Day 3- Gold Coast Dreamworld
Posted by
Intan
on Rabu, 7 Disember 2011
Labels:
gold coast,
vacation
Assalamualaikum....
Sambungan entry Gold Coast untuk hari ke tiga... Kami decide untuk ke Dreamworld..... Ape tu yek... Taman tema yang best sangat... dreamworld ni tebahagi kepada taman tema keluarga dan Australian wildlife and Tiger untuk yang nak tengok haiwan-haiwan australia la....... kalau tanya aku berbaloi tak sebab dah masuk Currumbine Wildlife... bagi aku ok je, walaupun ada haiwan yang sama aku jumpe tapi yang kat sini lokasi binatang antara satu sama lain tak adalah jauh.... Macam kitorang tak la rasa penat sangat....
Perjalanan dari apartment ke taman tema ini ambil masa dalam 30 minit lebih kurang menaiki bas translink.... Sampai saja walaupun awal pagi tengok memang orang ramai dah beratur.... Sebelah taman tema ni pulak taman tema air White Waterworld.... tapi kitorang tak masuk pun.... Disebabkan tiket kitorang beli dari travel agen Jepun so kitorang adalah special guest yang boleh masuk ikut guest entrance... lepas tu dapat pulak special card...... bak kata Japanese staff kat situ apa-apa pembelian dalam taman tema akan diberi discount 20% untuk special guest macam kami ni selain tu dia bagi showtime pamplet dan juga theme park map..... Ape lagi bertambah-tambahlah gumbira dihati ni.....entrance macam dalam pic bawah ni.... Takyah beratur panjang dah boleh masuk....
Bila masuk je wah... macam Siti berada di alam fantasi... sangat unik tempat ini....... Macam cerita dalam tv ..... Cantik sangat tempat ni macam taman kanak-kanak.... Sampai je aku dah nak ke toilet.... masuk je toilet kagum sesangat... disebabkan rasa tak jumpe lagi toilet macam ni kat mesia aku pun amik lah gambar.... Zink kat belakang ni bukan zink betul-betul... lukisan je tu.... kat toilet penuh dgn kawat duri dan paku paku.... tapi sebenarnya tidak membahayakan....
Lepas keluar baru perasan ade signboard tulis no camera... ala terlepas sudah... kami berjalan lagi menuju ke kawasan permainan kanak-kanak kecil.... Lepas tu kitorang layankan si kecik zara naik cawan.... Walaupun sedia maklum kami sudah terlepas menonton show menyagat bulu kambing biri-biri... Budak kecik ni pulak dah abis satu round main cawan nak naik lagi... menangis-nangis nak naik... terpaksalah pujuk dia naik kete merah The Wiggles (siri tv yang budak-budak suka tu) Masa tu masih tak ramai orang almaklumlah kitorang masuk awal pun sebab ade ticket international special guest.... Masuk dalam kereta seolah masuk dalam rumah sambil nyanyi-nyanyi... si zara suke lah... kitorang layankan ajer
Dibawah ni ade video tentang wiggles ride yang serba kebosanan tapi seronok untuk kanak-kanak... Apapun layankan je la
Apa pun lepas keluar dari the wiggles home ni zara nak naik cawan semula adeh... kene bawak dia pergi jauh-jauh so kami ke stesen keretapi untuk naik train ke taman haiwan.....
Lepas tu perjalanan menuju ke stesen keretapi untuk ke Australian Wildlife and Tiger experience... kat situ kami lihat binatang dan kali ini kami berjaya mengejar Koala Talk..... heheh (bukan beruang koala bercakap yer).... Penerangan oleh staff wanita ini bagus sekali dan kami boleh menyentuh haiwan comel ini..... memang benar koala sangat tidak aktif tengok pun lemau jek tapi kami memang puas hati tengok haiwan unik ni selain dari itu terdapat juga haiwan-haiwan seperti tiger, sheep, snake , crocodile and for sure kangaroo....Selain tu buka bekalan roti sardin dan nasi goreng betul-betul depan sangkar si burung helang... tapi helang tu tak bergerak pun.... tengok je....tapi kitorang bukak kejap pastu tutup balik takut si burung pencilok ade kat sini.... Dah bosan tengok haiwan kami kembali ke taman tema menaiki tren yang sama ....
Tumpuan terus ke thrill game iaitu THE TOWER OF TERROR 2.... Cadangan abang ipar aku yang excited sesangat nak naik... aku ikutkan je la... mak buyung bawak si zara main-main tempat lain.... ada macam nursery kanak-kanak dengan bermacam jenis permainan kanak-kanak dan ade orang jaga .......so boleh tinggalkan zara bermain dan umminya pula tengok dari luar.... Kami bertiga pulak nak naik game ni beratur punyalah lama.... lepas tu hampir-hampir nak sampai seram sejuk pulak ... mana taknya dengar jeritan yang kuat silih berganti....masa naik kapal tower of terror tu aku dengan adik aku duduk berdua abang ipar dah kat tepi... ingatkan kitorang paling belakang tapi paling depan rupenya sebab ship tu reverse laju ke belakang..... kelajuan yang tidak terbanding... Aku tutup mata je bila dalam terowong tapi bukak mata bila dah ada kat tower paling tinggi sebab dia berhenti sekejap dan turun balik..... Korang boleh tengok youtube kat bawah ni.....
Selesai satu thrill game yang dahsyat masing-masing dah menyesal nak main lagi... takut tu masih ada... kami mencari mak buyung dengan zara..... Masa cari mak buyung dengan zara kami terjumpa la pulak harimau benggala yang berwarna putih.... dalam satu kawasan tidak jauh dari Tower of Terror 2..... tapi mak buyung dengan zara tak ada di situ.... Masa mencari-cari diorang ni tu ada juga berbincang dengan abang ipar n adik dalam hati kenapa lah nak warm up amik games yang menakutkan ni.... baik cuba yang slow-slow sikit dulu.... Bila jumpa zara n umminya kat nursery kitorang proceed ke tempat game yang biase2 aje... tapi kat sini family fun ride pun bagi aku kira thrill jugak... walaupun anak-anak kecik boleh main.... dahsyat diorang ni.... beratur pun takde la selama beratur kat tower of terror ni... tapi fun jugak.... oklah ade beberapa game yang thrill selain tower of terror tp yang pastinyer kami xnaik sbb terkejut sgt dah.
Giant drop
The Claws
Ada jugak beberapa games malas pulak aku nak upload kat sini.... yang pastinya aku tak naik..... Bergambar dengan beberapa karakter kanak-kanak ade pirate, puteri ade crocodile maskot...lepas tu Duduk makan di kawasan foodcourt... Teringat pulak satu ketika..... aku beratur untuk membeli air coke.... girl yang jaga foodcourt tu pun layan aku... dia tanya aku nak makan pizza ape sebab ade banyak jenis pizza dia tunjukkan kat aku semua set dengan air coke... aku jwb nak coke sahaja... pastu dia tanya balik tak boleh semuanya set kene order pizza juga..... Lepas tu kawan dia yang sedang jaga cashier menyiku girl tadi... Agaknya dia baru perasaan yang aku ni muslim.... Terus dia bagi aku air coke dengan harga aud2.70.... "special for you without pizza set" dengan senyuman yang menawan... aku amat rasa dihargai.... tolak 20% discount as international guest aku bayar lah coke tadi dengan harga aud2.16....Mereka ni sangat memahami... tak perlu aku terangkan kenapa aku taknak makan pizza dia tapi terus dapatkan apa yang aku mahu.... tiada racist ok
Selepas itu kami hanya menyaksikan thrill game dan main jugak lah rollercoaster yang biase-biase punya.... takde lah excited sangat tapi yang bestnya ade jugak tempat orang belajar atau bermain ski ombak..... ada yang berjaya dan ada yang jatuh... Bukan senang sebenarnya....Kanak-kanak beratur la nak cuba main didepan tu ade kawasan duduk kerusi meja untuk kita rehat sambil-sambil lihat aksi ski tu....
Sudah bosan pusing-pusing walaupun bukan bosan sangat tapi kepala dah pening-pening main game pusing-pusing dan rasa macam nak muntah walaupun aku sedari kitorang tak cover tempat ini sepenuhnya lagi..... kami pun pulang dgn menaiki bas yang sama..... Bila berhenti di Surfer Paradise kami berjalan lagi mencari Ali Baba Kebab namun hampa.... Beli lagi kelengkapan rumah, barangan hardrock dan pulang semula ke apartment
Sekian....
Tiada pembelian yang penting hari ini....
1 comment:
bestnye....ajakla aye
Catat Ulasan