RSS

Azam 2009 baru nak cerita ke??

Dah nak penghujung Jan09 baru nak cerita azam. Memang dah berazam sejak awal tahun lagi tapi belum sempat nak berblog di sini terlalu sibuk dengan kerja dan banyak menghabiskan masa dengan famili.. Eh, famili yer bukan bakal famili.....

Bercakap pasal azam pertama 2009 aku nak bercuti sekurang2nya 6 kali setahun. memandangkan tahun lepas tak de la relax sgt2 so tahun ni rasa aku perlu reward myself la.. ape guna kerja dan kerja dan kerja and ade duit byk tp hati tak senang.. So utk mencapai azam ini awal tahun lepas sudah pun bercuti bersama kawan2 di genting walaupun sehari kite ok lah tu.. dan bulan mac nnt pun dalam rangka percutian lagi.

Azam yang kedua lak, harap2 tahun ni dapat memenangi sekurang2nya 5 ape2 pertandingan setahun. dapat hadiah dari pertandingan la kirenya. Walaupun hadiahnya taklah sehebat mana tapi kepuasan tu yang diinginkan. So baru2 ni aku dapat baucer percutian ke cherating yang bernilai ratus2 jugak lah. disamping memenuhi azam pertama aku kire memenuhi azam kedua. harap2 dapat lagi la kete ke handphone ke huhuhu. Kalo menang dapat cd ke tiket wayang pun ok jugak janji aku rasa puas hati dan rasa diri ni bertuah ape. Bukannya bermaksud aku tak mampu beli tiket wayang sndri ke hape ke.. Cuma aku rasa puas hati je.

Azam yang ketiga berbentuk peribadi jugak lah.... aku tak nak ceritakan di sini

Azam yang keempat ialah aku harap dapat mengakhiri simpanan di asb ditahap maksimum. Erm.. maaf juga kerana mungkin jugak aku rasa agak peribadi di sini. aku ingin memulakan simpanan di tabung haji setelah asb aku sudah berada di tahap maksimum. Setakat ini aku perlu lagi beberapa ribu sahaja lagi. Sebenarnya ini adalah azam tahun lepas yang tak tercapai kerana aku banyak membazir duit aku semasa melancong ke europe mei tahun lepas. Dan memandangkan nilai euro dan pound sterling sekarang yang menjunam jatuh lebihan wang itu aku masih simpan dan agak bazir untuk ditukarkan ke ringgit malaysia buat masa ini

dan terakhir sekali aku berazam untuk menurunkan berat badan aku ke berat yang diinginkan iaitu 45 kg. Walaupun sekarang ni, aku sedang memikirkan pelan pelansingan yang baik hehehehe walaupun belum ada ura2 melakukannya lagi. Tapi aku akan cuba sedaya upaya.

Harap2 bila dah tulis kat blog ni tentang azam2 aku, aku harap adalah semangat sikit nak merealisasikannya.

0 comment: