RSS

Komputer dan Blog

Sebagai seseorang yang agak kaku dalam bidang komputer dan kejadah ini semua aku tertanya-tanya macamana blogger2 ni punya blog yang hebat2.. Disebabkan aku sendiri tak tahu dan tak penah belajar mengenai semua itu jadi aku biarkan sahaja persoalan itu berlalu. Kerancakan entry berbaur motivasi dan intipati yang berpengetahuan menjadikan aku berminat membaca tapi seperti yang dimaklumkan entri berbentuk sisipan komputer seperti rss atau plugin atau widget2 (mintak maaf tak faham den) dan aku sndri tak tau ape kah benda semua tu... Seolah2 ada kesatuan dalam bidang penulisan blog di alam maya.. Kagum gak aku tapi itulah yang terjadi dan aku akan terus membaca selagi memberi minat
Sebagai seorang manusia yang hidup dalam dunia aku sendiri tak salah aku keluar dari tempurung ni.. Melihat cara manusia mengekspressi emosi dan pemikiran dalam penulisan. Kadang-kala rasa ketinggalan zaman bila mendapati aku seakan ditakuk lama bila berblog.. Aku ada idea tapi belum mampu nak menginterpretasikannya.. Ya, aku jauh ketinggalan. Tapi tak salah aku menjadi diri sendiri.
Kalaulah aku diberi peluang mempelajari semua tu alangkah bagusnya.. Mempelajari sesuatu yang bukan bidang aku sendiri dan sesuatu yang memberi kepuasan sesuatu yang aku impikan. Tapi mungkin benda ni pun tak perlu dipelajari hanya jika aku pandai explore.. tapi aku tak tau betul ke tak. Yang aku tahu aku sendiri langsung tak tahu menahu pasal semua ni. Dan nak explore ape pun aku sendiri tak tahu. Ini lah dikatakan buta teknologi. Mungkin dulu aku berada di zaman kegelapan di mana segala2nya adalah tidak penting.

0 comment: