RSS

Intan... (Ice Breaking)

Kepada pembaca terima kasih kerana sudi membaca blog yang baru bertatih ini. Sekarang baru saya ingin memperkenalkan diri ini setelah sebulan lebih memblog. Saya ialah Intan (bukan nama sebenar) ialah seorang yang hidup dalam dunianya sendiri.

Hidup dalam keluarga sederhana yang cukup serba serbinya saya amat bersyukur. Saya sangat sensitif mungkin sebab itu mudah tersentuh dengan apa2 perkara. Kadang-kadang mampu mengalir air mata tatkala dimarahi ayahanda. Bapa saya seorang yang tegas dan saya bersyukur kerana itu saya masih menjadi manusia yang boleh diharapkan sehingga ke saat ini.

Keluarga...keluarga... sekarang masih menetap bersama keluarga kerana saya menguruskan perniagaan keluarga dan sampai bila tu belum lagi dapat dipastikan. Ini juga bermaksud saya masih bujang dan sudah bergiat dalam bidang bisnes selama 2 tahun lebih. Ya.. saya sebati dengan bisnes ini dan jemu tatkala melihat orang lain makan gaji terasa ingin bekerja sebegitu juga

Bekas pelajar UiTM dalam bisnes admin and Finance selama 5 tahun utk pengajian diploma dan degree. Saya belum berminat menyambung ke master. Zaman student benar2 berbeza dengan sekarang dan nasihat saya pada student2 yang ada sekarang jangan mempersiakan masa anda kerana itu lah zaman yang paling menyeronokkan bagi saya.

Bidang penulisan sesuatu yang asing bagi saya kerana terus-terang saya katakan yang saya bukanlah ulat buku. Yang paling hebat dlm penulisan Mungkin zaman persekolahan saya dulu dimana karangan saya selalu menjadi contoh dan dibacakan kepada rakan2 sekelas oleh guru bahasa melayu saya. (masa tu kelas saya ialah terdiri 87% pelajar cina, 1% pelajar india dan selebihnya melayu termasuk saya) itu adalah cerita 8 tahun yang lalu..

Saya punyai ramai kenalan tapi saya lebih suka bersendirian mungkin batasan kerja dan perkara yang begitu merisaukan saya ialah sikap pelupa saya yang kadang2 menjadi2 sehinggakan pelanggan2 menyapa dan memanggil nama saya dan saya akan menjawab sapaan dengan sopan sambil tertanya2 dalam hati siapakah orang yang mengenali diriku ini?

Kepada sesiapa yang menyinggah di sini. Saya masih baru dan terima kasih sudi meluangkan masa disini....

2 comment:

Tanpa Nama berkata...

selamat datang, welkam, wannakam... nice to meet u intan.. ini ciri2 gadis akoo suka mengorat ni,

so akoo dgn selamba mencebis bibir dan memintak keizinan intan utk mengorat beliau selama 3 tahun.. harap beliau tiada masalah...

he he... saya nasihatkan spjg berblogging, elakkan diri dari terjerumus bersama syam (aeropama.com) dan ET (blog.thinker.my), mereka berdua berniat merosakkan gadis2.. percayalah... ok.. salam perkenalan.. semoga niat ikhlas saya diterima oleh saudari...

Intan berkata...

salam pekenalan...
terima kasih atas nasihat..