you from behind
It if was you, how would it be?
If these crazy days
Became yours?
If you break down as much as me
Will you know?
All the pain that fills me
To the point where my heart is about to explode
How much I want you?
I know you already answered me
I know the meaning of an answerless answer
But I pretend not to know and I’m lingering
Do you know how I’m doing these days?
I can’t even fall asleep
I can’t even swallow anything
Do you know that I’m becoming more ruined
As I look at you?
I feel like dying
Even though there’s no way you’ll come to me
Even though I know you’re looking somewhere else
I don’t think I can let go of you

TRIP JEJU 2018 - Cuti-Cuti South Korea - Day 1 Part 2

Assalamualaikum Warahmatullah




Sambungan dari Part 1, Intan dah inform Intan dah Book Kia Morning, sampai sana saja, Minah kaunter tu tak bagi Intan kereta jenis tu atas alasan beg Intan terlalu banyak, besar dan perlu gunakan kereta yang besar jenis standard. Intan tak kisah pun sebab Intan memang nak tukar kereta sebelum sampai Jeju lagi, pastu Intan fikir Mak Intan mungkin xselesa kereta kecil so okey lah kalau nak tukar, tapi bila Minah tu bgtau tiada diskaun diberi, Intan agak tak puas hati. Yelah kita dah book awal, dapat discount 50% dari website untuk Kia Morning, lengkap dgn full coverage insuran bagai pastu dah bayar sesiap dapat diskaun lagi w5000. tetiba Minah tu bgtau tiada discount untuk kereta standard ni.. Lupa nak inform, kereta yang dicadangkan untuk Intan Kia K5, Dia ala-ala Honda civic/toyota Altis la lebih kurang besar dia.(agaknya kot sbb rasanya Camry lebih besar)




Intan mengimul lah salahkan diorang sebab dah le paksa tukar kereta pastu tak nak bagi discount agak bising jugak lah Intan depan kaunter tu sambil orang-orang lain dok pandang2... huhuhu bila fikir balik, ckp bising2 panjang2 ntah-ntah diorang tak faham pun kita cakap ape. sebab masalah komunikasi agak sukar lah sikit, english diorang agak susah Intan nak faham tapi boleh la sikit2. Kat sini nak bgtau, kalau korang memang cadang nak sewa kereta kecil pastu barang banyak, pandai-pandai lah korang elak dari diorang paksa tukar kereta... tapi kes Intan, kena terimalah walaupun masa tu tarik muka kejap lah Intan...



Sedang duduk-duduk tunggu di panggil untuk ambil kereta, Intan bukak lah website Lotte rent car ni dan cuba select jenis kereta Kia K5, eh ade lah discount bukan tak ada... haishhh minah kaunter ni... xpasal-pasal kene dengar bebel Intan panjang-panjang. Dia tak faham kot jenis discount yang kita minta.. bukan kita minta discount tambahan atau extra, cuma kekalkan discount yang ada... So bila dah tau ada discount agak lega jugalah, mujur dapat gps versi english selain tu Intan amik full coverage insuran... Bukan ape kadang-kadang kita tak excident ape2 asal ada kemek dia charge... tapi kalau ada yang tak nak ambil insuran, make sure snap kereta mana calar mana kemek supaya tak kena tekan bila pulangkan kereta nanti... Lagi satu ambil kereta full bar minyak so pulang kereta pun perlu penuhkan tangki juga..





Selepas  ditunjuk ajar cara basic nak drive kereta oleh oppa rent car ni, so kami pun bergerak ke hotel. nak bgtau jugak oppa ni lebih fluent dari minah kaunter tu, senang nak faham dia cakap apa...huhuhu. Mula-mula kekok lefthand driving ni tapi lama-lama okey lah. Intan pun first time guna smart key untuk start enjin kereta ni... agak kagum lah jugak sebab kereta kami di Malaysia tak secanggih ni lagi... Kereta pun selesa so Intan puas hati lah jugak kereta yang selesa untuk mak Intan. Nak inform juga, gps ni selain cari arah tempat, juga mengesan speed bump, red light camera dan speed camera. Jadi jangan lah bawak laju-laju... Intan perasan highway pun paling tinggi dalam 70km/jam... kalau tak bising je lah gps tu...



Beachscape pension 

Jarak Jeju Airport ke Hotel kami dalam 5 minit je, memang dekat sangat pun. Sampai di Hotel terus check in. Intan nak bgtau pasal hotel ni memang Intan puas hati sangat-sangat. Kriteria yang kami nak ialah ada private kitchen, ada katil untuk 4 orang, ada wifi yang laju sebab afiqah semiau mesti nak bukak laptop, isamsung, 2 henfon dia selain 2 mp3 dia.... huhuhu kau mampu pergi bercuti dengan benda alah ni sume. walaupun setakat electric stove sudah memadai untuk kami. Lupa nak bgtau bilik kami sebelah office je, so tak perlu daki banyak anak tangga, syukur lah sebab kita bawak mak kan... hotel ni tak ada lif tapi ada bilik basement juga so kalau dari luar bilik Intan ni tingkat 2 lah... depan office ada water filter air panas / sejuk siap ada kopi maxim lagi... untung sangat kami...



dapur yang serba lengkap pinggan mangkuk/cerek electric/rice cooker/peti sejuk/kuali leper/periuk  dll

Tentang wifi memang laju, puas rasanya main internet... baik wifi hotel mahupun wifi mobile yang kami sewa, kedua-duanya amat memudahkan kami... pantas dan laju gitu... bila lah internet Malaysia nak semaju itu... sob sob sob...TV bilik kami banyak sangat chanel, tapi mostly bahasa korea la... yang kitorang leh tengok fox movie dengan axn. Afiqah boleh pulak layan kartun korea ni, pagi-pagi dah tergelak-gelak tengok kartun..ntah faham ke ntah tak... Kami juga menggunakan mesin basuh yang terletak di bilik laundry depan pintu masuk. Cuma dryer je tak ada so kami diberi hanger rack untuk sidai baju sendiri di balconi bilik... Baju memang cepat kering sebab musim panas kan time Intan pergi ni..


2 katil queen utk 4 orang
Cerita sebelum check in, bila sampai hotel, mak Intan tak boleh keluar sebab pintu kereta macam jam bila nak dibuka dari dalam.. So Mak Intan suspect child lock lah... so lubang child lock tu, mak Intan pusingkan supaya boleh dibuka dalam dan luar.. Tetiba pintu belakang tu terus xboleh tutup, macam ada besi yang halang... Macam-macam cuba pintu tak boleh ditutup, kebetulan manager hotel tu keluar, Intan minta tolong dia... Baik sangat orangnya, dia pun cuba macam-macam... Bila tak berjaya, dia minta resit Lotte Rent Car ni, dia terus call pakai handfon dia pastu cakap bahasa korea... Intan dengar macam marah2 la dia cakap kat orang dalam telefon tu... Entah macamana dia godeh-godeh, pintu berjaya ditutup... Alhamdullilah... terima kasih banyak2 Mr Bohyeon kerana memudahkan urusan kami..
Mr Bohyeon sedang membantu menguruskan hal pintu kereta belakang tak boleh tutup ni ha
Malam tu kami hanya rehat dalam bilik. Makan malam pula, sajian nasi dan sambal sosej dari bekalan. Kami tidur dengan lena gitu... Water presure, aircond pun tiada masalah semuanya baik sahaja...

Nanti Intan sambung Day 2

Perbelanjaan
Hotel 6 hari : RM2093.54
Kereta 6 hari: RM 1870.41

TOTAL : RM3963.95 @ RM 990.99/person

TOTAL BESAR : RM7146.95


TRIP JEJU 2018. Cuti-cuti South Korea- Day 1 Part 1

Assalamualaikum Warahmatullah

kita mulakan muqadimmah dengan gambar awan

Lama intan tak update blog, lebih-lebih lagi sibuk sangat menguruskan kerja sehingga nak tanguh dulu blog ni... sampai satu masa Intan tak boleh nak recall balik pengalaman Intan. Tahun 2018 saja intan sempat juga melancong ke Padang, Indonesia (percutian bersama mak Intan yang masa tu baru saja habis eddah atas kematian arwah ayah), Umrah BaitulMaqdis  so singgah di Jordan dan BaitulMaqdis (Israel/Palestin),sebelum ke MEKAH dan MADINAH. Semasa trip Tokyo, JEPUN Feb2018, Intan berkobar-kobar juga nak update... akhirnya bila terlalu lama... terus lupa.. so nak update ape nya kalau dah lupa..

Sebenarnya tujuan Intan update ni, bukan sekadar ingatan Intan masa akan datang tapi untuk rujukan pembaca-pembaca lain juga... Walaupun blog Intan tak adalah sefamous blog-blog lain tapi Intan rasa perlu, memandangkan Intan banyak buat rujukan untuk trip-trip Intan dengan menjengah blog-blog orang lain, jadi tak salah untuk blog Intan jadi rujukan orang lain yang nak ke JEJU pulak kan.. jadi sharing is caring... kan.


Percutian kali ini adalah bersama keluarga iaitu Mak Intan dan Dua Orang adik Boy dan Afiqah Semiau... Antara persiapan yang Intan buat ialah

1) Book Hotel thru booking.com,
2) Buat IDP (International Driving Permit) memang diperlukan jika nak sewa kereta
3) Book kereta sewa thru LOTTE rent car,
4) Book wifi melalui KLOOK,
5) Ittinery lengkap 6 hari (tak ikut langsung ittinery ni),
6) Tukar duit won w1000 = RM3.563. Intan tukar W1,100,000
5) Alatan memasak dan bahan-bahan (Kami banyak makan masakan sendiri)

IDP Intan, sah setahun saja dengan bayaran RM150.00


macam sebulan bekalan kami kan
Ada sesuatu jugak Intan nak share. Masalah kita kalau di luar negara antaranya toilet tak ada air... Menyukarkan sangat, setakat ada tisu pun tak rasa puas kan... Dulu Intan selalu standby wet tissue.... pastu bawaklah air botol mineral, isi air siap-siap kat singki dan bawak masuk toilet.. Tapi ada satu botol yang sangat sesuai untuk tujuan itu.... Intan beli semata-mata untuk urusan ini.... Benda ni Intan gunakan atas perkongsian dari member masa melancong di Jepun so Intan rasa walaupun tak sepuas ada paip dalam toilet tapi still memadai... Botol ni boleh dibeli di Station Minyak Shell... Masa guna botol ni dalam toilet.... picitkan aje.... Intan sebenarnya suka beli dan minum Mineral Mesra di Petronas, air spritzer pun tak berapa suka  tapi beli jugaklah Air mineral botol unik ni di Shell untuk tujuan ni... gambarnya di bawah
Water to Go 

5 Ogos 2018, Kami bergerak dari melaka ke Puchong dan bermalam di rumah kakak kami kerana Flight Airasia bertolak pukul 6.50am pada 6 Ogos 2018. Apabila selesai check in beg semua, Intan bergegas ke pusat Pick Up wifi, sebab Intan perlukan mobile wifi untuk sumber internet di sana. Lebih-lebih lagi adik Intan memang hantu gadget so amat sangat lah diperlukan. Intan book melalui KLOOK dan pick up di klia2. proses sangat mudah, harganya pun berpatutan. Masa Intan sewa masa tu RM14/SEHARI tapi sekarang dah turun RM12/SEHARI, stress aje kan...huhuhu. Line di korea sangat lancar dan sangat-sangat membantu. Boleh guna max 10 device, tapi kami pakai dalam 5 device camtu la, line memang bagus.. ini link sewa wifi yang Intan gunakan

www.klook.com/activity/3465-wifi-device-korea-jeju/?krt=s21&krid=ae27410f-1a0f-43ee-64de-47d0093b4cfa

Walaupun dalam kelamkabut berjaya juga sampai di terminal dan bergilir solat Subuh di Terminal mujur balai berlepas kami tidak jauh. Kami bergilir-gilir untuk menjaga adik dan beg. Syukur KLIA2 dilengkapi surau yang selesa.. Untuk perbelanjaan tiket flight, Intan hanya menempah 30kg beg luggage dan makanan setiap seorang. Return pun sama itupun book last minit tambah prebook luggage sbb di Puchong, bila timbang beg kami melebihi berat.

Perjalanan mengambil masa 5 jam 50 minit. Alhamdullilah semuanya selamat, adik Intan pun tak buat perangai. Cuma Intan pelik, Air Asia menyedia prebook makanan agak lewat. Tapi Intan tak kisah sangat sebab tak lapar sangat dan sebelum berlepas lagi Intan dah tertidur. Sampai di Airport JEJU kami terus amik beg dan menuju ke parking shuttle bas untuk pick up kereta sewa. Sampai di pintu arrival, lintas jalan dan menuju ke susur gajah belah kanan... Kita akan nampak satu bangunan kecil ala-ala terminal bas kecil. Intan dah book dari LOTTE-RENT CAR. dan cari parking area 6-9 untuk shuttle bas ke JEJU AUTO HOUSE.

Keluar airport, lintas jalan... terus ikut susur gajah kanan


ikut saja anak panah

inilah bangunannya, depan bangunan ni cari parking 6-9 shuttle bas ke jeju auto house, jika tak tahu boleh tanya ahjussi, yang sedia membantu. sebut je LOTTE RENT CAR dia tunjuk je shuttle BUS yang boleh naik.. bas ni free tau
kaunter sewa kereta.. hanya 1 kaunter dibuka untuk foreigner.. English mereka... agak samar2 gitu nak faham. tapi mereka cuba lah juga nak faham siap googlekan translate kat screen pc kaunter tu 


www.lotterentacar.net/kor/main/index.do

Sebenarnya Intan dah book kereta jenis Kia morning untuk kami berempat, kereta paling compact.. Antara sebabnya ialah, Intan risau bawak kereta besar-besar untuk lefthanded.. takut tak biasa dan masa Intan book tu, Intan dah terus bayar sebab boleh dapat discount W5000, tanpa memikirkan beg-beg yang kami bawa, pastu rasa menyesal pulak kan.. tapi dah bayar so nak tukar macam tunggu je lah nanti..  Sesampai di JEJU AUTO HOUSE drama bermula... deng..deng..deng...;

Nanti Intan sambung.

Perbelanjaan
tiket flight Air Asia : RM2949.00 (tix return inc)
IDP = RM150.00
KLOOK wifi = RM84.00

total: RM3183.00 @ RM795.75/person




NAK KURUS TAPI TAK KURUS-KURUS SEBABNYA.....

Assalamualaikum..
Macam biasa ayat Intan, lama tak berblog.... Intan agak sibuk memandangkan kerja makin bertambah. Ayahanda Intan yang dikasihi pulang pergi dijemput illahi... Agak lama jugak Intan nak move on, yelah beliaulah tempat merujuk, mengadu, mintak pinjam duit. Pada yang terbaca blog ni, harap dapat sedekahkan Al-Fatihah buat ayahanda Intan arwah ABD RAHIM BIN ISMAIL.

HANGAT-HANGAT TAHI AYAM

Intan nak cerita pasal impian Intan yang nak kuruskan badan tapi tak tercapai ni... hahaha.. tak tercapai pun nak bgtau... antara sebab2nya Intan sangatlah tak konsisten dan hangat2 tahi ayam... maksudnya, kalau semangat tu sekejap aje..
Lepas tu dah malas.... pagi2 lepas subuh sambung tarik selimut lagi

NO PRODUCT

Intan memang dari dulu tak mahu mengamalkan product atau suppliment slimming, sebab Intan ni bukan jenis konsisten dan kejap buat kejap tak... samalah macam kat atas tadi... hangat2 tahi ayam...
Tapi Intan cuba jugak secara alami....ada jugak minum air lemon la, air halia lah tapi kadang-kadang aje... Lagi satu, Intan takut ada kesan sampingan jangka panjang jika kerap mengamalkan suppliment yang kita sendiri tak tahu keberkesanannya

HOBI SAYA IALAH TIDUR

Orang lain hobi dahsyat sangat, main dron lah, kumpul hot wheel lah, tapi Intan pulak TIDUR.. Kadang-kadang Intan memang suka travel tapi kalau ditanya travelmate Intan, apa yang kerap Intan lakukan kalau travel ialah TIDUR. pastu baru fikir nak jalan-jalan mana dulu.... Risau gak akan membosankan rakan travel...

TEMAN BERSUKAN

Memandangkan Intan masih single dan rakan-rakan Intan yang lain sudah berkeluarga so agak terhad untuk Intan cari teman bersukan... Kadang-kadang sorang-sorang menjadikan Intan kurang bermotivasi... Kalau kawan2 yang lain pagi2 dah sibuk uruskan anak lah, siap2 pergi kerja lah... Memang Intan faham lah situasi tu... Cuma Intan lah, kerja pun ikut suka hati walaupun ikut suka hati patutnya lebih punya banyak masa untuk bersukan atau bersenam.. tapi NAN HADO

TAK KONTROL MAKAN

Intan bukan takat tak kontrol makan tapi pelahab tak tahan tu.... asal nak diet ade je nak cheat day bagai... penat dah fikir formula nak kontrol makan ni... tapi bila lapar dia punya tak tahan boleh makan sebelangga nasi... Pernah gak berdiet atkin yang ala-ala kontrol karbohidrat... setakat 3 hari boleh la tahan...

KURANG BERGERAK

Sedia maklumlah Intan yang malas bersenam ni, tapi nak bergerak pun malas camno.. Rumah setingkat memang takde lah naik turun tangga... naik kereta tempat kerja, turun kete terus sampai... duduk atas kerusi sampai pukul 5 petang... aisyhhh bila la masa tenaga nak dilepaskan... sepatutnya Intan banyak berjalan dan parking tempat jauh agak beri kesempatan untuk kaki bergerak... tapi parking jauh pulak takut kete Intan kena pecah kahkahkah... alasan sahaja tu....

SUKA CIPTA ALASAN

itulah yang sebenarnya, jadilah bila dah reveal kat blog ni harap2 Intan berubah la ye... penat nak bawak badan ni...



DETOX untuk buang toksin dalam badan

Assalamualaikum,

Intan sebenarnya nak kongsi rasa sedih sebab ada rakan seperjuangan Intan yang terlantar di hospital kerana masalah usus... memang semua maklum hampir 90% dari penyakit adalah datang dari usus besar kita @ kolon... kat situ pengumpilan toksin yang tinggi dan jika tersumbat... boleh mendatangkan mudarat seperti kanser, sembelit, buasir, keradangan...hmmmm tempat pembiakan bakteria

Kes kawan Intan ni pulak, doktor terpaksa memotong sebahagian ususnya yang terlibat supaya tidak menular dibahagian usus yang lain... Alhamdullilah kini beliau semakin pulih...

Atas kesedaran itu, Intan rasa amat pentinglah Intan detoks untuk mencuci usus...  sebenarnya Intan tiada masalah pembuangan air besar... setiap pagi memang akan ke tandas... jadinya sepatutnya Intan tak perlu risau kerana kemungkinan usus Intan adalah sihat tapi Intan tertanya lah, mungkin ada kekotoran yang tertinggal dalam lipatan2 usus Intan ni.... so sesi mencari product detox pun bermula...

Sejarah Intan dengan detox sebelum ni... Memang banyak, seingat Intan 1st time Intan cuba nak berdetox dengan product JUVANEX (7 hari program) seriusly tak ada effect langsung pd Intan nak kata ke tandas lagi jarang ade lah... so Intan simpulkan xsesuai...

Kemudian dengan teh hape benda ntah... Intan xberapa suka teh2 ni... tapi tahap dia macam julap la pulak... memang xtahan... Intan pernah jugak try MELILEA, product ni bagus  mula-mula memang memberi hasil.... yang kononnya najis berangkai tu memang terjadilah pada Intan... tapi lepas tu, kurang pulak Intan ke tandas... lagipun MELILEA ni harga dia boleh tahan mahal....

kemudian memang lamalah Intan tak berdetox... cuma banyakkan minum air masak dan makan buah-buahan...katanya itu detoks semulajadi gitu lebih natural..... Memanglah... kesannya biasa2 lah... tapi masa tu Intan xkisah sangat sbb memang ke tandas setiap hari lepas bangun tidur....

lepas dengar musibah rakan Intan ni... Intan cuba cari detoks MELILEA yang dulu Intan pernah cuba...tapi malangnya tidak berkesan lagi walaupun untuk pertama kali..... Setelah direkomen kawan Intan si FIFI comel, Intan pun cubalah detoks kat bawah ni;-




STEP 3: D-TOX DARI SENDAYU TINGGI

Kawan Intan si Fifi comel, ni memang bersungguh betul rekomen kan Intan product macam2 sebelum ini... kadang2 Intan ignore je sebab Intan xsuka sangat bergantung pada product so suka yang ala natural gitu... tapi yang pasal DETOX ni beria betul Fifi ni... Intan pun cubalah... Mula2 nak bagitau rasanya sedap lah sangat, macam nak minum banyak2 pulak...hahahhaha... pastu macam bergas sikit tapi bukan macam air berkarbonat tau.... 

Hari 1st Intan try, tiada apa-apa berlaku... almaklumlah 1 sudu setengan dalam air 75ml Intan rasa kuantiti tu sedikit.... tapi walaupun tak berlaku apa2 yang luar kawalan Intan still boleh ke tandas seperti biasa... tak menyekat proses harian intan ni macam detox2 yang dulu2 Intan pernah cuba.... takpe lah berfikiran positif... kita tengok esok pulak

Hari ke 2, tu dia... Intan mula rasa kelainan sikit... ke tandas seperti biasa tapi jumlah yang lebih dari biasa... kemudian najis itu berwarna gelap... ok, rasa puas hati mungkin itulah toksin yang tersimpan lama dalam usus Intan.... sakit perut tu memang ada tapi bukan yang jenis cirit.. itulah buat Intan suka detoxs ni... hari2 yang kemudian pun sama jugak.. rasa puas membuang (kihkihkih)... dan Intan cadang untuk berhenti berdetoxs selepas 7 hari... kemudian Intan kembali kepada detoxs natural iaitu air masak dan buah-buahan...heheheheh

serius sgt suka product ni... Intan beli di stokis SENDAYU TINGGI.. memang xsangka product ni memang hot selling sebenarnya... So sape2 nak try boleh lah cuba harga Intan beli dalam RM43.00 ++ sebab guna member ada diskaun lah... kalau xde member Intan xsure sangat sebab Intan xberniaga pun...cuma nak share review ni ha aje.., Intan da check harga kat website SENDAYU TINGGI RM 46.65. kalau korang nk try & nak guna membership Intan boleh jugak.. yelah saje2 nak try kan.....mana tau xserasi...xpe nanti pm lah Intan akan bagi guna id Intan, pergi mana2 stokis SENDAYU TINGGI JE ... tapi kalau korang memang suka sangat boleh je jadi member tapi ada bayaran... xingat pulak berapa...

Pada yang tanya kenapa D-TOX ni STEP 3: mana step 1 & step 2.. sebenarnya product ini dalah program penurunan badan... tapi Intan ni nak berdetox je... so yang STEP 1 dan STEP 2 Intan xikutlah...kita KIV dulu.... jangan pulak korang kompius... boleh je mana2 pun.. kalau Intan cuba semua step Intan khabarkan kat sini yer... 

Oklah itu saja nak share... sapa-sapa yang anoying dengan post Intan ni.. mohon abaikan post ini ye... 

OGAWA TRAVEL PILLOW

Assalamualaikum..




Ha... Intan nak perkenalkan gadget Intan yang terbaru ni... macam jakun je.... OGAWA TRAVEL PILLOW.. Bukan sebarang GADGET tau... Apa yang lain dari yang lain Intan akan ceritakan.. Tapi kesian kan, benda camni pun boleh buat Intan excited..

sebenarnya takde lah hebat sangat bantal ni... memandangkan Intan xpernah berbantal bila travel, tetiba dapat free bantal TRAVEL OGAWA ni... So jadi eksited la... sapa xmo barang free dik oii....

selain tu bantal ni xsame dengan bantal yang jual kat kedai rm6 ke mane2 sebab ada ciri2 extra.... Jadi yang agak2 nk berlagak dengan batal travel RM10 korang tu simpan je ye... heheheheh

1) keselesaan tengkuk
Almaklumlah bila travel ni terpaksa tidur duduk... kdg2 xselesa sebab sakit tengkuk jadi inilah gunanya travel pillow... heheh memang le ciri ni ade kat bantal yang lain... yang tu Intan tak nafikan.... tapi sebenarnya best jugak ade bantal mcmni kan.... sorry lah intan ketinggalan sangat ni

2) vibrate lembut
antara yang lain, bantal ni ade fungsi vibrate lembut... so bila letak kat leher tu ala-ala diurut2 gitu... tapi korang jangan la compare mengurut amacam kerusi urut sbb ni lembut2 aje... tapi kalau korang xsuka gegar2 ni boleh je off kan fungsi vibrate tu...

3) lena dengan muzik
Sebenarnya bantal ni ada fungsi speaker dengan mencucuk kabel pada smartphone korang... so kalau nk dengar lagi sambil tidur tu boleh la pasang dan mencucuk palam speaker pada smartphone... tapi jangan la risau volume boleh adjust dan dia xdelah kuat sangat... just keluar kt celah kiri kanan bantal tu... jadi ada lagu lena la sikit tidur tanpa cucuk telinga dgn earphone.... dan tak menggangu jiran sebelah.

Macam Intan ni xberapa suka sangat pakai earphone....  sakit telinga... kalau terpaksa kena pakai yang jenis bluetooth yang tak menarik telinga dan tak mencengkam sgt.... ade headphone lagi bagus tapi yelah besar gabak la pulak...

Intan dah bwk travel pillow ni pergi CAMERON HIGHLAND memang bestlah sbb jalannya yang mendaki ni bagus Intan tidur je....

oklah, Intan cuma beri description pasal bantal MAROON OGAWA PILLOW ni... sbb Intan dapat FREE dan kegunaan nya yang Intan rasa best... Staff Intan pergi bercuti pun Intan bagi pinjam... sebab eksited ada benda ni... Sebenarnya dia pun dapat 1 bijik OGAWA PILLOW ni jugak tapi biasa2 punya je... tapi xpelah benda free jangan lah tolak.... Intan bukan promote tau sbb xdapat duit pun dari OGAWA... Macam yang sedia maklum, Intan berblog untuk saja2 aje...

Korang pun jangan lah tanya harga... Intan memang taktau... so agak-agak nak beli bolehlah g kedai OGAWA sambil2 try mesin urut... (free je) tanya2 lah jugak pasal product ni ye

Sekian,


Hi.. intan here (introduction a new ME)

Assalamualaikum..

Dah kenapa Intan ni kuar post macam ni... Tetiba aje kan.... dah lama berblog tapi baru nk bagitau diri ini nama Intan... hahhaah kelakar..

Pernah tak antar kita terfikir yang kita dah lalui macam-macam dugaan dalam kehidupan... bertemu orang yang salah... membuat pilihan salah... membazir masa ke arah perkara yang salah... dan berharap suatu hari, kita bangun tidur seolah2 perkara-perkara itu adalah mimpi... hakikatnya tidak

kita cuba melupakan perkara-perkara sedih dan pahit itu... di sini apa yang penting adalah SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF... kita kena yakin ada insan lain yang sayangkan kita dan mahu melihat kita bangkit semula...

MARILAH BANGKIT BERSAMA-SAMA




Sentosa Singapura

Assalamualaikum

Ntry harini serba ringkas tentang percutian Intan dan member ke Sentosa Singapura

Tapi kali ni nk inform tentang kekalutan/kekesalan kitorang atau masalah yg kami rasa terjadi semasa berada di sana... samada kami sedar atau tidak sedar

1) area hard rock hotel susah nk cari makanan halal... yg kami jumpa bali thai/mcd/malaysian food street (tak semuanya halal) dlm map pun xstate halal choice restaurant

2)receptionist hard rock hotel tidak explain lbh lanjut/more detail ttg kelebihan penginap hotel (intan beli banyak souvenir hr tanpa disedari intan boleh dpt 25%ke 15%( tak pasti) discount krn stay di hr hotel) tp sbb xtau so rugi kt ctu
Hrp2 lain kali ade list bertulis ttg kelebihan hr hotel customer supaya tiada masalah sebegini

3)stay hotel 5 bintang tp wireless internet is chargeable hoccay ... very kedekut

4)unfriendly rwresort staff myb they know we r malaysian... boleh nmpk beza bila diorg treat pelancong negara lain

5) mkn high class punya restaurant pun wifi xde... even ade signal, minta password "sorry, the wifi is not for public" kata pelayan ittew (haiyoh opis aku yg cikai2 ni pun aku bg wifi free for customer)

6)konpius dgn map... hari 1st smpi kami berpusing2 cari hr hotel padahal dpn mata je...

7)3d2n di hard rock hotel... there is no live band at all...

8)pekerja hr shop tidak amanah... intan beli 2 item in 1 visit but state dlm receipt only 1 item... but we pay for both item.

9)shower gel hr hotel "mandarin jasmine" terasa cair... myb ada campur air...

10)shower low pressure n ade leaking.

11)shower n toilet is separate tp xde lock dan toilet xde air which is uncomfortable for muslim

Since hard rock hotel tu mmber Intan blanje... so Intan xmo komen byk2... dr segi keselesaan kira selesa sgt2... puas hati jugaklah... keadaan hotel pun kemas.. tp agak ralat jugak sbb kami dpt complimentary breakfast tp tidak dijamin halal... so itulah yg dikatakan not a muslim friendly place to stay tp if uoll jenis xkisah its all right...just go on... beautiful place as well...

Oklah nnt Intan sambung lg citer trip sentosa singapore... cuci mata dgn pic bwh ni dulu okey

Resipi makanan si pemalas Atkin


Assalamualaikum...
Nampak sedap tak salad Intan ni... Ha, ini lah gara-gara Atkin... Nak makan tak tau nak makan apa... beli salad basuh tuang mayonis.. bubuk black pepper sikit dah ngap.... Rasanya huhu tak payah la nak citer... Bolehlah tuk tahan tekak ni... Lebih-lebih lagi Intan ni bukan suka makan sayuran... Kalau makan pun cenoed je.... Tapi favourite kangkung la... 

Ha, yang kat atas tu ade sosej comel kan... yang tu sodap... so haruslah yang tu habis dulu kan... Tapi demi nak kan shape yang dulu-dulu dan berat yang dulu-dulu kenalah berkorban...
Intan pun nak join adventure trip next year so kenalah fit kan.

update menu hari ke2

breakfast - tomyam seafod semangkuk/ telur mellet
lunch - ikan sembilang /ayam kari / sayur kangkung/sosej 2 ketul
dinner - ikan parang goreng
supper -ikan parang asam pedas/telur ikan

BAGUSNYA

Intan tak makan nasi tapi mcm karbo pada kuah2 ikan/ayam bagai tu macam tinggi je kan... Intan sudah mula pagi-pagi ke toilet dengan syarat minum air banyak... sebelum tidur dan selepas bangun tidur minum air dulu... tak mengantuk pun walaupun makan banyak.. Lepas tu Intan pergi tesco shopping so banyak lah berjalan... Yang bestnya berat Intan turun ke key gie

TAK BAGUSNYA

Intan harini sakit pala pulak... Tapi tak sure pasal atkin atau stress kerja... Lagipun Intan tidur tak cukup.. Biasalah awal bulan banyak kerja

Update berat : 84 kg

Stok makanan seminggu Intan dah beli tapi mengenangkan minggu depan Intan akan ke Sabah bercuti bersama famili macamana Intan nak menikmati makanan seafood yang serba sedap besar murah kat sana.... huhuhu... dah le apartment Intan nanti kat sebelah pasar basah ... Mesti mak Intan excited giler nak memasak nanti... harap2 Intan terus istiqamah dan berteguh pada atkin.... say no to CARBS!! for dis momment la kan...

daa korang



Induction : FIRST day


Assalamualaikum
Wah... menarik tak pic intan ni... ini mmg tempat favourite nak mkn satay siang2 hari.. nntikn entry intan ttg tempat ni okey
Harini nk cerita tentang diet intan... memandangkn intan bakal berkahwin so xnk lah nmpk lebih besar dari bakal suami... so intan nak start dengan atkin...
Korang nk ckp ape2 korang punya pasallah sebab intan rasa perlu untuk kurangkan at least 20kg agar boleh start jogging, jungle trakking dan buat aktiviti2 yang lain... kalau tak start memang la susah... ibarat bawak beban dgn lemak2 berlebihan ni... kalau da hilang lemak2 ni barulah intan boleh berdiet yg sihat
Oklah menu hari 1 ni mcm carca marba sikit sebab... intsn xsempat beli stok makanan lagi...huhuhh

Breakfast
Nuget 6 ketul
Ayam goreng seketul
Air kosong
Lunch

Ikan kembung kukus
Ikan kembung asam pedas
Air kosong
Dinner

2 biji Omelet
Ikan kembung kukus
1 Grill chicken
2 Patty chicken goreng
Air kosong

Bagusnya
Intan tak minum air manis
Karb kurang tapi myb lebih 20g
Intan tak letih/sugul

Tak bagusnya
Banyak bergoreng berminyak
Kuantiti macam banyak je... sebab nak elak lapar je ni
Mungkin makanan ni byk kolesterol..huhu
Ayam goreng intan tak buang kulit... sebab nmpk yummy sgt
Intan mkn patty tu dlm pukul 10 mlm msksudnya lewat
Intan minum air xcukup 3 liter...owh susahnya
Intan xpegi toilet pun hari ini.... kena byk minum air ni... klu dulu hari xmisss... haha
Berat hari ini: 85kg
Harap2 esok sempatlah nk beli stok makanan sbb xlarat nk mkn telur je ni...
Doakan intan yg terbaik okey...
Thanks... daa

Apa khabar semua

Assalamualaikum...

Lamanya tak berblog.... mula-mula memang rasa macam dah xmo berblog lagi tapi apakan daya nak blog jugak... Harini just nak update aktiviti baru... Kerja macam sama, tiada yang berbeza.. Intan gian nak bercuti ni... Jadi harap2 rajinlah Intan nak upload cerita cuti-cuti Malaysia ni nanti....

Perkembangan terbaru berat Intan makin naik.....sudah 89kg nampaknya tiada kemajuan dalam menguruskan badan ni... Tetapi Intan tengah usahakan untuk mendisplinkan diri minum air masak sebanyak-banyaknya dan menjalankan aktiviti fizikal....

Intan akan ceritakan kat sini.... pada yang sudi baca belog Intan yang tak seberapa ini...terima kasihlah kerana walaupun dah lama tak login belog ni tapi tgk nuffnang Intan meningkatlah jugak dari dulu.... Semoga kalian dapat manafaat dari entry-entry Intan ni la ye....

Oklah sampai di sini dulu.... Ini pic untuk harini.... untuk motivasi kalian juga ya...

tata


Bangkitlah sahabatku



Assalamualaikum...
terutama sekali Intan nak minta maaf kerana terlalu lama tak update blog... semuanya kerana Intan banyak planning untuk memajukan diri... Hari ini Intan terpanggil untuk menulis tentang sikap kita orang melayu sebab terlalu banyak isu sensitif yang dipaparkan dalam media massa dan arus politik yang tidak henti menyalahkan satu sama lain sedangkan kita semakin hilang nilai kemanusiaan...

Sahabatku, 
Sedar tak kita salah satu, penyebab tercetusnya rusuhan kaun pada 13 Mei 1969 adalah dari provokasi pihak pembangkang dalam kemenangan pilihanraya... tercetus perasaan yang berkecamuk kerana tidak tahan dengan perang psikologi yang akhirnya menjadi satu rusuhan yang tidak dapat dipadamkan dalam sejarah negara kita... Tetapi sekarang pihak kerajaan dan pihak pembangkang kerap memainkan isu itu tanpa disedari, kemungkinan pertumpahan darah boleh terjadi.... Intan bukan nak menakut-nakutkan mana-mana pihak tapi sekarang kita lihat lahirnya banyak pejuang-pejuang keyboard warrior yang bak kata orang 'campak batu , sorok tangan". elakkanlah mencaci orang lain kerana kita manusia seagama sebangsa... seharusnya menegur dengan cara berhemah sekiranya terjadi sesuatu hal dan kejadian... 

Sahabatku, 
Sedar tak kita bahawa pegangan equiti bumiputera kini adalah masih ditahap rendah.... Jangan salahkan british yang membahagi-bahagikan komposisi pekerjaan mengikut kaum di zaman jajahannya... Kita sudah merdeka 56 tahun, kita yang mentadbir kerajaan tapi kenapa kita masih tidak dapat memonopoli ekonomi kini.... adalah salah pemimpin atau kita sendiri leka walhal pelbagai bantuan telah disalurkan oleh kerajaan untuk tujuan itu... Bangkitlah sahabatku.... kita tidak boleh hanya berpuas hati di tahap ini saja.... tingkatkan usaha, intailah peluang-peluang yang baik dimasa hadapan.... rezeki yang Allah kurniakan terbentang luas.... hanya orang yang bertakwa dan berusaha sahaja yang mampu memilikinya... istilah 'tiada rezeki' seharusnya tiada dalam kamus hidup kita...

Sahabatku, perjuangan kita tidak terhenti disini, Intan tak mahu kita diperlekehkan dan ditipu... bukan kerana berlembut hati itu adalah sikap yang baik tetapi berani kerana benar dalam menegak kan sesuatu dan dalam mengecapi kemakmuran hidup kita kena sentiasa teguh dan bersatu untuk menjadi kuat.... Kuat dari segi ekonomi, spiritual, mental dan jati diri... janganlah lupa sahabatku...


Boikot Loreal dan Sokong produk tempatan


assalamualaikum,

Hari ini intan nak inform kepada pembaca yang pernah terbaca tentang produk kecantikan yang Intan pakai... Bukannya tak bagus tapi demi menyokong perjuangan menyelamatkan GAZA ...Intan akur dan tidak mahu lagi menggunakan barangan Loreal yang dah pernah intan cerita panjang lebar di sini. Jadi intan bertukar kepada......

SIMPLYSITI
Buat masa ini Intan menggunakan pencuci muka new age Simplysiti yang Intan rasa best sangat.... So, loreal yang ada Intan buang (lagipun dah nak abis)... So bermulalah penggunaan produk yang baru.... Setakat ni ok je la...best dan kulit Intan tidak mengalami apa-apa masalah... So nanti Intan update kesan seterusnya ya...

Jom cantik dan sihat

Kurus dan Cantik

dear diary,
Hari ini Intan baru perasan.... kerja yang banyak serta keadaan rumah Intan yang belum siap sempurna dan keadaan perniagaan Intan yang masih pending membuatkan Intan rasa sangat down dan penat... selain itu, Intan mula perlu dalam kawalan kerana darah tinggi....Dalam masa yang sama Intan akui lebih kepada nilai-nilai negatif dalam hidup ini.... Agaknya tidak selesa duduk dalam rumah yang ada masanya perlu merempat mencari tempat tidur, baju-baju Intan yang asik hilang, barang-barang Intan yang kesana dan sini dan hilang.... Intan perlukan PRIVASI

Janganlah ditanya pasal rumah, renovation tersangkut gara-gara Intan nak hold duit untuk perniagaan Intan nanti.... Walaupun ada banyak kos sudah dikeluarkan tapi Intan memang tidak boleh concerntrate pada rumah sedangkan perniagaan Intan masih tahap susah nak dijelaskan dan terlalu banyak step dan procedure perlu dibuat... so selagi bisnes tak set up, Intan ignore pasal rumah dulu....

Bila hati kita mulai rasa down, ditambah dengan tekanan yang hebat dari setiap sudut maka... segala perkara yang kita lakukan dan ingin lakukan tergendala.... Inilah yang terjadi pada Intan, memang Intan pandai dalam planning tapi Intan sukar nak absorb stress so segalanya jadi huru-hara...

dalam masa itu juga, Intan sudah mulai lupa azam tahun 2012 Intan untuk kekal cantik dan lebih kurus, Intan langsung tidak mengawal selera,, tidak bersenam ataupun rajin membuat penjagaan kulit memakai make up dan kosmetik... sudah masuk 4 bulan Intan tidak mengunjungi pusat kecantikan untuk buat facial...huhuhuhu

Kalau disedari dari awal, Intan banyak bagi tips kecantikan dalam blog ni tapi sekarang sudah tiada lagi... Maka azam 2013 ni intan mahu fokus kepada kurus dan cantik di mana Intan nak ceritakan apa-apa yang Intan lakukan untuk mendapat kulit yang cantik dan badan yang kurus

Badan kurus ni bukan hanya untuk cantik tapi untuk sihat... Seperti yang dinasihatkan oleh doktor, Intan perlu mengawal pemakanan ketrana sudah ditahap obese...owh, tak sangka sekejap je Intan sudah di tahap itu, rasa dulu bari berat badan ni 55kg... Untuk ke BMI normal, Intan kena dapatkan berat 55kg

oklah, Intan tak mahu fikir pasal azam lagi tapi fokus pada cantik dan kurus...Intan sertaka gambar to prove yang Intan serius untuk mengubah kepada gambar yang lebih cantik dan kurus dari pic bawah ni... So Intan akan update selalu tentang fokus Intan ni....



