RSS

Keganasan Rumahtangga

masalah ini adalah kisah benar yang dialami oleh seorang wanita malang... SITI sebagai sesama umat hanya dapat menbantu dengan memberi buah fikiran dan bantuan pada yang punya hak..... perbualan ini diolah sedikit....

SITI - Assalamualaikum... Puan Nani, nama saya siti.... saya difahamkan akak memerlukan sokongan untuk mendapatkan rumah kerajaan orang miskin di kampung ******

KAK NANI - Ye benar, terima kasih la puan kerana sudi hubungi saya, masalah saya dah berlarutan 7 bulan... saya sekarang mengandung anak ke 3.. saya takut tak ada tempat berteduh selepas melahirkan anak saya nanti

SITI - saya ingin jelaskan pada akak, saya bukanlah pegawai kerajaan yang menguruskan rumah itu dan bukan lah sesiapa cuma saya ingin beritahu akak pandangan dan nasihat agar memudahkan akak mendapat rumah itu

KAK NANI - tak apalah Puan, saya selepas dihalau keluar oleh suami.... saya nekad tuk hidup sendiri.... Saya tak tahu macamana nak berhubung dgn pegawai berkenaan permohonan saya ini... sekarang saya tinggal dirumah mak sedara tapi saya kalau boleh tak mahu menyusahkan dia kerana dia pun dah tua

SITI- akak panggil saya Siti saja... Begini rumah orang miskin kampung itu hanya untuk ibu tunggal, warga emas dan rakyat miskin yang tidak berkemampuan namun kes akak adalah berbeza... akak masih punya suami yang berpendapatan walaupun suami tidak menghiraukan akak namun permohonan ini masih tidak kukuh... saya menasihatkan akak pergi ke Jabatan Kemiskinan Bandar untuk akak peroleh surat menyatakan situasi kehidupan akak agar boleh menjadi sokongan mendapatkan ruma tersebut.... Pihak jabatan akan mensoal siasat tentang kes dan masalah akak dan memberi kaunseling dan mengeluarkan surat jika kes akak benar-benar kukuh

KAK NANI - Puan... kes penceraian akak akan didengar di mahkamah bulan 5 tahun depan nanti.... Akak berharap sangat suami dapat lepaskan akak dan anak-anak akak dapat jaga serta dapat hidup aman dengan anak-anak dirumah itu.... tapi akak risau sistem perundangan syariah tidak berpihak pada akak.....

SITI - Seperti yang saya peroleh dari kes akak.... sepatutnya akak perlu buat laporan polis berkenaan akak dikurung dan dipukul agar kes itu mudah diselesaikan.... atas alasan suami tidak berkemampuan dan tidak peri kemanusiaan. Kenapa akak tidak membuat laporan... Adakah akak diugut suami.... jika ada membuat laporan polis kes akan diselesaikan dengan mudah. dan setakat ini sistem perundangan syariah negara masih boleh diharap

KAK NANI - akak ada buat satu laporan polis berkenaan suami pukul dan terajang sehingga akak lebam-lebam dan pecah mulut dan muka namun apa yang lebih menyedihkan polis hanya memasukkan suami dalam lokap semalam sahaja.... sepatutnya seminggu... jadi akak rasa kalau akak buat laporan polis lagi benda yang sama akan jadi... suami seakan kebal kerana banyak kabel dikalangan polis-polis...... Semalam, akak ada jumpa suami dan kami bergaduh kepala akak benjol dan badan jatuh ke belakang diterajang suami... tangan akak pula terkena pisau..... patut ke akak buat laporan polis??? Kandungan akak mula sakit dan ada pendarahan sedikit.... Akak rasa jika kandungan akak gugur dia mesti dipersalahkan kerana doktor yang merawat akak suruh akak buat laporan polis jika pendarahan akak tidak berhenti selama seminggu ini

SITI - kalau begitu akak boleh buat laporan polis... sekiranya apa-apa terjadi pada kandungan akak, suami akak kene bertanggungjawab.... Akak fikirlah yang terbaik.... Apa yang saya boleh bantu ialah sekiranya akak membuat laporan polis, akak boleh buat laporan sekali lagi sekiranya terjadi keraguan tidak munasabah seperti tiada tindakan apa-apa oleh polis, atau tindakan tidak munasabah diterima oleh suami dari pihak polis.... dan saya akan bantu dengan membawa kes akak ke peringkat lebih tinggi untuk disiasat pegawai polis atasan.... Berbalik kepada urusan rumah, akak boleh dapatkan surat mengesahkan bahawa akak adalah kurang mampu dan salinan dokumen serta permohonan boleh akak simpan... Pekerja saya akan datang jumpa akak untuk mengambilnya... Insyallah saya akan bantu mana yang termampu.....

KAK NANI - Terima kasih siti... macamana akak nak hubungi siti...

SITI - saya nak akak uruskan apa yang patut terlebih dahulu... boleh dapatkan bantuan dari jabatan kemiskinan bandar... mereka akan diberitahu tetang kehadiran akak untuk mendapatkan surat tersebut dan seterusnya saya akan menghantar permohonan akak sekali lagi beserta sokongan penuh dari saya.... agar akak peroleh rumah tersebut secepat mungkin.... Sekiranya akak didatangi dan dikasari oleh suami.... saya mencadangkan akak membuat laporan polis..... saya bantu akak ikhlas, sebagai seorang manusia yang berperikemanusiaan... saya hubungi akak bukan atas arahan sesiapa..... Saya akan hubungi akak bila urusan kaunseling dan surat sokongan dikeluarkan..... Bila urusan rumah selesai saya akan bantu akak mendapatkan wang ehsan kerajaan negeri kepada rakyat tidak berkemampuan.... baiklah akak, saya kene pergi dahulu.... Kita sebagai wanita jangan terlalu gantung hidup pada lelaki.... kita kene berdikari sedikit sebanyak...... ya.

KAK NANI - terima kasih Puan, terima kasih banyak-banyak...
Hanya Allah yang dapat membalas nya...

SITI - terima Kasih. Assalamualaikum

Kesimpulannya ialah... jangan lah berdiam diri bila diri dianiaya.... Kalau cinta dan kasih si suami tak akan menyakiti walau sedikit pun hati isterinya... sediakan payung sebelum hujan... kumpul harta untuk diri sendiri sebagai bekalan jika berlakunya kes-kes yang sedemikian. dalam kes Kak Nani (bukan nama sebenar)... Dia adalah surirumah isteri ke 2 seorang peniaga.... perkahwinan atas dasar cinta selama 12 tahun akhirnya berakhir dengan pukul terajang..... sudahlah dibuang keluarga kini dihalau suami. anak-anak pula suami kurung supaya tidak dapat berjumpa emaknya..... dalam hal sebegini rujuklah jabatan pembangunan wanita dan jabatan kebajikan... Insyallah mereka boleh membantu...

1 comment:

Athirah Zahari berkata...

Assalamualaikum, akak. Saya pelajar dari johor dan sedang membuat kajian tentang keganasan rumah tangga dan menghadapi sedikit masalah dalam memahami tajuk ini. Adakah akak sudi membantu saya?