RSS
Memaparkan catatan dengan label kecantikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kecantikan. Papar semua catatan

Boikot Loreal dan Sokong produk tempatan


assalamualaikum,

Hari ini intan nak inform kepada pembaca yang pernah terbaca tentang produk kecantikan yang Intan pakai... Bukannya tak bagus tapi demi menyokong perjuangan menyelamatkan GAZA ...Intan akur dan tidak mahu lagi menggunakan barangan Loreal yang dah pernah intan cerita panjang lebar di sini. Jadi intan bertukar kepada......

SIMPLYSITI
Buat masa ini Intan menggunakan pencuci muka new age Simplysiti yang Intan rasa best sangat.... So, loreal yang ada Intan buang (lagipun dah nak abis)... So bermulalah penggunaan produk yang baru.... Setakat ni ok je la...best dan kulit Intan tidak mengalami apa-apa masalah... So nanti Intan update kesan seterusnya ya...

Jom cantik dan sihat

Kurus dan Cantik

dear diary,
Hari ini Intan baru perasan.... kerja yang banyak serta keadaan rumah Intan yang belum siap sempurna dan keadaan perniagaan Intan yang masih pending membuatkan Intan rasa sangat down dan penat... selain itu, Intan mula perlu dalam kawalan kerana darah tinggi....Dalam masa yang sama Intan akui lebih kepada nilai-nilai negatif dalam hidup ini.... Agaknya tidak selesa duduk dalam rumah yang ada masanya perlu merempat mencari tempat tidur, baju-baju Intan yang asik hilang, barang-barang Intan yang kesana dan sini dan hilang.... Intan perlukan PRIVASI

Janganlah ditanya pasal rumah, renovation tersangkut gara-gara Intan nak hold duit untuk perniagaan Intan nanti.... Walaupun ada banyak kos sudah dikeluarkan tapi Intan memang tidak boleh concerntrate pada rumah sedangkan perniagaan Intan masih tahap susah nak dijelaskan dan terlalu banyak step dan procedure perlu dibuat... so selagi bisnes tak set up, Intan ignore pasal rumah dulu....

Bila hati kita mulai rasa down, ditambah dengan tekanan yang hebat dari setiap sudut maka... segala perkara yang kita lakukan dan ingin lakukan tergendala.... Inilah yang terjadi pada Intan, memang Intan pandai dalam planning tapi Intan sukar nak absorb stress so segalanya jadi huru-hara...

dalam masa itu juga, Intan sudah mulai lupa azam tahun 2012 Intan untuk kekal cantik dan lebih kurus, Intan langsung tidak mengawal selera,, tidak bersenam ataupun rajin membuat penjagaan kulit memakai make up dan kosmetik... sudah masuk 4 bulan Intan tidak mengunjungi pusat kecantikan untuk buat facial...huhuhuhu

Kalau disedari dari awal, Intan banyak bagi tips kecantikan dalam blog ni tapi sekarang sudah tiada lagi... Maka azam 2013 ni intan mahu fokus kepada kurus dan cantik di mana Intan nak ceritakan apa-apa yang Intan lakukan untuk mendapat kulit yang cantik dan badan yang kurus

Badan kurus ni bukan hanya untuk cantik tapi untuk sihat... Seperti yang dinasihatkan oleh doktor, Intan perlu mengawal pemakanan ketrana sudah ditahap obese...owh, tak sangka sekejap je Intan sudah di tahap itu, rasa dulu bari berat badan ni 55kg... Untuk ke BMI normal, Intan kena dapatkan berat 55kg

oklah, Intan tak mahu fikir pasal azam lagi tapi fokus pada cantik dan kurus...Intan sertaka gambar to prove yang Intan serius untuk mengubah kepada gambar yang lebih cantik dan kurus dari pic bawah ni... So Intan akan update selalu tentang fokus Intan ni....