Oklah diary, nanti Intan tuliskan lagi.... info diatas ialah 79kg iaitu memerlukan 24kg untuk capai ke angka yang ideal... chaiyok chaiyok

Im speechless



Insolvensi oh insolvensi



Assalamualaikum semua
Entry versi 'oh tensen nya' pagi ni nak citer pasal insolvensi yang ' ohletihnya' . Ceritanya, Intan perlu dapatkan pengesahan tidak muflis dari jabatan insolvensi tapi benda yang senang ni jadikan intan kena buat sukar pulak...hanya sekeping kertas tu boleh buat Intan pening kepala...

Oklah intan cerita sikit apa yang jadi sukar sangat:-

Ada 2 cara iaitu melalui internet seperti myeg (rm12.00) dan kaunter jabatan insolvensi (Rm10.00)

Oklah , intan pergi ke jabatan insolvensi melaka kerana web insolvensi pada masa itu sedang diselenggara... Intan xde choice lain... masa tu memang urgent sangat nak buat insolvensi ni...Bukan sebab intan kedekut RM 2.00 beza tu tau... Kalau boleh la guna website , xdelah intan buang masa yg banyak untuk insolvensi ni....

Sampai sana sistem mereka hang tapi intan dah bayar ni... So mereka suruh datang balik bila dah ada diorang akan call intan untuk ambil nanti... Petangnya intan datang lagi untuk ambil result tapi intan pelik sebab ia berbentuk carian bukan slip so mereka cakap branch tak boleh keluarkan slip result tapi hanya carian...kalau nak slip kene pergi putrajaya... Huhuhu nangis la.... dalam hati berkata, kenapa nak susahkan diri untuk sekeping kertas ni... kalau tak boleh keluarkan slip result sebenar, intan dah fikir alternatif lain ... Disebabkan itu intan terpaksa pergi ke putrajaya utk dapatkan slip dengan bawa resit bayaran.....

oklah, kalau korang guna myeg dah memang setel...tak ada masalah langsung tp.... intan ingatkan benda yang cepat settle tapi lambat pulak... lebih-lebih lagi nak ke putrajaya ni, Intan tak familiar... so perjalanan dari melaka ke putrajaya pun bermula demi sekeping kertas..

Oh sangat leceh hendak mencari jabatan insolvensi negara.... sungguhpun dah dapat informasi tentang jabatan tu berhampiran dengan masjid besi 'what masjid??' Bukan apa, kita yang tak biasa ni memang susahlah nak cari.... dah sampai sana pulak terpusing-pusing nak cari bahagian carian... Akhirnya berjaya jugak dan alhamdullilah petugas jabatan insolvensi memberi bantuan dengan mesra dan tanpa menunggu lama....

oklah, Intan boleh buat guna internet myeg tapi memandangkan intan dah bayar kat insolvensi melaka so intan rasa baik intan collect sendiri kat office putrajaya dan tidak membazir rm10 (walaupun sedia maklum kos pergi putrajaya tu lebih dari RM10.00)

Memang dah setel habis la urusan insolvensi so sekarang intan penat menasihatkan kawan-kawan untuk dapatlkan slip result insolveni sila dapatkan di jabatan insolvensi putrajaya atau buat thru myeg saja....
tapi kalau untuk urusan tidak rasmi boleh dapatkan carian sajalah...

oklah, berkaitan dengan cerita diatas, kawan Intan mintak Intan tolong buatkan carian insolvensi menggunakan myeg.... oklah intan tolong walaupun fikir masa tu website myeg sedang ok je.... so percubaan menjadi dan bayaran RM12.00 dikenakan menggunakan kad kredit..

Kemudian diminta tolong buat lagi satu untuk wife dia dan Intan tanpa ragu-ragu pun buatkanlah... tapi Intan tak perasan yang masa Intan key-in kat myeg tu sudah lewat malam so ada warning yang tulis pukul 11.00mlm-3.00 pagi sedang dalam selenggara gitu tapi intan tak perasan so...terus tak keluar resuilt walaupun kad kredit sudah dicharge RM12.00. Time tu Intan tensen la balik... call kad kredit centre dan mereka nasihatkan untuk hubungi myeg tentang urusan itu...

Alhamdullilah, Setelah Intan hantar email, feedback yang diberikan sangat cepat dan mereka terus membantu dengan mengcancelkan transaksi kedua Intan dan return baik dlm  kad kredit.... keesokkannya baru Intan buat semula dan tiada apa-apa masalah......

Panjang betul cerita Intan dengan urusan insolvensi ni..... huhuhu...cuma rasa buang masa dengan benda ni oklah nnt Intan citer lagi....

Sakit Mataku

Assalamualaikum


Bermula minggu lepas Intan agak pelik sebab... Bila bangun tidur Intan tak boleh buka mata kiri... Eh kenapa ni... tapi mata kanan boleh buka pulak... Tak pulak rasa sakit masa tu... So Intan bangun dan menuju ke bilik air dapati banyak tahi mata yang melekat pada mata dan bulu mata Intan so menyukarkan Intan untuk buka mata.... Pelik jugak tu... Apsal pulak mata kiriku ini.... Intan bersihkan mata dengan air dan pastikan tidak tercabut sekali bulu mata tu untuk buang tahi mata yang banyak...

Selepas itu, Mata Intan memang rasa gatal dan merah-merah....Namun bila malam tiba, mata kiri ni rasa pedih.. nak kelip pun rasa pedih... Intan dah cuak dah... Macamana aku nak tidur ni....Pakai jari Intan, Gosok punya gosok, terlekat selaput mata yang nipis... Mata Intan berair tanpa melibatkan apa-apa aktiviti emosi...huhuhuhu....

Intan cuba juga untuk kelip-kelip dan memastikan air mata boleh mengeluarkan bendasing yang menyebabkan mata Intan pedih tu.... Walaupun tidak berjaya, Intan mula kelip mata banyak-banyak kali dalam segayung air..... Barulah kurang sikit pedih tu.....

Bila tidur seperti biasa, bangun pun seperti biasa...mata tak boleh buka kerana tahi mata yang tebal di mata kiri Intan.... owh..mata kanan tiada masalah apa-apa...
Hari ini Intan nak pergi farmasi untuk bertanyakan masalah ini... huhuhu risau ni... Jangan sakit mata berjangkit sudah la

Jambu...Jambu.. MLM 2012 minggu ke-3

Assalamualaikum....


