Memang kami 5 sekawan bercuti di genting. Dua hari semalam di atas sana nun.. Apa yang menarik kami gembira bertemu memandangkan kami ni bukan berada di satu daerah yang sama. aku di melaka, haida dan muni di kl, sarah di singapore dan ina di jb.. Selain meraikan sarah yang bakal mendirikan rumahtangga inilah masa untuk kami menenangkan fikiran bersama2 tanpa sedikit pun memikirkan tentang kerja. itulah yang aku harapkan dari percutian ini... Dan aku sudah mengaturkan percutian ini lebih awal iaitu 3 bulan awal kerana mahu persiapan yang sempurna buat kami berlima walaupun kami mengalami masalah di saat2 akhir sehingga hampir membatalkan segalannya kerana sesuatu yang amat sulit diceritakan di sini tapi alhamdulilah kami berjaya atasi dan pertemuan pertama tahun ini akan memberikan impak yang sangat baik buat kami. Yang penting kami masih menghormati talian persahabatan yang terjalin semasa sama2 belajar sehingga kini. Agak melucukan dan kelam kabut pada awal perjalanan kami tapi semua tu amat berharga dan kami simpan dalam ingatan kami
Sedang kami berada di taman tema aku dah tak larat nk menghabiskan kesemua thrill game kat situ dan aku mula berfikir ni sume tuk budak2... bermaksud aku dah mula merasakan yang aku tak sesuai lagi berada di kawasan itu bermain dan menjerit2...huh.. zaman dah berubah, dunia dah maju
Terima kasih tak terhingga pada kawan2 yang sudi memberikan komitmen. itu yang paling penting dalam merealisasikan pertemuan kita tapi kami tak lupa pada Wai yang masa itu berada di hospital melahirkan bayi perempuan bernama Norrul Hazrin (bayi seberat 3.9kg berbaju pink dan berselimut biru)
Kepulangan ku di bumi melaka disambut si dia yang tersayang yang time aku sibuk bercuti, time tu jugaklah la dia pun waktu malam free. Yang ni aku xsuka cerita lebih2 Apa yang penting 3 hari 2 malam di kl dan genting amat berbaloi dan aku enjoy dan seronok sangat kerana bebas dari kerja dan satu panggilan telefon tentang kerja langsung tak aku terima.
sungguh skema penulisan ini.. hehehehe