Assalamualaikum...
Entry harini tentang my beloved sister Afiqah....
Suatu hari afiqah ditinggalkan keseorangan di rumah kerana kakak dan abangnya serta ayahnya bekerja dan ibunya ke majlis khatam al-quran tidak jauh dari rumah mereka..... sedang ibunya berada dimajlis itu tiba-tiba bekalan elektrik terputus.... ibu merasa sangat risaukan afiqah yang sendirian dirumah kerana rumah kami juga akan terputus bekalan elektriknya.... Almaklumlah, afiqah anak yang istimewa..... nak ditinggalkan majlis agak kurang manis kerana giliran ibu membaca al-quran belum tiba lagi....
Risau juga kalau-kalau afiqah keluar rumah mencari ibu dimana-mana saja, dan risau juga andai afiqah menjerit keseorangan dirumah akibat ketakutan walaupun bekalan elektrik terputus di waktu siang hari.... risau juga andai rumah dimasuki pencuri dikala itu....namun apa yang memeranjatkan ibu lagi.... satu panggilan telefon diterima dari rumah ke telefon bimbit ibu.... Siapa pula yang telefon... bila diangkat satu suara kedengaran "mak, elektrik rosak"... Alhamdullilah Lega hati ibu.... afiqah sebenarnya mampu membuat panggilan telefon itu dan yang menariknya dia sebenarnya menghafal no telefon bimbit ibu..... Inilah adik ku yang aku sayangi.....ibu meminta afiqah duduk diam-diam di rumah sampai ibu pulang....
Sekian inilah ceritaku tentang adikku yang istimewa ini.....
0 comment:
Catat Ulasan