RSS

PC FAIR

Assalamualaikum
PC FAIR adalah sesuatu yang begitu sinonim dengan pengemar2 IT dan teknologi terbaru. Segalanya boleh dapatkan dengan harga yang murah dan hebat. Bagi aku, mengunjugi PC FAIR di Mahkota Parade siang hari tadi adalah yang pertama dalam hidup dan amat suka dengan keadaan yang begitu sibuk dan kelam kabut. Pengunjungnya terlalu ramai sehinggakan susah nak berjalan tapi demi satu pengalaman aku teruskan jugak.

Apa yang aku inginkan dan harapkan menjadi kenyataan. Mulanya memang berkeinginan membeli sebuah netbook mini tapi memandangkan netbook tak begitu lasak dan specnya tak berapa best so aku berjaya mendapatkan sebuah notebook hp Pavilion dv2 series dengan harga RM2399.00. Apa yang aku terpikat dengan notebook ini ialah jenama hawlett Packet yang terkenal lasaknya disamping rekabentuk slim yang tak berapa kecil dan tak berapa besar dan berat yang 1.7kg sahaja. Tentang spec pulak bagi aku bolehlah untuk aku yang jenis surfing dan berniat tuk tambahkan RAM sikit masa lagi...

Ada jugak sesuatu yang agak terkilan dalam gembira mempunyai teman baru ni iaitu aku terima banyak sgt goodies dari company penjual seperti hp gift cutter,t’shirt, bekas penyimpan, beg sandang, headfon and mic, pendrive 4gig,cooler, 5 keping dvdr, keyboard protection, optical mouse, laptop metal key protection, voucher rm100, usb card reader dan beberapa lagi yang aku xreti nak sebut. Tapi yang tak bestnya sesampai di rumah pendrive purple tu xde.. dah hilang atau tercicir atau takde... sedih gak wpun sebelum tu aku ade beli kingsmaxx pendrive 4 gig jugak berharga rm30. Tapi aku still mahukan pendrive free 4 gig tu.Teringat masa pertama kali beli pendrive. Masa tu part 1 ke part 2 diploma lebih kuarang tahun 2000 ke 2001 harge apacer 128b ialah RM130. Tapi masa tu, kalo dah ade pendrive tu dah kire hebatlah. Orang yg pki pendrive @ thumbdrive ni tak ramai. Sekarang 1 gig pun budak sekolah tak pandang. Macam my brother dak boy, bercita-cita besar pegi PC FAIR nk beli pendrive 8 gig.

Memory card aku pada fon n73 yang 1 gig tu pun xpenuh2 ape la nk buat dgn kalo ade 8 gig.Bila siap urusan aku pun tunggu driver amik so terasa nak makan ice cream baskin robbin. Order shake berharga RM 16.90 wah satu cawan kecil tu begitu mahal harganya. Bila dah order baru perasan harganya sebegitu tapi takpelah bukan selalu. Perasaan tak sabar2 nak merasmikan notebook ni melebihi segala2nya.

Memangla pada awal survey budget dengan just check flyer dan buat comparison sbb aku assume all transaction use cash term as payment. Tak mungkin la aku akan bawak cash 2-3 ribu dalam handbag la. So bile berkenan pada notebook hp ni tanya salesman tu ckp payment term cash or credit card or installment credit card lagi melonjak lah dalam hati. So apa yang seronok harini aku boleh menghabiskan banyak masa dgn aset kedua termahal aku ni selepas vios 1.5G. Macam dapat kawan baru aje. Tapi harap2 my sister Afiqah tak menjahanamkan laptop aku memnadangkan dia asik mintak je laptop ni nk buat main. Aku kene pandai sorok la gamaknya. Ok see u then

0 comment: