Insolvensi oh insolvensi
Assalamualaikum semua
Entry versi 'oh tensen nya' pagi ni nak citer pasal insolvensi yang ' ohletihnya' . Ceritanya, Intan perlu dapatkan pengesahan tidak muflis dari jabatan insolvensi tapi benda yang senang ni jadikan intan kena buat sukar pulak...hanya sekeping kertas tu boleh buat Intan pening kepala...
Oklah intan cerita sikit apa yang jadi sukar sangat:-
Ada 2 cara iaitu melalui internet seperti myeg (rm12.00) dan kaunter jabatan insolvensi (Rm10.00)
Oklah , intan pergi ke jabatan insolvensi melaka kerana web insolvensi pada masa itu sedang diselenggara... Intan xde choice lain... masa tu memang urgent sangat nak buat insolvensi ni...Bukan sebab intan kedekut RM 2.00 beza tu tau... Kalau boleh la guna website , xdelah intan buang masa yg banyak untuk insolvensi ni....
Sampai sana sistem mereka hang tapi intan dah bayar ni... So mereka suruh datang balik bila dah ada diorang akan call intan untuk ambil nanti... Petangnya intan datang lagi untuk ambil result tapi intan pelik sebab ia berbentuk carian bukan slip so mereka cakap branch tak boleh keluarkan slip result tapi hanya carian...kalau nak slip kene pergi putrajaya... Huhuhu nangis la.... dalam hati berkata, kenapa nak susahkan diri untuk sekeping kertas ni... kalau tak boleh keluarkan slip result sebenar, intan dah fikir alternatif lain ... Disebabkan itu intan terpaksa pergi ke putrajaya utk dapatkan slip dengan bawa resit bayaran.....
oklah, kalau korang guna myeg dah memang setel...tak ada masalah langsung tp.... intan ingatkan benda yang cepat settle tapi lambat pulak... lebih-lebih lagi nak ke putrajaya ni, Intan tak familiar... so perjalanan dari melaka ke putrajaya pun bermula demi sekeping kertas..
Oh sangat leceh hendak mencari jabatan insolvensi negara.... sungguhpun dah dapat informasi tentang jabatan tu berhampiran dengan masjid besi 'what masjid??' Bukan apa, kita yang tak biasa ni memang susahlah nak cari.... dah sampai sana pulak terpusing-pusing nak cari bahagian carian... Akhirnya berjaya jugak dan alhamdullilah petugas jabatan insolvensi memberi bantuan dengan mesra dan tanpa menunggu lama....
oklah, Intan boleh buat guna internet myeg tapi memandangkan intan dah bayar kat insolvensi melaka so intan rasa baik intan collect sendiri kat office putrajaya dan tidak membazir rm10 (walaupun sedia maklum kos pergi putrajaya tu lebih dari RM10.00)
Memang dah setel habis la urusan insolvensi so sekarang intan penat menasihatkan kawan-kawan untuk dapatlkan slip result insolveni sila dapatkan di jabatan insolvensi putrajaya atau buat thru myeg saja....
tapi kalau untuk urusan tidak rasmi boleh dapatkan carian sajalah...
oklah, berkaitan dengan cerita diatas, kawan Intan mintak Intan tolong buatkan carian insolvensi menggunakan myeg.... oklah intan tolong walaupun fikir masa tu website myeg sedang ok je.... so percubaan menjadi dan bayaran RM12.00 dikenakan menggunakan kad kredit..
Kemudian diminta tolong buat lagi satu untuk wife dia dan Intan tanpa ragu-ragu pun buatkanlah... tapi Intan tak perasan yang masa Intan key-in kat myeg tu sudah lewat malam so ada warning yang tulis pukul 11.00mlm-3.00 pagi sedang dalam selenggara gitu tapi intan tak perasan so...terus tak keluar resuilt walaupun kad kredit sudah dicharge RM12.00. Time tu Intan tensen la balik... call kad kredit centre dan mereka nasihatkan untuk hubungi myeg tentang urusan itu...
Alhamdullilah, Setelah Intan hantar email, feedback yang diberikan sangat cepat dan mereka terus membantu dengan mengcancelkan transaksi kedua Intan dan return baik dlm kad kredit.... keesokkannya baru Intan buat semula dan tiada apa-apa masalah......
Panjang betul cerita Intan dengan urusan insolvensi ni..... huhuhu...cuma rasa buang masa dengan benda ni oklah nnt Intan citer lagi....
0 comment:
Catat Ulasan