Oklah diary, nanti Intan tuliskan lagi.... info diatas ialah 79kg iaitu memerlukan 24kg untuk capai ke angka yang ideal... chaiyok chaiyok

Penjagaan kulit Siang Hari

Assalamualaikum....


Dok sibuk citer pasal produk kecantikkan Intan nak citer pasal Penjagaan kulit Intan yang lebih kompleks.... Hahaha... korang jangan fikir Intan nak mengedik pulak.... Tak gedik just nak share...sharing is caring kan... Tentang perawatan kulit memang Intan gunakan khidmat salon sebulan atau 2 bulan sekali bila kelapangan.... Sebenarnya bila buat facial kat luar ni, bukan setakat kulit rasa bersih tetapi juga dapat rehatkan minda dan menghilangkan stress kerana dilayan bak puteri..hikhik.... 


FACIAL FOAM
Tentang, facial foam ni, intan dah terangkan panjang lebar.... Tapi setakat ni loreal whitening memang setia dengan Intan.. tapi memandangkan umo dan nk masuk 3 series ni... Mungin Intan akan tukar kepada product loreal yang lebih sesuai....... atau pun brand lain... tunggu habis baru tukar kekdahnya. Harga biasanya RM 21.90 tapi Intan pernah beli dengan harga RM11.00 masa jualan gudang

TONER

Toner ni memang dah lama Intan pakai... Dulu zaman muda-mudi memang selalu skip sebab macam melecehkan tetapi bila ada kesedaran tentang penjagaan kulit baru la Intan titikberatkan... Seperti yang Intan cerita toner ni memang perlu diamalkan selepas mencuci muka... so kulit rasa terhidrat dan fresh selalu. Harga lebih kurang  RM23.00 dan Intan dapat harga RM15.00 semasa sale untuk 200ml


AMPOULSE



Ha.. ape tu ampoulse... AMPOULE ialah pati yang mengandungi ekstrak botani dan vitamin dalam pelbagai kombinasi dan tidak mempunyai bahan pengawet dan pewarna dan amat sesuai untuk memperbaiki masalah kulit... 

Ampoule ni sebenarnya  selalu digunakan semasa kita buat rawatan muka kat salon-salon lepas tu rasa kulit macam shining-shining gitu....itu kesan dari penggunaan ampoulse. Ini kerana hasilnya amat jelas dalam masa yang singkat.... Ampoulse ni ada macam-macam jenis mengikut kebaikan yang tersendiri....Macam Intan yang nak masuk 3 series ni... Intan gunakan ampoulse collagen yang ada kelebihan seperti re-hydrates  firm loose and sagging skin. sebagai formula Anti-ageing,moisturizing,dan elastin strengthener...kasi anjal gitu... Harganya biasa dalam RM3.50 sebotol 2ml....Owh korang jangan bandingkan harga salon...memang harga diorang harga mak datuk... Sebotol tu diorang boleh charge puluhan ringgit....  
Macam Intan yang selalu sibuk ni takdelah guna setiap hari gitu... Masa awal-awal guna sebotol setiap hari untuk 3 hari pertama...kemudian guna 4 hari ke seminggu sekali.... Kadang-kadang lupa, macam xsempat la nak menepek kat muka.... Macam satu botol tu kalau rasa banyak sangat boleh je simpan separuh dengan elok untuk keesokkan harinya tapi make sure jangan terdedah dengan kotoran bagai lah..... Ni kira bukan wajib lah...just additional kpd rutin penjagaan kulit di siang hari


LOREAL DOUBLE ESSENCE WHITE PERFECT


Ha... Ni pun tak wajib tapi Intan suka gak pump essence ni kat tangan.. Fungsinya tuk whitening la.. Yang best essence ni cepat absorb dan tak rasa berminyak langsung dan kulit pun semakin flawless gitu.... Hihihi... Seperti ada orang tak suka product yang berasaskan whitening sebab ada bahan yang bersifat menipiskan kulit atau bleaching.... tapi setakat ni Intan tidak punya masalah kerengsangan pada kulit so bermaksud sesuai dengan kulit sawo matangku..... Ha jangan nak cakap kenapa nak putih-putihkan kulit ni...., biasalah zaman dulu-dulu tak jaga kulit akibatnya kusam, gelap, sekarang dah kena jaga...at least untuk kepuasan diri dan Intan akan pastikan kosnya tidak mahal la.... Product ni harganya agak mahal dalam RM30.00 tapi Intan hanya beli bila ada jualan gudang so dapatlah harga RM 20.00




 MOSTURIZER


Ha... Jangan pulak korang gelak... Intan bukan peminat no 1 Siti Nurhaliza tapi Intan suka sangat mosturizer SimplySiti Dermagic.... Mulanya masa nak beli takde konfident langsung sebab tengoklah... produk Intan sume import punya ma.... tapi bila iklan dia cakap hilangkan stress dan membuatkan diri gembira...boleh cuba ni, dah le Intan ni selalu stress dengan kerja banyak, masalah itu masalah ini...hikhikhik....

So tekstur gel ni sangat sejuk dan mudah menyerap... Intan suka sangat tau.... Tapi yang tak bestnya mahal sangat lah...harga promosi pun Intan dapat RM50.00... Tak banyak sangat dalam sekejap pun dah habis.... Kalau ada promosi yang lagi murah boleh beli lagi... Apapun Dermagic ni best, hilang stress?? Benda ni subjektif so terpulang la.... pendapat masing-masing....

UV PROTECTOR
oklah...last sekali uv protector atau sunscreen.... Intan pakai brand cinelle sebab... dipromote oleh promoter kat watson masa nak beli dermagic... SPF 28 memang tak tinggi sebab seperti kata beauty consultant yang Intan pegi tu kalu kita kerja ofis dan buat aktiviti yang tidak extreme tak perlu kandung SPF yang tinggi , Lainlah kalau buat kerja lapangan ke, pergi site, buat kerja ladang memang sunscreen yang lebih tinggi kandungan SPF diperlukan... Selain dari itu walaupun kita tidak mengadap matahari seperti duduk ofis je kita masih perlu pakai sunscreen kerana sinar UV yang memudaratkan ni juga ada pada lampu tempat kita bekerja... So hari-hari kena pakai ok.... 
Produk Cinelle ni ok... tesktur nya lembut mudah menyerap dan bau pun menyenangkan dan tidak berminyak.... Intan suka cuma macam biasa harganya tak begitu murah... Untuk tiub 50ml harganya lbh kurang RM60.00... Tapi yang bestnya kadang-kadang Intan skip mosturizer pun boleh sbb tekstur nya pun macam mosturizer jugak...

Ha.. Panjang lebar pulak cara penjagaan kulit Intan yang tak berapa nak jelita ni.... Tapi ni cuma rutin Intan la... lain orang lain caranya... Macam Intan tak berapa suka nak bermake-up so kena jaga kulit dengan baik lah... Supaya cela-cela tu takde la nampak sangat.....   

Cleansing Milk Vs Facial Foam

Seperti yang dijanjikan Intan nak ceritakan sikit pasal Cleansing Milk dan Cleansing Foam (Facial Foam).. Seperti yang Intan ada belajar di salon kecantikan ada 2 jenis pembersih muka iaitu cleasing milk dan facial foam.... Cleansing Milk ini berbentuk gel atau tidak berbuih dan facial foam adalah jenis berbuih....
Ada masa kulit kita tidak sesuai memakai produk jenis berbuih maka bolehlah menggunakan cleansing milk untuk rutin pembersihan harian... Dua produk di bawah adalah produk yang Intan gunakan sampai sekarang...


