RSS

CPR.. penting tau

Aku teruja nak bagitau tentang serangan jantung yang seringkali berlaku. Kerana 1/3 serangan jantung berlaku di rumah dan 93% daripada mangsa tersebut meninggal dunia tanpa sempat menerima apa-apa rawatan kecemasan. Satu fakta yang aku baru ketahui. Inilah yang akan terjadi jika kita tidak didedahkan apa2 kemahiran melakukan rawatan awal.


CPR adalah salah satu rawatan yang boleh kita pelajari. Rasanya tak salah kalau kita belajar tekniknya mana tau dalam keadaan kecemasan kita berjaya membantu orang lain untuk mendapat peluang kedua menghirup udara kita ni.

CPR termasuklah pernafasan bantuan mulut ke mulut (ataupun pernafasan bantuan dengan cara lain) dan tekanan dada. Dengan cara ini darah yang mengandungi oksigen akan terus mengalir ke otak dan organ-organ penting hingga rawatan perubatan sewajarnya tiba untuk memulihkan jantung.

Dipendekkan cerita CPR ada 3 kemahiran asas saluran pernafasan, pernafasan dan edaran darah.


SALURAN PENAFASAN
Kita bukakan saluran penafasan mangsa dengan mendongakkan kepala mangsa. supaya lidah tak bercantum dgn rahang dan membuatkan salur penafasan mangsa tertutup.


PERNAFASAN

Apabila Pernafasan Terhenti badan kita hanya mempunyai oksigen yang masih ada dalam paru-paru dan darah. Oleh sebab itu apabila pernafasan terhenti, jantung akan terhenti dan mangsa akan mati sejurus selepas itu. Bantuan pernafasan mulut kemulut adalah cara yang tercepat untuk menyampaikan oksigen ke paru-paru mangsa. Udara yang anda hembus mengandungi cukup oksigen untuk sekurang-kurangnya menampung sebahagian daripada keperluan mangsa. Pernafasan bantuan perlu diteruskan sehingga mangsa boleh bernafas sendiri atau sehingga para profesional terlatih tiba.


EDARAN DARAH


Tekanan dada mengekalkan edaran darah ke paru-paru, otak, arteri koronari, dan organ-organ penting yang lain. Apabila tekanan dada dijalankan pernafasan bantuan mulut ke mulut juga patut dilakukan bersama

kalau kita dapat buat dan praktikkan mungkin mampu membantu kita tapi dinasihatkan jangan buat latihan pada orang yang sihat dan sedar kerana merbahaya kepada mereka. CPR hanya penyelamat orang yang tak sedar dan mangsa jantung terhenti

Selamat mencuba

0 comment: