salam....
Korang ni mesti ternantikan contest dari Petronas lagi kan... Petronas ni memang suka nak buat contest menang hadiah pun dahsyat-dahsyat tapi nak menang tu macam 1 dalam 1000... Ape-apepun boleh cuba lagi...... Korang kene jugak faham pelanggan Petronas bukan sorang dua.... tapi kalo yang dah berjaya tu memang bertuah amat la..... Yang tak bertuah pun kire bertuah jugak sebab pembelian minyak Petronas memang berbaloi dan menjimatkan......
Oklah nak bercerita pasal promosi terbaru dari Petronas yang dinamakan XTRAVAGANZA PETRONAS-MASTERCARD CONTEST..... Caranya hanya isi minyak RM50 dan ke atas menggunakan Credit card/ Debit Card Mastercard... Visa ke Dinaers ke Amex ke xboleh yek... oklah... selebihnya boleh baca Q&A kat bawah
1) Apakah langkah yang perlu diambil untuk menyertai PROMOSI XTRAVAGANZA PETRONAS ?
Langkah 1:
Guna kad MasterCard Kredit/Debit untuk pembelian minimum RM50 di Servis stesen PETRONAS atau Kedai Mesra (kecuali rokok, perkhidmatan tambah nilai, Touch ‘n Go, tiket bas Transnasional, lain-lain servis dan produk kawalan)
Langkah 2:
Hantar SMS ke 33310 dalam format pesanan teks berikut:
PDB
Contoh: PDB 1234 0112 50.00
2) Bilakan peraduan ini akan bermula?
Tempoh Peraduan adalah dari 1hb Disember 2011, 00:00:00 hingga 31hb Januari 2012, 23:59:59 (termasuk kedua-dua tarikh).
3) Siapakah yang layak untuk menyertai Peraduan ini?
Peraduan ini terbuka kepada pemegang sah kad kredit atau debit MasterCard yang dikeluarkan di Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas KECUALI:-
a. Kakitangan anak syarikat Petrolium Nasional Berhad dan ahli keluarga terdekat (bapa, ibu, suami/isteri dan anak).
b. Kakitangan Mastercard Asia Pacific dan ahli keluarga terdekat (bapa, ibu, suami/isteri dan anak).
c. Wakil-wakil penjual stesen minyak (PDB)
d. Kakitangan agensi pengiklanan dan promosi termasuklah Star Reacher Advertising Sdn Bhd, InnoPress Sdn Bhd dan Zenith Media Sdn Bhd.
4) Berapakah hadiah untuk dimenangi dalam sepanjang Tempoh Peraduan ini?
Terdapat enam puluh dua (62) unit iPhone 4S untuk dimenangi sepanjang Tempoh Peraduan. Satu (1) unit untuk dimenangi setiap hari
5) Kad MasterCard Kredit/Debit saya dikeluarkan di Singapura, bolehkah saya menyertai Peraduan ini?
Tidak. Peraduan ini hanya terbuka kepada semua pemegang kad MasterCard Kredit/Debit yang dikeluarkan di Malaysia sahaja.
6) Bagaimanakah Pemenang dipilih untuk “Promosi XTRAVAGANZA PETRONAS”?
a. Satu (1) pemenang akan dipilih dari penyertaan SMS yang diterima dari 00:00:00 hingga 23:59:59 setiap hari (semasa Tempoh Peraduan).
b. Pengantaran SMS bagi pembelian minimum RM50 di dalam setiap resit diambil kira sebagai pendaftaran.
c. Finalis akan dipilih secara rawak melalui pemilihan elektronik berkomputer.
d. Finalis haruslah menjawab soalan yang dikemukakan oleh Pihak Penganjur dengan tepat
e. Bukti resit pembelian hendaklah dihantar di dalam masa 5 hari bekerja.
Pemenang akan dipilih berdasarkan kriteria yang disenaraikan.
7) Berapa resit yang saya perlu kemukakan untuk menyertai Peraduan ini?
Untuk setiap RM50, Peserta layak mendapat satu (1) penyertaan. Peserta hanya perlu menghantar satu (1) penyertaan SMS bagi setiap resit dan bilangan penyertaan yang layak akan ditabulasikan secara automatik. Contohnya, RM50 = satu (1) penyertaan, RM100 = dua (2) penyertaan.
8) Boleh saya mengumpul jumlah RM50 dalam 3 resit?
Tidak, setiap perbelanjaan mestilah dalam satu resit sahaja.
8) Bagaimanakah saya tahu jika SMS saya berjaya?
Para Peserta akan menerima SMS daripada Penganjur selepas menghantar penyertaan mereka dalam Peraduan ini. Bukti penghantaran SMS bukan bukti penerimaan.
