RSS

Part 2 (Monalisa) Siapakah monalisa sebenarnya

Aku teruja untuk menceritakan tentang Monalisa sejak dapat menatap potretnya suatu ketika dahulu ketika aku sempat singgah di Musee de Lourve, France. Keagungan Monalisa terserlah sungguhpun pengunjung tidak dibenarkan mendekati potret berukuran 53 cm lebar dan 77cm panjang itu tapi pengunjung sanggup beratur untuk mendapatkan pose yang cantik potret monalisa termasuk aku lah, tapi sebenarnya aku masuk muzium ni pun hanya sebab nak tengok gambar Monalisa kalo takat gambar2 lain mmg tak larat sebab Muzium Lourve ni teramat besar dan boleh sesat bila2 masa. Lebih2 lagi kebetulan masa tu adalah hari Jumaat (Musse Nocturne katanya) dimana remaja berumur 25 tahun ke bawah enterance adalah free selepas 5pm so kire berbaloi la aku masuk kejap tengok gambar kak mona je. Apa yang aku ketahui dan merasa sedikit pelik potret ini sungguhpun aku menatapnya dari mana2 sudut namun seolah2 kak mona masih merenung aku denga renungan yang sama.. pelik kan...

Monalisa dikatakan adalah isteri kepada seorang pedagang bernama Francesco de Giocondo dan Monalisa bermaksud " Madam Lisa" namun terdapat juga teori yang menyatakan model Leonardo Da Vincci ini adalah Caterina iaitu ibu Leonardo sendiri.

Dan tidak kurang juga yang mengandaikan Monalisa adalah jelmaan Leonardo versi wanita di mana Leonardo melukis dengan imaginasi yang cukup hebat. Kaji selidik antara potret Leonardo da Vincci juga dikatakan selari dengan potret monalisa yang mengukuhkan lagi teori ini. Benar atau tidak??? jika benar tidak salah potret Monalisa diagungkan dan pelukisnya di sebut2 sehingga kini. Kalau tak betul pun potret tu memang dah glamour pun.

Di bawah adalah lukisan potret kak mona yang mana di double paste copy kan. (ape kejadah ni). maksudnya gambar itu dibelah dua dan di gabung kan secara miror lah lebih kurang. apa yang kita dapati dalam proses ujikaji nih ialah... (suspen)


Gambar kiri adalah sisi kanan gambar asal mona dan gambar kanan sisi kiri gambar asal mona. apa yang aku dapati sisi kanan (gambar kiri) mirip wajah seorang lelaki dan sisi kiri (gambar kanan) mirip wajah wanita. Hebat kan... Leonardo da Vincci adalah seorang yang genius

4 comment:

Azira Y berkata...

teringin jugak nk tgk potret monalisa.
bile laa dpt pegi france nie..
hurm... ;p

Intan berkata...

insyallah ade peluang....:)

K berkata...

salam~
hebat2..tp nth2 leonardo tu x pernah pun terfikir sampai ke thp kite semua pkir skrg...

klu betul la teori aku, sah dia genius.

P/S: slalu tertukar nama dgn
L.de caprio

Intan berkata...

wsalam
ya khalil, mesti dia tak terfikir bagaimana mau tahu dia begitu fames zaman sekarang??