RSS

Day 2 Gold Coast Sunday (Currumbine Wildlife Sanctuary)

Apakah nama tempat diatas???? Ini adalah sejenis tempat attraction pelancong yang ala- ala zoo tapi korang takkan dapat jumpe badak sumbu, zirafah, ataupun gajah di sini ya.... Ia terdiri dari haiwan yang popular di australia seperti ular, koala, kangaroo, burung undan, belut raksasa, buaya dan macam- macam lagi. CWS (Currumbine Wildlife Sanctuary) adalah badan bukan profitable yang menjaga kebajikan binatang2 ini... Jadi terdapat ramai sukarelawan yang membantu pekerja2 disini menjaga keperluan binatang dan harga2 tiket diperuntukkan untuk makanan2 haiwan2 ini..... Harga tiket aud41 tetapi aku berjaya mendapatkan harga aud19 dengan pembelian voucher spread coupon ( ala2 groupon)



Ini adalah lawatan hari kedua kami perjalanan dari apartment ke sini mengambil masa 30 minit sahaja dengan bas.... segalanya mudah dengan pengangkutan awam yang efficient.... Sesampai sana kami lihat persembahan burung yang comel dan kiut iaitu lorikeet feeding (burung-burung ini diberi makan dan terbang rendah.... kemudian perjalanan menaiki train kecil ke dalam kawasan CWS dan berhenti di stesen nya....Berpandukan pada map dan showtime pamplet, mula-mula kitorang memang la ikut map dan kejar show diorg tapi lama-lama haramjadah.... apepun semua ini adalah aktiviti kami disini....


1) menonton pertunjukkan alat tiup australia yang dinamakan Didgeridoo
Seorang staff CWS ini meniup alat macam semboyang yang panjang dengan lama ...dan seperti yang diterangkan alat ini digunakan oleh masyarakat asli australia (pribumi australia)... memang sangat menakjubkan kerana beliau memerlukan nafas yang sanggggggggat panjang... alat ini berbunyi sangat nyaring terasa berada di kekumpulan orang asli australia pulak... kemudian staff berkenaan memanggil pelancong mencuba alatan muzik itu... bunyi sumbang sumbing pun ade tapi ade juga pelancong yang boleh meniup dgn baik sekali... kitorang tengok je sudeh..... minta maaf kami dilarang ambil gambar dalam show ini yang pastinya memang menarik dan lain dari yang lain... pic diatas adalah bersenang-senangan menantikan persembahan didgeridoo... sempoi sungguh tempat duduknya. pic dibawah adalah alat muzik dari pakcik google dan pakcik wiki


3) Ke Wild Island untuk melihat beburungan serta Pelican & Giant Eel Feeding
Masuk ke wild island melihat binatang beburung berjalan-jalan ditaman berkeliaran tanpa rasa terancam.... Tidak kurang jugak yg nakal mencuri makanan kitorg.. Opps kt sini binatang tak boleh diberi makanan sendiri tau... Ada jugak tempat permainan kanak- kanak... yang paling best tengok si burung merak dengan selamba melintas di hadapan kitorg....


Cantik pun boleh tahan...Kemudian kami ke tepi tasik untuk melihat 'Pelican dan Giant eel feeding time' amat besar sekali belut di tasik itu.... berebut dgn si pelican bila makanan yang diberikan oleh staff CWS bertugas dan seorang ahli sukarelawan di campak.... Staff CWS itu akan menerangkan tentang pelican dan eel yang diternak dikawasan tasik tersebut.... mereka makan daging dan ikan-ikan kecil.... teringat aku semasa menunggu acara feeding tu... Kami dengan konfidennya membuka bekalan roti sardin dan nasi goreng... perut kelaparan pula seketika maka kami pun makanlah bersama-sama ... tiba-tiba datang pulak kawanan burung pelican datang dan cuba mencuri makanan kami... apa lagi terlompat-lompatlah kami mengelakkan diri dari burung besar itu.... kemudiaan cepat-cepat simpan bekalan makanan kami ni.... so moral of the stori, jangan makan dikawasan mereka, nanti kene cilok... kang tak pasal-pasal kene patuk dek burung..... oklah kat bawah ni aku sertakan pic pelican dan giant eel dan korang bayangkanlah sendiri betapa besarnya binatang ini.. Yang berbaju kuning ini adalah sukarelawan ok..... tapi kalo korang nak tanya lebih-lebih psl eel dan pelican ni better korg check dgn pakcik wiki sbb penerangan staff wanita CWS ni sangatlah laju macam keretapi tak jumpe stesen hentiannya... akhirnya sepatah haram pun aku tak paham.....




3) Menonton snake showtime
Ular ni biasalah kita tengok kat zoo melaka pun ade tapi selain itu ada jugak pembuka show dengan dingo berlegar-legaran (sejenis anjing liar australia) dan masuk ke sarangnya apabila disuruh.... agaknya warm up tuk show diorg kot petang sikit nanti.... Penerangan tentang ular diberikan dengan baik sekali.... dan mereka juga memberi kebenaran untuk bergambar bersama haiwan reptilia itu... Aku nak jugak cerita.... semasa kami mendengar talk tentang snakes ... staff CWS ada jugak bertanya soalan kepada pengunjung tentang ular... Ada dua beradik yang duduk dihadapan kami ini rancak mengangkat tangan ingin menjawab soalan (pendek kata sume soalan diorang nak jawab lah)... tp tak semua jawapan budak tu betul..... araya sedemikian pulak tu tetap nak jugak angkat tangan... kalo kat Malaysia ni orang panggil gila glamour la .. sume dia nak tanya dan jawab..... aku n kakak aku senyum sinis je... sebab staff yang bagi talk tu macam dah penat pick 2 budak ni....last2 dia buat xnampak la budak ni angkat tangan beria... orang lain xde chance nak jawab ... heheh apepun bukannya ade hadiah... mak bebudak ni pun cam malu la... dengan anak dia 2 orang ni..... tapi budak-budak ni berani... sebab sambut cabaran memegang ular dan meletakkan di tengkuknya... Aku... ermmmm xyah kot tengok2 saje sudeh....Pic dibawah ini adalah staff CWS yang memberi talk dan pembantunya.. dan ala-ala Steve Irwin kan....



4) Menyertai aktiviti GREEN CHALLENGE
Untuk pengetahuan semua ini adalah aktiviti sampingan yang disertakan dalam ticket kitorg sbb aku beli special tiket CWS melalui spread coupon dan aktiviti yang abang iparku excited sangat nak join.... dan disebabkan itu kami dah tak dapat kejar showtime lagik... huhuhu... Oklah aku terangkan tentang green challenge ini... Kami akan diberi equipment yang selengkapnya untuk aktiviti ini seperti abah-abah, cangkuk keselamatan, cangkuk slide, coverhall, gloves dan kasut bertutup (disebabkan kasut kami tersedia tertutup maka kami pakai kasut sendiri saja)... Selepas memakai pakaian ini kami dikehendaki menonton video tentang apa yang perlu dilakukan step by step from 1 tree to another tree..... cangkuk keselamatan di cangkuk ke tali merah dan cangkuk slide pada tali hijau untuk menikmati eco green challenge yang menerujakan....
Masa starting je aku dah kalut sikit kerana coverhall aku tersangatlah sendat... agaknya counter girl yg bagi peralatan ni ingat aku kurus sesangat le agaknya ... jadinya sais aku dgn adik aku diberi same je....seksa gak nak pakai dan agak payah gak aku nak memanjat pokok yang pertama.... selepas itu..... tangan pulak yang lenguh kerana hanya perlu perpaut pada tali....makin lama makin tinggi diatas pokok nan hadoo itu seolah-oleh tarzan dibelantara... aku dah menyesal lak dan sudah cepat-cepat mau turun..... apa yang menarik disini ramai kanan-kanak, famili, ibu bapa yang cukup ketinggian menyertai aktiviti ini cepat sungguh mereka bergerak dan yang penting tiada staff CWS yang guide disetiap pokok... mereka hanya memandang kami yang tergayut-gayut dari bawah pokok sane kalo ade pun staff CWS ini jerit-jerit supaya tunggu turn kat anak mat salleh yang degil tu... ikut peraturan satu stesen sekurang-kurangnya 2 orang saje... xleh ramai-ramai... nak mintak tolong turunkan aku pon... aku segan.... yelah perlu jerit dengan kuat kekdahnya....