10) Adakah semua Pengendali Telekomunkasi boleh didapati untuk Peraduan ini dan apakah caj untuk setiap SMS?
Peraduan ini hanya terbuka kepada pengguna talian mudah alih Celcom, DiGi atau Maxis - 012, 013, 014, 016, 017 dan 019 (“Pengendali Telekomunikasi”). Setiap penyertaan SMS akan dikenakan caj RM0.50 selain sebarang caj yang dikenakan oleh Pengendali Telekomunkasi sebagai kos pengolahan..
11) Bagaimanakah peserta yang tersenarai akan dihubungi?
Semua peserta yang tersenarai akan dihubungi (selepas 3 kali berturut-turut) untuk menjawab satu (1) soalan menerusi telefon. Soalan adalah berkaitan dengan Promosi XTRAVAGANZA PETRONAS.
12) Apakah langkah seterusnya jika saya tersenarai singkat sebagai Pemenang?
Peserta yang berjaya dikehendaki mengirimkan Bukti Pembelian dalam masa lima (5) hari kerja selepas menerima permintaan/makluman daripada pihak penganjur.
a) Resit Pembelian; atau
b) Penyata Bank; dan
c) Salinan Kad Pengenalan
Pemenang akan dihubungi oleh Pihak Penganjur melalui telefon.
13) Dimanakah perlu saya hantar Bukti Pembelian?
Melalui Pos (Finalis digalakkan untuk menggunakan Pos Berpalang/Pos Laju):-
“XTRAVAGANZA PETRONAS Promotion”
InnoPress Sdn Bhd, 15, Block B, Lot 756, Jalan Subang 3, 47610 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.
ATAU
Melalui Emel (Bukti Pembelian dan Salinan Kad Pengenalan yang jelas. Format DPF):-
Emel : spendwin@innomalaysia.com Tajuk Emel : “XTRAVAGANZA PETRONAS Promotion”
14) Apakah yang akan berlaku jika finalis tersenarai tidak dapat menjawab soalan dengan betul?
Sekiranya finalis tidak dapat menjawab soalan dengan betul, finalis tersenarai seterusnya akan dihubungi.
15) Kalau saya tersenarai singkat, mestikah saya mengemukakan resit pembelian?
Ya. Resit pembelian kad MasterCard Kredit/Debit berserta salinan kad pengenalan mesti disimpan bagi tujuan pengesahan jika peserta tersenarai singkat
16) Bagaimana jika resit bukti pembelian yang dihantar keluar untuk pengesahan hilang?
Bukti pos, faks atau penghantaran (menerusi apa jua cara sekalipun) bukan bukti penerimaan. Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap bukti pembelian dan butir-butir yang hilang, lewat diterima atau tersalah hantar.
17) Resit bukti pembelian saya sudah hilang, bolehkah saya mengemukakan penyata bank saya sebaliknya?
Ya, anda boleh mengemukakan penyata bank anda.
18) Bolehkah hadiah ditukarkan kepada tunai?
Tidak. Hadiah-hadiah tidak boleh ditukar ganti, dipindah milik atau ditebus dalam sebarang bentuk lain atas apa jua sebab sekalipun.
19) Berapa lamakah penghantaran hadiah ke pemenang?
Hadiah akan dihantar dalam masa 4-6 minggu dari tarikh notifikasi kepada pemenang.
20) Berapa kali boleh saya menang?
Anda hanya boleh menang sekali sahaja sepanjang tempoh Peraduan ini.
21) Untuk pertanyaan tentang MasterCard Kredit/Debit saya, pihak manakah yang perlu saya hubungi?
Untuk pengesahan, masalah atau sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Bank anda.
22) Untuk pertanyaan yang lanjut mengenai Peraduan ini, dimanakah pertanyaan tersebut boleh ditujukan?
Anda boleh mengajukan sebarang pertanyaan dengan menghubungi MESRALINK di talian 1 300 88 8181 atau layari www.mymesra.com.my
Tamat.
Article diatas dicopy paste dari website petronas www.mymesra.com.my kalo korang tgk question no 8 tu ade 2 kan... bukan silap aku, silap kat website tu.... tapi janji korang faham dah la kan.....
Hadiah dia ialah iphone 4S setiap hari.... telefon latest model tu.... haku pon pakai iphone 4 jek tau.... so dari tarikh bermula promosi ade 62 hari so 62 iphone 4S boleh dimenangi..... Promosi kali ni ade senang sikit nak menang sebab
1. hanya pemegang mastercard saje......yg bayar cash n other card xleh join
2. pengisian RM50.....
3. perlu SMS.... tak ramai orang rajin sms, suka goyang kaki dan menang..... kalo korang komit nak menang hadiah insyallah boleh berjaya ikut syarat-syaratnya ok....
Sampai disini sahaja....
0 comment:
Catat Ulasan