RSS

Part2 : Anda Susah Tidur???


Sambungan dari entri yang lepas, aku akan kupas tentang tips nikmati tidur lena. Seterusnya Jangan Terbawa-bawa apa pun masalah hingga di kamar tidur. kadangkala kita terlalu komited dengan sesuatu tugas jadi jika ada masalah kita akan sentiasa memikirkan masalah tersebut. Kadang-kadang sampai tak lena tidur dibuatnya. Jadi sebelum kita pejamkan mata, kita tenang kan fikiran dan berhentilah memikirkan masalah dunia. Badan kita berhak mendapatkan rehat secukupnya. baca doa tidur dan terus pejamkan mata. Jadi takde la mimpi-mimpi ngeri menyerang...
Lepas tu, Jangan makan besar dan minum kafein. Yang ni memang aku sendiri perlu jauhi kerana aku sendiri seperti ketagihan kafein sejak zaman student lagi. Tapi sememangnya benar kafein membuatkan kita rasa tidak mengantuk. dan kita juga perlu tahu yang kafein bukan sahaja ada pada kopi dan nescafe tetapi ada juga dalam teh, coklat dan air kola. Elakkan mengambil makanan berat antara dua hingga 3 jam sebelum kita tidur kerana ia menyebabkan perut senak dan susah pula hendak mengiring ke kiri atau ke kanan jadi keadaan pun jadi tak selesa so macamana kita nak tidur lena..
Ada penah aku dengar kalau kita kira biri2 melompat pagar lama-lama kita akan tidur nyenyak.. yang tu aku tak tau la, petua tu boleh pakai ke tak.. Apapun ia tak terkandung dalam artikel yang aku baca.
Oklah rasanya itu sahaja tips yang kita boleh kongsikan disini. Kalau ada penambahanan silalah beri pandangan. tak salah kita berkongsi panduan bersama.. Tidurlah lena secukupnya dan buaikan diri dengan mimpi indah.. Gud nite.

2 comment:

Tanpa Nama berkata...

Hi Intan.. Kita ada masalah tido jugak. Susah bena nak lelap if dirumah. Tapi bila balik kolej nak tido memanjang. -sigh-

nape yea?

Intan berkata...

maksudnya rajin2 lah studi di rumah ya!!