Ha lama Intan tak update tapi... Hari ni nak citer pasal Maharaja Lawak Mega 2012... Kalau tahun lepas Intan suka sangat persembahanan OSBON tapi setakat ni untuk 2012 Intan minat pada JAMBU... Lawak mereka memang best.... Terutama minggu yang ke3 iaitu semlm.... Intan harap JAMBU boleh jadi saingan terdekat pada JOZAN...

Bak kata pengkritik 'Najib Ali' Tak pelu bercerita berlakon panjang-panjang tapi hanya ringkas dan punya punchline yang bagus sudah memadai...kelakar sangat sampai gelak pun terkeluar air mata gitu
Apapun...all the best to Jambu.... Intan akan uploadkan youtube persembahan Jambu yang minggu ke-3 ya...



Sky Fall - James Bond

Assalamualaikum pembaca sekelian....


Hari ini Intan nak review sikit tentang movie yang baru je Intan tonton iaitu 007- Sky Fall edisi sequel James Bond yang tak asing lagi...
Heronya Daniel Craig yang hensem lagi bergaya dan sasa...huhuhu dan heroinnya erm... samaar-samar mungkin boleh ckp M kot (Judi Dench) ketua si James Bond ni la....

Apa yang menarik, evolusi sequel James Bond yang ini tidak lagi terlalu bergantung pada alatan-alatan canggih yang super pelik dalam misinya... James Bond perlu lebih dahsyat dari segi fizikal dan pengaturan misi supaya penonton boleh sedia maklum kehebatan Bond sudah tidak relevan dengan alatan canggih....

Skyfall nyanyian Adele memang sedap dan memberikan mood menonton cerita ini....Kisahnya James Bond diarahkan menyelamatkan satu dokumen sulit sehinggakan James Bond hampir terbunuh kerana terkena tembakan rakannya sendiri dan Bond menghilang selepas itu.....

apabila kemunculan Bond dia sebenarnya sudah lemah dari segi fizikal, namun demi menyelamatkan M dia segera merancang untuk menghapuskan penjahat yang juga sebenarnya bekas agent kendalian M juga (yang ingin membalas dendam)...

Berjaya atau tak kena tonton sendiri sebab kang Intan cerita korang malas dah xexcited nak tengok kan.... tapi keseluruhan boleh bagi 9/10 bintang sebab padat aksi.... dan best

Selamat menonton

Beginikah caranya...




assalamualaikum... entry harini, tiada apa yang menarik cuma edisi sentap sikit je la yang rasanya tidak menimbulkan apa-apa isu.... kadang-kadang Intan terfikir, kita tengok semua orang baik dengan kita... Bila kita masuk bank, pegawai sana tak lekang untuk menegur dan memberi salam serta bertanyakan urusan... Sebolehnya hendak jugak lah membantu dengan sedaya mungkin... Intan faham, mereka mencari CUSTOMER.... Tapi dalam entry ni bukan nak cerita tentang urusniaga bank atau apa-apa pun cuma sikap kita yang kadang-kadang tak sedar... berubah....

Kisahnya Intan berkenalan dengan seorang pegawai bank perempuan... tidaklah rapat sangat dan tidaklah sampai tak kenal langsung... pendek kata setiap hari pegi bank memang tegur sapa lah, dia akan approach dan menegur Intan.... ada masa Intan banyak kali juga telefon handfon dia atas urusan bank, dan dia pun pernah menelefon Intan menggunakan telefon peribadinya atas urusan bank dan banyak juga urusan bank melibat kan jumlah yang besar Intan minta dia uruskan... dia penah cakap yang Intan banyak support dia dan dia berterima kasih banyak..... (the bank branch kat situ baru lagi tak sampai setahun lagi, so there is difficult to get sales) so Intan faham lah, tapi one thing Intan suka berurusniaga kat situ sebab tak ramai orang, lepas tu paling dekat dengan office Intan, so memudahkan....  

Kali terakhir Intan jumpa dia, memang dia suruh Intan call dia if pending business proposal yang Intan pernah bincangkan dengan dia dah finalised so dia boleh proceed pada fund nya la kan.... So Intan ingat dia simpanlah no fon Intan dalam personal handfon dia (dia pernah call Intan banyak kali guna handfon dia). 

setelah 3 minggu Intan tak datang bank sebab office Intan tutup sekarang, Intan pun nak tanya la dia thru whatssapp, something regarding one product of the bank la kan.... (first time guna whattsapp, sebab saja-saja je dan takdelah nak rasmi sesangat ) apa yang supprise kan bukan saja setakat dia tak kenal Intan or my fon number but ayat dia sangat kasar dalam message whattsapp tu.... Intan terkejut jugak, bila dia tanya siapa, and Intan bgtau nama Intan dan dia still marah-marah cakap yang mana satu.... omg, u suppose know everything about me, including my contact no..because im your customer and i already give your company so much sales. dan akan datang, akan ada banyak lagi kita akan berurusan... sebab banyak proposal Intan yang still pending dan hampir nak finalized....

Acctually, intan tak kisah dia tak kenal Intan, even dah bagitau nama, and something about me pun dia still tak recognized but Intan rasa kata-kata kesat tu tak sepatutnya keluar lah....  tak kisah lah Intan ni customer ke atau sesiapa ke... bahasa melambangkan pribadi diri... So Intan just bagitau yang im sorry je la,, tu pun nak marah-marah sebab kacau dia whattapp.... nak buat camne... Macamana Intan nak buat, dah bagitau nama n everything pun dia tak recognized kan.... bagaimana Intan nak buat untuk dia ingat kat Intan ni.... So moral of the stori jangan ingat bila orang tu baik sangat dgn kita, dia dalah kawan tapi sebenarnya bagi dia 'you just my money machine' huhuhuhu.... tak semua boleh kenal kita macam kawan walaupun kita dah banyak bantu dia bagai kan.... itulah kehidupan....

So soalan yang Intan sibuk nak berwhattsapp tu dah proceed tanya pada my other friend yang banker jugak.... but i still ok je la... takde lah nak sentap sesangat kan...ok je la... tapi kalau tau dia memang tak kenal Intan im suppose just datang bank je..... (dalam hati tertanya, macamana dia xsimpan fon no Intan tapi dia agak banyak kali jugak pernah kol Intan pakai handfon dia)

Takpelah.... dah terdelete kot... so bersabarlah... one more thing, sikap dia yang peramah dan suka bergurau bila jumpa Intan tu tetiba bertukar bila dalam message whattsaap.. tu yang Intan maksudkan berubah....

officer bank suka bagi kita kad dia lahkan.... dan dia akan suruh kita contact dia atas apa-apa pertanyaan bagai...'anything just contact me, im always free to assist you', huhuhuhu tapi bila kita contact then dia cakap kata kesat bagai... thats no point... supposely dont give ur card to ur customer when u are not ready to entertain their problem and question.... 
sekian