RSS

6 - 2 = 4 (belajar math pulak ke???)

ASSALAMUALAIKUM

Kami bertemu untuk meraikan hari bersejarah seorang lagi ahli currypuff. So dari 6 org - 2 org ( wai n sarah) tinggal lah kami berempat.. Perjalanan bermula dari Melaka. Memandangkan aku banyak urusan dan kerja aku sudah berada di ofis seawal jam 6 pagi. Siap kan keje bla..bla..bla dan menuju ke jusco melaka untuk membeli hadiah pukul 9.30 pagi walhal jusco bukak pukul 10 pagi hari itu. Aku terpaksa menunggu 30 minit dan mula merasakan masa ku yang emas itu berlalu.. sesambil itu aku baca suratkhabar, Berita minggu, Mingguan Malaysia, metro dan kosmo.
Aku agak resah kerana perlu ke Tangkak untuk menghantarkan sesuatu yang dijanjikan atas ketidakhadiranku pada majlis seorang lagi sahabat sekolah ku.
So aku risau terlewat la... Masa itu emas beb.
Selesai semua urusan pukul 11.00 pagi aku terus ke Tangkak (berpusing2 sebab xd alamat rumah) dan selepas itu aku menuju ke Pagoh untuk sama2 konvoi dengan ahli currypuff girls yang lain (bersama pasangan mereka) dengan 2 kereta. Penantianku di Pagoh amat mendukacitakan kerana mereka belum siap lagi.. seperti biasa sejak zaman belajar lagi aku lah yang paling awal bersiap, yelah aku ni bukannya kaki melaram.. huh sekali lagi masa itu emas. Tapi aku ke rumah Murni untuk bersama2 mereka bersiap2. So sambil2 tu aku melaram jugaklah sbb di makeupkan sekali aku nih...
Namun hampir pukul 2 kami mula bergerak ke tempat yang dituju dengan 2 kereta. satu kereta couple dan satu lagi kereta single yer...Sesampai di felda Maokil, pengantin lelaki baru berarak.. Sungguh cantik pengantin bergandingan di atas pelamin dengan tema purple. Tahniah pada Sarah yang menamatkan zaman single nya pada 15 Februari 2009.

kami mendoakan kebahagiaan sahabat kami ini dan berkekalan ke akhir hayat. Hampir pukul 4 aku perlu bergegas untuk ke Johor Bahru melawat Norull Hazrin. Anak buah (sebenarnya anak Wai) alang2 dah berjalan aku terus ke JB bersama rakan2. 2 jam lebih tiba di JB dari Labis Segamat menunjukkan betapa lajunya aku memandu dan agak risau sekiranya terkena speed trap. (alhamdullilah tak ade) Mabel ku bebas dari sebarang saman. Pukul 6 aku di rumah Wai dan selepas maghrib aku berangkat pulang ke Melaka.

Perjalanan ku ini dirasakan amat jauh namun aku amat gembira dapat berjumpa semua ahli currypuff girls walaupun bukan serentak.
Dan ahli baru kami Norull Hazrin... Itulah bende yang aku nk mengomel di sini tuk hilangkan rasa buhsan aku. Gambar di sebelah ialah gamba aku bersama ayin. ada tokoh ibu tak.. hehehehehe. Tapi ayin ni ade manjenya bukan sikit sebab nak berdokong aje... mamanya letak aje mulalah meraung.. So kene dokong la.. lenguh jugak kalo asik mintak dokong.. apapun, harap-harap da besar sikit taklah mintak manja je... Lepas ni agak2 turn sape pulak yek.. Apapun Selamat Pengantin baru buat Sarah dan Zahari. Lepas ni sarah jadi orang Terengganu pulak la...eheheh