CINELLE- Caring Milk Cleanser

Gel putih ni bersifat tidak berbuih... Fungsinya adalah membersihkan kulit kita hingga ke pori-pori dalam kulit... Cleansing milk bersifat membersih lebih mendalam dlm kulit muka kita.. atau Deep cleansing Milk Foam... Seperti yang disarankan oleh consultant salon tempat Intan buat facial pakai Cleansing Milk ni sekali sehari iaitu sebelum tidur... Sebelum cuci muka dengan Facial foam...Cuci dulu dengan cleansing Milk... Bila kekotoran kulit dalam pori-pori akan keluar baru cuci dengan facial foam untuk hilangkan kotoran itu pada permukaan kulit.. Jadi kulit akan bersih menyeluruh....

Cara pemakaian dia mudah aja... Tak perlu gosok di tangan sebab gel ini tidak mengeluarkan buih... calit kan dimuka dan urut muka dengan perlahan...kemudian bilas dan teruskan dengan penggunaan facial foam pula....

Kegunaan cleansing foam juga adalah bertindak sebagai make-up remover.... Jadi nak mencuci make-up pun boleh dengan cleansing milk ni....

LOREAL -White Perfect Facial Foam


Intan menjadi pengguna loreal sudah berbelas tahun... Maka kulit Intan amat sesuai dengan Loreal White Perfect... Seperti facial foam biasa, Loreal juga mempunyai bahan yang dikatakan pemutih kulit Melano-Block.... Hasilnya, kulit Intan memang nampak lebih putih secara semulajadi... Setakat ini, Intan tiada masalah dengan agen pemutihan dalam produk Loreal... Bila kita nampak hasil yang baik, maka kita akan suka produk ini sampai bila-bila....

Memang ada sesetengah orang tidak mengemari product yang ada agen pemutih...itu masing-masing punya pendapat ok.... peace 


CTM - Asas penjagaan wajah



Assalamualaikum....
Ha.. korang jangan pelik lak ape kejadahnya Intan nak cerita pasal penjagaan kulit wajah ni.... Bukan apa, baru-baru ini Intan menjadi motivator pada adik Intan tentang penjagaan asas wajah.... Takyah cakaplah... korang dulu masa sekolah memang tak mementingkan penjagaan ni kan... lebih-lebih lagi lepas aktiviti ko-kurikulum... dengan berpeluh-peluhnya... balik mandi dan tidur... Memang patut pun kulit jadi gelap, kasar, berminyak dan jerawat pun mula membiak dengan rukun tetangganya dikulit mulus korang tu.... Erm, biasalah masa remaja... Kulit kita sensitif dengan berminyaknya dengan kering amatnya.... Intan pun tak terkecuali... Masa sekolah dulu Intan dikategorikan kulit combination kerana kering seluruh wajah kecuali di kawasan T... yang kawasan T tu dahi dan hidung... memang berminyak, berjerawat halus tapi alhamdullilah.... Sekarang Intan walaupun bukan kategori jelita namun tidak mempunyai masalah kulit muka yang kronik gitu....

Ish... panjang lebar pulak mukadimah, tentang adik Intan ni Si Girl... kulit dia makin lama makin teruk.... Bila dia ajak Intan pegi New York Skin Solution... Time tu Intan dah tak berapa berkenan terus lah memberikan dia motivasi sikit tentang penjagaan kulit.... Korang pegi New York kejadah tu tapi xrajin buat rutin penjagaan kulit pun tak guna jugak.... Percayalah sangat iklan tu.... Ntah berapa ribu model-model iklan tu dah habis duit.... Sebelum korang fikir pendek.... amalkan rutin penjagaan ASAS ni dulu iaitu CTM.... Lepas korang dah surrender nak pegi New York tu pergilah... siapkan duit je la k... Tapi korang jangan pulak rasa kalau pergi masalah dah selesai... Nanti ingat habis RM10 terus beribu-ribu ringgit... Itulah taktik consultant perunding kecantikan, itulah kerja mereka.... 

C - Cleansing (Membersih dengan pencuci muka yang sesuai dengan kulit)
T - Toner (Menyapu toner pada kulit yang sudah dibersihkan)
M- Mosturizer (memakai pelembap)

Cleansing

Membersih muka ni sangat penting dan perlu di lakukan sekurang-kurangnya 2 kali sehari... Gunakanlah pembersih muka yang sesuai... Tak kira lah jenama mahal atau murah asalkan sesuai dengan kulit kita... Jangan korang pakai sabun dettol ke sabun mandi yang dok sental badan tu.... nnt jerawat lain plak timbul kat muka tu...Lagi satu sabun mandi ni kandungan dia xsesuai tuk kulit nanti kulit akan jadi kering amat..  Pencuci muka ni yang Intan tau ada 2 jenis iaitu jenis buih @ facial foam dan jenis tidak berbuih @ cleansing milk... bagi Intan pakai yang foam tu lagi rasa puas hati kulit kita bersih bila nak pakai.... Nnt Intan buat lagi satu entry tentang cleansing milk vs facial foam.... Harini belajar yang asas je dulu...

Kulit kering - basuh muka 2 kali sehari pagi dan malam
Kulit kombinasi - basuh muka 2 ke 3 kali sehari, mengikut keselesaan korang la...
Kulit berminyak - silalah basuh muka anda selalu... kalo tak, berkilat-kilatlah muka anda tu....

Bagi yang tak tau cara basuh muka ni.... Oklah Intan bagi tau... lembapkan muka dengan air... picit setoet pencuci muka korang dan basahkan dengan air sikit bagi buat buih-buih sikit pastu urut muka korang sambil sapu buih-buih halus kat muka korang.... urut perlahan-lahan sampai u'all puas hati dan bilas.... fuh!!! segarnya

Basuh muka ni bukan saja memberi kesegaran pada kulit wajah korang tapi membersihkan dari debu dan kekotoran.... Jadi jerawat yang berpunca dari persekitaran yang berdebu dan habuk boleh la dielakkan... Tapi Intan tau, cleansing ni memang selalu diamalkan..... sebab rasa pelik pulak mandi, gosok gigi, sabun badan tapi xcuci muka... tak gitu

TONER
Toner ni ramai benar orang suka skip.... macam leceh nak cari kapas nak sental-sental muka gitu... Walawei korang jangan ingat toner ni untuk menyental muka pulak, sapu lembut-lembut pada muka je tau... Kang korang sental macam sental bontot kuali ada merah melecet kulit korang tu.... Kak, toner tu ape? yang saya tau toner printer laser jet adelah... huhu ko ni dik... memang la tu toner jugak tapi yang tu untuk printer yang ni toner yang berbentuk cecair yang bertujuan membersihkan wajah mulus korang tu dari sisa-sisa sabun yang ada kat muka ni.... Memang la tadi dah bilas tapi tak semua sabun buih-buih tu boleh hilang dengan air yek.... So sapukan toner diseluruh wajah. Selain dari tu toner juga boleh membersihkan kotoran dan minyak yang tidak dapat dibersihkan oleh pencuci muka dan akan mengecilkan liang pori itu...muka pun rasa fresh sesangat. Lagi satu, bila korang sapu toner kat muka nnt akan ada warna coklat ke gelap2 sikit kat cotton tu... nampak sangat kulit korang belum betul-betul bersih walaupun lepas cuci dengan pencuci muka... Sebab tu toner tu penting


Weh, ni wajib tau...lepas cuci dengan pencuci muka mesti toner muka tu.... budak-budak hostel yang maha pemalas memang tak suka toner muka sbb tu kulit korang tak lawa sama lah dengan si Girl ni....


MOSTURIZER


Ha ni satu lagi benda yang penting sangat... Pakai la mosturizer atau pelembap.. Apa-apa brand pun boleh tapi yang sesuai dengan kulit korang tu... Mosturizer ni pun ramai yang malas pakai... Bukan susah pun sapu rata kat muka lepas cuci dan toner muka tu.... Bagi yang kulit berminyak tu, korang pun kena pakai pelembap tau sebab kalau tak pakai, kulit korang lagi nampak berminyak.... Tapi seeloknya yang muka jenis berminyak ni cari produk yang oil free atau water base supaya kurang sikit rasa berminyak masa nak menyapu mosturizer ni...Lagi satu, masa menyapu pelembap ni urut muka dari bawah ke atas pada tulang pipi supaya lama-lama terbentuk la V shape kat muka korang tu. nampak la kurus sikit walaupun korang bukanlah kategori kurus kan....

Kenapa penting pakai pelembap...Kulit muka yang kering tanpa pelembap akan nampak jelas tanda penuaan... Lembapkan kulit dengan vitamin dan mineral yang terdapat dalam pelembap tu.... Persekitaran sekarang pun tak menentu dengan cuaca yang kering, lembap dan berangin jadi kita dapat melindungi kulit dengan pemakaian pelembap ni.... Kalo boleh bagi adik-adik yang pemalas ni... Carilah pelembap yang ada mengandungi SPF 15 ke 30... Supaya dalam masa yang sama melindungi kulit dari pancaran UV....

Oklah panjang lebar pulak penerangan Intan tentang CTM ni... Tapi korang jangan ingat ni aja tau... Ni baru ASAS penjagaan kulit.... Belum yang krim siangnyer, krim malamnya, mask, serum, ampoulse,scrub, make-up remover, whitening cream, sunscreen, foundation eye treatment, eye mask,.bla bla bla....huhuhu lagi kompleks... lagi korang pening... tapi apa yang penting amalkan dulu rutin CTM ni baru kita pergi ke penjagaan kompleks okey...

Lagi satu pesanan Intan kalo korang tak pasti sesuai dengan produk jenama ape.. Apa kata cuba trial set atau travel set dulu... ala yang botol kecik-kecik tu... kalo sesuai baru beli yang biase punya k.... Akhir kata..... Jangan malas

Membebel kosong...

Lamanya tak berblog.... Skrg ni terlalu banyak kerja lepas tu, banyak perkara yang jadi......



Bermula cramp kaki maka hampir sebulan tidak ke gym... Diikuti kecederaan MABEL yang tetiba perlu ditukar itu ini, keluar duit lagi... Agaknya MABEL jeles tengok aku dok survey2 n test drive BMW 3series.... Bukan nak beli pun sesaje je.... Tapi tensen jugak dgn tokey kedai kete tu..... Ade ke dia ckp org jual sayur kat pasar pun pakai camry.... Apa kelas camry, erm... Mak aku pakai camry la sengal.... Nak kutuk camry pun berpada2 la... At least camry, ada value dari BMW yang jatuh value saban tahun....

Cerita seterusnya pasal beauty.... Oklah, aku g beauty workshop kat hotel sri costa Melaka... Niat sesaje je, sbb yang over excited staff aku.... Sejak tu, aku pulak terkena balik. Dia asik sound aku balik kalo aku tak bermake up ke office..... Aku bukan xsuka make up... Cuma nak kelihatan cantik tanpa make up macam maya karin dalam iklan inner shine tu....
..


Samalah macam aku, cinta bukan lagi keutamaan..... Kerja dan hidup, amal ibadat tu lebih penting... Mungkin bagi orang.... Aku tak rasa nikmat dunia..... Memang pun sebab dalam umur macam aku... Aku sepatutnya sudah memandu SLK350 2 pintu kat Australia, dah ada apartment kat new york city ataupun aku dah menjadi icon kepada remaja2 atas komitmen aku dalam perniagaan tapi aku dah buang masa yang sangat banyak pada cinta..... Benda paling tak berbaloi dalam hidup... Biarlah nak cakap apa, Aku xsuka pandang ke belakang lagi... Insyallah aku akan kejar balik semua tu..... Cita- cita aku sebelum umur 40an aku akan mempunyai perniagaan yang berkembang hingga ke luar negara.... Boleh ke yek..... Erm insyallah, kena yakin kan.....

Amin