RSS
Memaparkan catatan dengan label azam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label azam. Papar semua catatan

Apa khabar semua

Assalamualaikum...

Lamanya tak berblog.... mula-mula memang rasa macam dah xmo berblog lagi tapi apakan daya nak blog jugak... Harini just nak update aktiviti baru... Kerja macam sama, tiada yang berbeza.. Intan gian nak bercuti ni... Jadi harap2 rajinlah Intan nak upload cerita cuti-cuti Malaysia ni nanti....

Perkembangan terbaru berat Intan makin naik.....sudah 89kg nampaknya tiada kemajuan dalam menguruskan badan ni... Tetapi Intan tengah usahakan untuk mendisplinkan diri minum air masak sebanyak-banyaknya dan menjalankan aktiviti fizikal....

Intan akan ceritakan kat sini.... pada yang sudi baca belog Intan yang tak seberapa ini...terima kasihlah kerana walaupun dah lama tak login belog ni tapi tgk nuffnang Intan meningkatlah jugak dari dulu.... Semoga kalian dapat manafaat dari entry-entry Intan ni la ye....

Oklah sampai di sini dulu.... Ini pic untuk harini.... untuk motivasi kalian juga ya...

tata


Azam Baru perlu lagikah???


Assalamualaikum....
Selamat Tahun Baru kepada kawan-kawan kat sini.... Sempena tahun baru ni ape lagi kite ceritalah pasal azam.... Tahun lepas azam ada yang sudah dicapai..... Tapi ade yang terkandas pulak...xpe, relax2 tarik nafas panjang-panjang..... Kita sambung pada azam tahun ni 2012

1) KURANGKAN BERAT BADAN
waa.... ni kategori terkandas dan terbabas ni... tahun lepas ingat nak turun tapi jadinya makin naik.... Tapi dengan sistem pemakanan yang baik dan hobi baru yang tengah-tengah start ni..... Aku menjangkakan penurunan sekurang-kurangnya 15 kg sebelum bulan 3 nanti..... aik, apsal bulan 3 lak ni... ade pape ke???? tu target la, boleh je aku target bulan 1 tapi kang xmampu lak aku...

2) NAK REPEAT PARIS SEKALI LAGI
Waa... duit takde ni tengan fikirkan hal renovation rumah .... ada hati nak pegi Paris... sebab2nya ialah sudah rindukan monalisa..... ahakssss..... Bukan ape.... ada orang nak pegi sane hanimun lagi jadi nak ikut je la.....

3) NAK REPEAT UMRAH
insyallah.... jika ada masa dan kesempatan serta wang yang berlebih-lebihan... huhuhu.... Dulu penah sampai ke sana tapi rasanya ibadat di sana masa tu belum cukup sempurna..... Mana taknya tak buat apa2 persediaan dan terjadi masalah pulak masa kat sana, bukan masalah kat sana masalah kat sini yelah bila kita fikir banyak pasal duniawi maka hati tak tenang.... Insyallah kali ni mahu buat ibadat setenangnya....

4) NAK BUAT BISNES LAIN
Bukan nak tinggalkan yang sedia ada ni tapi nak variasikan perniagaan ke bidang lain.... da bosan lah buat benda yang sama...... nak bukak kedai kek ke.... kedai tutti frutti ke (modal sangat mahal beb).... nak bukak pusat penjagaan kucing miaw miaw ke .......nak bukak bisnes andaman pengantin ke ..... atau nak bukak nursery kanak-kanak ataupun bisnes internet (yer... tu azam yang xkesampaian)...... Insyallah, ada peluang nak capai tahun ni.....

5) NAK JADI TUKANG MASAK
Erm... camne nak citer yek.... insyallah bila dah ade dapur sendiri nanti nak bukukan resepi memasak... selain tu nak buat pastry atau kek.... mana tau ade orang sudi nak tempah... kira bisnes baru jugak...hehehe... tapi kalo tanya bab bukak restoren belum lagi kot... Masak pun tak mahir lagi ni......

Itu je la.... tapi yang penting tu no 1...hehehe... yang sibuk-sibuk nak tahun berat aku tu.... pegi timbang berat sendiri bole tak???...nyebuk je nak tau.....

Wokeh la, aku nak chow..... Semoga semuanya success selalu... Amin

Azam 2009 baru nak cerita ke??

Dah nak penghujung Jan09 baru nak cerita azam. Memang dah berazam sejak awal tahun lagi tapi belum sempat nak berblog di sini terlalu sibuk dengan kerja dan banyak menghabiskan masa dengan famili.. Eh, famili yer bukan bakal famili.....

Bercakap pasal azam pertama 2009 aku nak bercuti sekurang2nya 6 kali setahun. memandangkan tahun lepas tak de la relax sgt2 so tahun ni rasa aku perlu reward myself la.. ape guna kerja dan kerja dan kerja and ade duit byk tp hati tak senang.. So utk mencapai azam ini awal tahun lepas sudah pun bercuti bersama kawan2 di genting walaupun sehari kite ok lah tu.. dan bulan mac nnt pun dalam rangka percutian lagi.

Azam yang kedua lak, harap2 tahun ni dapat memenangi sekurang2nya 5 ape2 pertandingan setahun. dapat hadiah dari pertandingan la kirenya. Walaupun hadiahnya taklah sehebat mana tapi kepuasan tu yang diinginkan. So baru2 ni aku dapat baucer percutian ke cherating yang bernilai ratus2 jugak lah. disamping memenuhi azam pertama aku kire memenuhi azam kedua. harap2 dapat lagi la kete ke handphone ke huhuhu. Kalo menang dapat cd ke tiket wayang pun ok jugak janji aku rasa puas hati dan rasa diri ni bertuah ape. Bukannya bermaksud aku tak mampu beli tiket wayang sndri ke hape ke.. Cuma aku rasa puas hati je.

Azam yang ketiga berbentuk peribadi jugak lah.... aku tak nak ceritakan di sini

Azam yang keempat ialah aku harap dapat mengakhiri simpanan di asb ditahap maksimum. Erm.. maaf juga kerana mungkin jugak aku rasa agak peribadi di sini. aku ingin memulakan simpanan di tabung haji setelah asb aku sudah berada di tahap maksimum. Setakat ini aku perlu lagi beberapa ribu sahaja lagi. Sebenarnya ini adalah azam tahun lepas yang tak tercapai kerana aku banyak membazir duit aku semasa melancong ke europe mei tahun lepas. Dan memandangkan nilai euro dan pound sterling sekarang yang menjunam jatuh lebihan wang itu aku masih simpan dan agak bazir untuk ditukarkan ke ringgit malaysia buat masa ini

dan terakhir sekali aku berazam untuk menurunkan berat badan aku ke berat yang diinginkan iaitu 45 kg. Walaupun sekarang ni, aku sedang memikirkan pelan pelansingan yang baik hehehehe walaupun belum ada ura2 melakukannya lagi. Tapi aku akan cuba sedaya upaya.

Harap2 bila dah tulis kat blog ni tentang azam2 aku, aku harap adalah semangat sikit nak merealisasikannya.