Selama aku menjaga perniagaan keluarga banyak salah laku pekerja sudah aku bongkar dan ketahui. Sahabat setiaku adalah cctv yang terpasang 8 buah kamera di premis ini dan juga sistem komputer yang sentiasa merekodkan segala transaksi perniagaan. Banyak juga pengalaman dah aku tempuh termasuk melibatkan kes polis dan sebagainya.. Dan juga melibatkan beribu-ribu ringgit jugak. Agaknya sebelum kehadiran aku bagaimana agaknya hal2 macam ni dikesan atau tidak dapat dikesan langsung. Antara kes yang pernah aku hadapi ialah lebih kepada pecah amanah. Kadang-kadang aku terfikir andai mereka ni faham dan memikirkan dosa dan pahala. Berkat dan tidak berkat adakah mereka sanggup melakukannya.
Benda ni kadang2 tidak melibatkan pekerja namun saudara mara juga sukar dipercayai. Melalui pengalaman aku, mengambil saudara sendiri bekerja adalah satu keputusan yang sungguh tidak bijak. Bukan tak mahu menolong namun bila sesuatu perkara yang melibatkan wang ringgit segalanya menjadi rabun, sanggup menikam saudara sendiri demi wang ringgit.. Darah daging sendiri pun dah tak kenal. Bila dah timbul konflik mulalah fitnah dilembarkan kepada sanak saudara dan akhirnya saudara lain mulalah bertanggapan negatif pada satu pihak..
Perkara ini memang terjadi. Sungguhpun air yang dicincang tak akan putus namun air yang jernih tak mustahil boleh jadi keruh dengan sekelip mata. Bagi mereka yang sudah berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. Fikirlah berkali-kali sebelum mengajak saudara mara sama-sama menguruskan perniagaan.. Namun aku tak salahkan sesiapa yang tidak mengalami masalah dalam berurusan sesama saudara kerana yang penting sikap amanah dan jujur dalam kehidupan. fikir2kanlah, jangan sudah terhantuk baru terngadah (betul ke ni)
0 comment:
Catat Ulasan