Jadinya kami akhirikanlah aktiviti ini sampai ke tiang peluk slide pusing ala-ala ahli bomba itu... Dan selepas itu tobat tak mau cuba phase yang berikutnya... Dan sesungguhnya agak menakutkan jugak bila terpaksa berpaut pada tali yang berhayun... nangis aku kalo tak kuat semangat tau.... Bila jumpa tanah... lega yang amat sangat... aku dan abang ipar serta adik mengambil kata sepakat untuk tamatkan aktiviti green challenge ini... Pic diatas adalah pic adik aku tengah slide laju beb.... lepas tu terhentam di tilam hijau empuk yang melekat di pokok... kalo silap cara boleh lebam muka....
Part paling lama aku nak tukarkan cangkuk dari satu tali ke satu tali kerana aku tak boleh melangkah luas akibat memakai coverhall yang sempit.... terkial-kial aku dibuatnya.... tapi aktiviti ini kene pakai gloves kalo tak boleh melecet dan sakit tangan nanti.... Pic dibawah ini adalah kenangan berakhirnya aktiviti yang hebat ini.... Abang ipar aku lom slide turun sajer nak bercandid sebelum dia turun...... apepun aktiviti ini memang best bagi yang suka aktiviti lasak... Tapi bagi aku ok je la... Lepas ni kami pergi mencari mak buyung dan si comel zara....



5) Mari mem 'feeding' kangaroo
Aktiviti kami yang agak terakhir la jugak ialah memberi makan kanggaroo yang bekeliaran di satu taman ini... Harga makanan sepeket aud2... Kakak aku dah beli 2 peket makanan kanggaroo.... sebelum itu kami menikmati makan tengahari di tempat rehat yang disediakan... jangan taktau haiwan-haiwan pencuri makanan pun ade dan haiwan berkeliaran di sini memang tak segan dengan manusia
Setelah itu kami ke taman kanggaroo yang bersebelahan dengan tempat rehat kami tadi..... Penat bermain dan memberi makan kasi habis 2 peket makanan (walaupun tak abis... kitorang bagi sorang budak kecik anak mat salleh lebihan makanan itu) ini kami duduk berteduh di gazebo... begitupun si burung besar kepala kecik ni ini nak jugak tumpang sekali.... berdua-duaan pulak masuk gazebo kami....


sebenarnya yang kami beri makan ini ialah kanggaroo yang kecil kerana ada sekumpulan lagi kanggaroo yang besar-besar dan berpoket beranak didalamnya sedang berehat diatas bukit... Bak kata abang ipar aku, tak boleh ganggu kanggaroo itu berehat dan seraya tidak boleh mengambil gambar tapi xtau lak abang ipar aku ade snap pakai bbm dia..... maka tiadalah gambar kangaroo besar..... tapi abang ipar aku excited la jugak panjat bukit semata nak tengok kangaroo tersebut... kitorang yang dah keletihan duduk saja digazebo melihatkan dari jauh si comel zara bermain-main dengan kanggaroo kecil.. Apapun enjoy the pic ok



Perjalanan kami tiba dipenghujungnya disebabkan badan yang keletihan dan kepenatan maka banyak jugak tempat dalam CWS yang tak dapat kami singgahi seperti crocodile park ... Kami hanya sempat menjengguk beruang koala yang seakan tidur diatas pokok... walaupun tak dapat mengejar show 'koala talk' dapat jenguk kejap pun jadilah... koala ni memang haiwan yang tak aktif jadi dia akan rilex je atas pokok macam dalam gambar ni....

