RSS

Anda Susah tidur???


Dalam suratkhabar berita harian ade tips panduan untuk nikmat tidur yang sebenar dan ingin aku kongsikan disini kerana aku juga antara yang kadang-kadang mengalami masalah tidur lebih-lebih lagi jika tidur bersama adik kecikku yang sangat lasak kerana selalu tejaga akibat tendangan nya itu .. huhuhu.
Yang Pertama Suhu Bilik yang Sejuk. Sebenarnya tak perlulah sejuk tu bermaksud perlu ada air-cond, takat kipas biasa pun boleh tapi jika kita jenis yang xsuka sejuk2 dan suka hangat2 masih ok as long as persekitaran selesa dengan kita. Kedua Mandi sebelum Tidur. Yang ini aku rase ade yang tepat dan ada yang tak tepat pada pandangan aku. Memangla kalau kita mandi rasa segar dan selesa tapi kala tidur malam then kita mandi malam dan kalau kerap lakukannya kita boleh mengidap penyakit paru-paru berair. Itulah risiko kalau kerap mandi malam. Mungkin maksud artikel ini mandi sebelum tidur tapi kalau waktu malam jangan kerap sangat. Pasang Lilin juga sesuai lebih2 lagi lilin yang beraromaterapi yang memberi kesan pada suhu persekitaran bilik tidur kita tapi awas jangan sampai terbakar sudahlah. Jauhi dari objek mudah terbakar seperti langsir. Tetapkan waktu tidur seperti kalau tidur pukul 11 malam setiap hari tidur masa yang sama jangan kucar kacir lah kejap kol 10 kejap kol 1. Begitu juga bagun tidur, kalau bangun pukul 6, tiap2 hari kita bangun pukul 6. Kalau dapat dipraktikkan, lama kelamaan tak perlu jam loceng pun kita boleh bangun pada masa yang tetap. Supaya pemikiran kita tak celaru dan menyebabkan kite overslept.. then Katil yang selesa, yang tu terpulang pada individu kalau mampu beli katil mahal yang selesa apa salahnya mencuba... kalau tak, mungkin boleh tukar tilam yang lebih empuk atau bantal yang selesa, atau pun kerap tukar cadar pun ok gak...
selebihnya akan aku discuss lagi sebab aku ade keje lain gak.. Apapun selamat tidur dan ingatlah pagi yang indah bermula dengan pengalaman malam nan selesa (ayat dari artikel yerk)

3 comment:

Tanpa Nama berkata...

saya dr belajar betahun2 dulu asik tido pukul 3pg.. punyalah semangat belajar... tapi bila dh kerja, mmg menganggu sbb dah biasa tido lewat.. mata lansung x ngantuk smpai kul 3.. akibatnya.. akan terlewat ke ofis.. thanks for tips..

Tanpa Nama berkata...

mandi malam tak mengapa asalkan guna air suam-suam.

tentang bangun tidur ni, tubuh manusia sgt hebat. kita punya jam loceng bina dalam (biological clock). bila dah selalu amalkan sesuatu perbuatan (bangun tidur) secara berdisiplin, automatik badan akan terikut

Intan berkata...

@lochoe thank you. u r welcome

@aeropama air suam ke? kene beli shower pakai heater la ni...