RSS

THE TWILIGHT SAGA: BREAKING DAWN Part 1


Buat peminat sequal Twilight seperti aku.... pastinyer tertunggu buahtangan terbaru dari Twilight... yeay...yeay.... Aku geng aper???? pastinyer Edward Cullen yang kachak lagi handsome bergaya plus boleh terbang panjat2.... Tapi seperti yang sedia maklum... Sequal kali ini banyak ditapis oleh LPF atas kensensoran yang tidak wajar ditonton apepun dapat masuk panggung Malaysia pun kire alright la kan....

First of all , im so sorry atas kelewatan review pasal movie ini walaupun dah nk seminggu..... al kisah terlalu banyak kerja dan berjalan ini la gamaknya.....



secara ringkas Cerita dimulakan dgn penerimaan kad jemputan perkahwinan Bella dan Edward... dan perkahwinan dalam taman aka hutan berlangsung dgn indah sekali..... Gaun Bella yang cantik Edward yang kachak amat.... Dan scene bulan madu Edward dan Bella ke sebuah pulau yang cantik hadiah perkahwinan oleh Carlisle Cullen..... Di sini banyak babak-babak dipotong paham-paham je la.... tapi seriusly scene kat pulan kecil ni tersangat la cantik... amat sesuai untuk hanimun....

Ade sorg maid brazilian ni terkejut la bila nampak manusia berada bersama vampire... mungkin dia ade six sense kot boleh tau pontianak si edward ni..... masalah mula timbul bila si bella ni rasa muntah-muntah dan rasa ada sesuatu dalam perut dia... so dia rasa dia pregnant walaupun edward dan dia sendiri tak tau yang bella boleh mengandung... Edward mintak tolong maid brazilian tu dan maid tu cakap Bella akan mati.....

Edward segera bawa Bella balik dan minta tolong Carlisle selamatkan Bella kerana mereka predict dalam perut Bella tu kemungkinan monster.... Keadan Bella sangat teruk.... makin lama makin tak bermaya dan kandungan dia membesar dengan cepat kerana bayi Bella menyedut semua zat-zat Bella.... Cadangan Edward untuk membuang monster dalam perut ditentang Bella sehinggakan Edward meminta tolong Jacob memujuk Bella membuang kandungan dia..... Namun Bella tetap berdegil walaupun terpaksa membahayakan diri demi anak yang dikandungnya itu....

Kawanan serigala yang diketuai oleh Sam sudah menghidu kehamilan Bella dan mengancam mahu menghapuskan Bella dan bayi tersebut... Mereka beranggapan seekor monster yang berbahaya akan lahir... Namun Jacob mempertahankan Bella dan secara tidak langsung berpaling tadah pada kawanan serigala kerana membantu melindungi Bella dikediaman Cullen... Turut membantu Jacob ialah Leah (yang ada hati pada Jacob) dan Seth serigala muda.....

Keadaan Bella semakin kritikal namun cadangan Jacob memberi bella minum darah membuahkan hasil apabila Bella semakin bertenaga sikit demi sikit..... Keadaan bertukar apabila Edward merasakan Bayi di dalam perut Bella bukanlah monster tapi campuran vampire manusia yang mempunyai hati yang baik seperti Bella.... Mereka akhirnya sepakat untuk memelihara kandungan Bella itu.... Bella juga memberikan nama bayinya Raneesmee iaitu gabungan nama ibu Jacob dan Edward.....

Kelahiran Raneesmee memang membunuh Bella kerana kesakitan yang teruk tidak terbendung lagi, tulang Bella patah namun Bella telah divampirekan oleh edward.....Dalam scene ini penonton seakan boleh rasakan kesakitan yang amat seperti yang Bella rasai.... Jacob yang sangat sedih atas kematian Bella ingin membunuh bayi comel itu..... Namun bila terpandang mata Raneesmee Jacob terpana lalu membatalkan niatnya.... Camtu la lebih kurang citer ni....

Apa yang best

1) permandangan hanimun yang amat cantik
2) teknik komputer yang berkesan untuk menukarkan wajah Bella yang kurus cengkung
3) Nilai kekeluargaan dalam family Cullen
4) scene perkahwinan yang memikat....
5) penukaran Bella menjadi vampire

Apa yang tak best

1) scene melahirkan baby dipotong, scene asmaradana pun banyak dipotong (aku dah 18sx yer)
2) serigala bercakap .... agak kelakar
3) Bella sedut darah nampak sangat menjijikkan


overall movie ini tidak menghampakan dan nantikan part 2 untuk kesinambungannya.... Sekarang movie ni still panas lagi kat panggung wayang boleh saksikan sendiri okey....

review: 4/5 star

0 comment: