Monalisa begitu terkenal seantero dunia kerana wajahnya yang dilukis pelukis terkenal Leonardo Da Vincci. Tapi siapakan monalisa sebenarnya dan mengapa potret nya begitu digilai dan terkenal... Kita terjah untuk mendapatkan kepastian.. huhuhu.
Hari ini aku akan bercerita tentang senyum monalisa yang memberikan seribu satu persoalan. Dia senyum ke, senyum paksa ke, bermasalah ke.. Ujian penyelidik mendapati mimik muka lukisan kak Mona yang selama ini dikaji akhirnya mendapat kepastian melalui teknik komputer. Bende macam ni pun ade yerk. Agak2 kalo aku antar gambo aku kat diorg suruh teka perasaan aku mase tu diorang leh tau tak?
Apa yang difahamkan tugas ini dilakukan oleh penyelidik Universiti Amsterdam dengan melakukan penelitian khusus pada lukisan dengan menggunakan analisa komputer melalui software “pengenalan emosi”. Kesimpulan yang mereka dapati ialah 83% memang tengah tersenyum bahagia, 9% sedang merasa muak, 6% sedang takut dan 2% sedang marah.
Komputer ini menganalisa dan mengeluarkan hasil dari bentuk bibir dan kerutan di matanya.
Mungkin kalo kita suka kerut tu maksudnya kita suka marah2 la kot.. Jadi jangan la kerut2 selalu.
Program yang dikembangkan oleh penyelidik di Universiti Illinois pula menyatakan ekspresi kak mona adalah neutral dan inilah yang menjadi standard perbandingan terhadap ekspresinya yang lain. Pendapat anda apakah reaksi mona yang sebenarnya adakah dia marah dalam senyuman atau senyum dalam keterpaksaan atau sememangnya sangat gembira.. Apa yang amat aku kagumi teknologi pengimbasan komputer menerusi wajah potret yang dilakukan penyelidik. Kecanggihan itu sukar dipercayai tapi itulah hakikatnya bagi menemui misteri monalisa...
Part1: (Monalisa) Erti senyuman Monalisa
Posted by
Intan
on Selasa, 18 November 2008
Labels:
painting
0 comment:
Catat Ulasan