Percutian awal tahun
Memang kami 5 sekawan bercuti di genting. Dua hari semalam di atas sana nun.. Apa yang menarik kami gembira bertemu memandangkan kami ni bukan berada di satu daerah yang sama. aku di melaka, haida dan muni di kl, sarah di singapore dan ina di jb.. Selain meraikan sarah yang bakal mendirikan rumahtangga inilah masa untuk kami menenangkan fikiran bersama2 tanpa sedikit pun memikirkan tentang kerja. itulah yang aku harapkan dari percutian ini... Dan aku sudah mengaturkan percutian ini lebih awal iaitu 3 bulan awal kerana mahu persiapan yang sempurna buat kami berlima walaupun kami mengalami masalah di saat2 akhir sehingga hampir membatalkan segalannya kerana sesuatu yang amat sulit diceritakan di sini tapi alhamdulilah kami berjaya atasi dan pertemuan pertama tahun ini akan memberikan impak yang sangat baik buat kami. Yang penting kami masih menghormati talian persahabatan yang terjalin semasa sama2 belajar sehingga kini. Agak melucukan dan kelam kabut pada awal perjalanan kami tapi semua tu amat berharga dan kami simpan dalam ingatan kami
Sedang kami berada di taman tema aku dah tak larat nk menghabiskan kesemua thrill game kat situ dan aku mula berfikir ni sume tuk budak2... bermaksud aku dah mula merasakan yang aku tak sesuai lagi berada di kawasan itu bermain dan menjerit2...huh.. zaman dah berubah, dunia dah maju
Terima kasih tak terhingga pada kawan2 yang sudi memberikan komitmen. itu yang paling penting dalam merealisasikan pertemuan kita tapi kami tak lupa pada Wai yang masa itu berada di hospital melahirkan bayi perempuan bernama Norrul Hazrin (bayi seberat 3.9kg berbaju pink dan berselimut biru)
Dikesempatan tu jugak aku sempat bertemu rakan sekolah yang 8 tahun tak jumpa Lizawati bersama suaminya di Gombak. Melawatnya adalah satu idea yang pernah aku janjikan kerana keinginan bertemu rakan lama amat aku nantikan. Tapi alhamdulliah aku sampai juga ke rumahnya. Melawat anak comelnya juga bernama Iza,(gambar kiri) . Setelah itu aku bersama kakak aku sibuk ke area pudu untuk melihat idea2 kreatif kad undangan perkahwinan yang terbaru dan unik, tapi macam biasalah semuanya masih dalam peringkat survey2 walaupun lagi 4 bulan sahaja majlis akan berlangsung. Tapi sume tu bukan masalah aku.. huhuhu dan kemudian aku bersiar2 di kota metropolitan bersama lulu dan wawa dan terserempak dgn shira di sogo... Hehehe sebelum tu aku dah shooping sakan dulu... Yelah mereka agak lewat tiba di tempat yang dituju dan aku pulak tak segan silu berbelanja di situ. Bukan selalu aku boleh shopping di kl nih memandangkan aku pun terlalu busy dan jarang punya kesempatan so aku redah sajalah. Takat shooping kat Melaka tak banyak pilihan lebih2 lagi Sogo tengah sale masa tu tapi Mungkin aku nampak mcm traveller yang membondong beg galas ke mana2 sahaja. Tapi aku peduli ape... Menunggu wawa dan lulu sejam tak terasa tatkala aku sibuk memilih pakaian dan kelengkapan yang tak berapa penting sebenarnya untuk aku, Kemudian kami bertemu makan dan berbual di restoran Perancis (maaf, kami memboikot Israel dan US masa itu) dan agak lama jugak di situ hingga mereka menghantar aku pulang
Kepulangan ku di bumi melaka disambut si dia yang tersayang yang time aku sibuk bercuti, time tu jugaklah la dia pun waktu malam free. Yang ni aku xsuka cerita lebih2 Apa yang penting 3 hari 2 malam di kl dan genting amat berbaloi dan aku enjoy dan seronok sangat kerana bebas dari kerja dan satu panggilan telefon tentang kerja langsung tak aku terima.
sungguh skema penulisan ini.. hehehehe
Azam 2009 baru nak cerita ke??
Dah nak penghujung Jan09 baru nak cerita azam. Memang dah berazam sejak awal tahun lagi tapi belum sempat nak berblog di sini terlalu sibuk dengan kerja dan banyak menghabiskan masa dengan famili.. Eh, famili yer bukan bakal famili.....
Bercakap pasal azam pertama 2009 aku nak bercuti sekurang2nya 6 kali setahun. memandangkan tahun lepas tak de la relax sgt2 so tahun ni rasa aku perlu reward myself la.. ape guna kerja dan kerja dan kerja and ade duit byk tp hati tak senang.. So utk mencapai azam ini awal tahun lepas sudah pun bercuti bersama kawan2 di genting walaupun sehari kite ok lah tu.. dan bulan mac nnt pun dalam rangka percutian lagi.
Azam yang kedua lak, harap2 tahun ni dapat memenangi sekurang2nya 5 ape2 pertandingan setahun. dapat hadiah dari pertandingan la kirenya. Walaupun hadiahnya taklah sehebat mana tapi kepuasan tu yang diinginkan. So baru2 ni aku dapat baucer percutian ke cherating yang bernilai ratus2 jugak lah. disamping memenuhi azam pertama aku kire memenuhi azam kedua. harap2 dapat lagi la kete ke handphone ke huhuhu. Kalo menang dapat cd ke tiket wayang pun ok jugak janji aku rasa puas hati dan rasa diri ni bertuah ape. Bukannya bermaksud aku tak mampu beli tiket wayang sndri ke hape ke.. Cuma aku rasa puas hati je.
Azam yang ketiga berbentuk peribadi jugak lah.... aku tak nak ceritakan di sini
Azam yang keempat ialah aku harap dapat mengakhiri simpanan di asb ditahap maksimum. Erm.. maaf juga kerana mungkin jugak aku rasa agak peribadi di sini. aku ingin memulakan simpanan di tabung haji setelah asb aku sudah berada di tahap maksimum. Setakat ini aku perlu lagi beberapa ribu sahaja lagi. Sebenarnya ini adalah azam tahun lepas yang tak tercapai kerana aku banyak membazir duit aku semasa melancong ke europe mei tahun lepas. Dan memandangkan nilai euro dan pound sterling sekarang yang menjunam jatuh lebihan wang itu aku masih simpan dan agak bazir untuk ditukarkan ke ringgit malaysia buat masa ini
dan terakhir sekali aku berazam untuk menurunkan berat badan aku ke berat yang diinginkan iaitu 45 kg. Walaupun sekarang ni, aku sedang memikirkan pelan pelansingan yang baik hehehehe walaupun belum ada ura2 melakukannya lagi. Tapi aku akan cuba sedaya upaya.
Harap2 bila dah tulis kat blog ni tentang azam2 aku, aku harap adalah semangat sikit nak merealisasikannya.