Teringat kisah lucu aku dgn mak buyung... nak ikutkan hati memang nak kejar show 'koala talk' masa tu ntah kenapa dalam fikiran kitorang ingatkan persembahan beruang koala bercakap..... excited la nak dengar koala bercakap... hihihi... lepas tu terfikir pulak.... mana ada koala bercakap... cuma penerangan tentang koala...... orang yang bercakap bukannya koala... hihihihi gelak-gelak sendiri je la yek....

Akhirnya kami menaiki train untuk pulang.... Satu pengalaman yang hebat dan menakjubkan.... Pengajaran yang boleh diambil di sini ialah... Warga australia mempunyai moral yang tinggi dalam memastikan binatang mereka tidak kepupusan.... mereka menjadi sukarelawan bagi mengisi masa lapang dan hobi sebagai ambassador kepada binatang kempen sayangi haiwan..... sepertimana tujuan wujudnya CWS ini bukan untuk keuntungan tapi memelihara haiwan sejagat.... Sebelum pulang seperti biasa souvenir fridge magnet yang dicari..... Insyallah ada kesempatan dan kewangan kami akan datang kembali.....


Selepas itu kami menaiki bas menuju ke pacific fair pusat shopping di gold coast kerana mahu mencari pampers si comel zara ..... ntah kenapa la si zara ni asik yak je kat gc ni... habis sudah pampers yang ummi dia bawak..... kami juga beli sedikit keperluan dapur

Estimate perbelanjaan hari ke 2 ini tidak dinyatakan kerana go card, keperluan dapur, tiket currumbine sudah diterangkan dan dibayar pada entry yang lepas..... Jadi perbelanjaan masih lagi AUD555 atau RM1726.05... Kalu ade pun AUD1 untuk makanan kangaroo

p/s entry ini lambat dipublishkan atas sebab-sebab draft hilang kat dashboard blogger ... alamatnya aku kene mengarang sekali lagi..... dalam hati (bila la entry pasal gc nak berakhir ni ada lagi 5 hari waduuuhh)

5 comment:

Muhammad berkata...

Saya sekeluarga pun akan travel ke gold coast end of this month. Boleh shar macamana dapat discount 20% di dreamworld? dan package untuk masuk ke currumbin widlife or any other tips?

Intan berkata...

hai Muhammad
discount 20% kat dreamworld tu intan dapat sebab beli tiket enterance kat kedai Jepun di Surfer Paradise.... lokasi dia dekat dengan cavill avenue (tempat tunggu bas) masuk lorong ...bila beli tix aud67 sampai kat dreamworld..just tunjuk je kat staff dreamworld diorg akan bwk pergi entrance lain for international visitor masa tu la dia bagi discount kad warna merah tuk pembelian apa2 barangan atau makanan dalam dreamworld....

Intan berkata...

package yg intan masuk ke currumbine lak beli online kat spread (mcm groupon) diorg akan send tix berpakej menerusi emel so intan print je... masa tu memang intan buat akaun spread guna address apartment intan... tapi skrg dah xnampak offer cmtu lagi kat spread..
https://spreets.com.au/home/Brisbane.
harap membantu dan selamat bercuti

Unknown berkata...

Hi sis...nk tny u pg gold coast bawak pampers mcmane ye? Boleh bawak penpers yg da bukak ke?

Unknown berkata...

Hi sis...nk tny u pg gold coast bawak pampers mcmane ye? Boleh bawak penpers yg da bukak ke?