RSS

Kenapa berblogg...

Aku sendiri pun tak tau kenapa nak berblog tapi apa yang aku tau. Fenomena blogging ni menjadikan aku rajin membaca. Satu-satunya hobi yang aku tak penah suka sejak zaman sekolah lagi. Kalau aku membaca buku-buku ms belajar dulu tu mesti dalam keadaan terpaksa dan tak mungkin la dari kulit ke kulit. Kadang-kadang excited tgk orang baca novel2 cinta (zaman diploma dulu la) aku naktau jugak cite pasal novel tu.. Last2 aku suruh kawan yang baca tu cerita balik kat aku, betapa pemalasnya aku nak membaca. Lagipun entri2 dlm blog tak lah panjang lebar yang memakan masa 2 ke 3 hari habis membaca..

Suratkhabar memang liputan media yang baik dan bagus untuk sesi pembacaan. Walaupun aku boleh baca macam2 jenis suratkhabar di sini tanpa mengeluarkan sesen pun tapi aku hanya selak dan selak dan selak tuk tengok promosi menarik atau iklan sales sahaja.. Kolot betul aku rasakan. Tapi kalau nak tau berita dan isu semasa aku boleh dengar perbincangan staff2 aku yang terlalu obses tentang isu terkini. Bagus diorang ni tak macam aku.

Berbalik pada soalan di atas kenapa berblog dan kenapa semua orang ade blog sendiri. Aku taktau... cara orang meluahkan ekspresi sendiri macam aku yang tak tau cara menghilangkan kebosanan aku tulis blog. Orang baca ke tak baca ke tu lain cerita janji aku rasa puas hati.

Harapan aku agar blog ini dapat mengubah diri aku lebih membaca untuk memperluaskan ilmu dan mendalami sesebuah pengetahuan. mungkin cara mudah aku memberanikan diri mengutarakan pendapat aku mengenai isu2 yang berbangkit dan panas kerana proses pembelajaran tidak terhenti di sini.

0 comment: