RSS

Bangkitlah sahabatku



Assalamualaikum...
terutama sekali Intan nak minta maaf kerana terlalu lama tak update blog... semuanya kerana Intan banyak planning untuk memajukan diri... Hari ini Intan terpanggil untuk menulis tentang sikap kita orang melayu sebab terlalu banyak isu sensitif yang dipaparkan dalam media massa dan arus politik yang tidak henti menyalahkan satu sama lain sedangkan kita semakin hilang nilai kemanusiaan...

Sahabatku, 
Sedar tak kita salah satu, penyebab tercetusnya rusuhan kaun pada 13 Mei 1969 adalah dari provokasi pihak pembangkang dalam kemenangan pilihanraya... tercetus perasaan yang berkecamuk kerana tidak tahan dengan perang psikologi yang akhirnya menjadi satu rusuhan yang tidak dapat dipadamkan dalam sejarah negara kita... Tetapi sekarang pihak kerajaan dan pihak pembangkang kerap memainkan isu itu tanpa disedari, kemungkinan pertumpahan darah boleh terjadi.... Intan bukan nak menakut-nakutkan mana-mana pihak tapi sekarang kita lihat lahirnya banyak pejuang-pejuang keyboard warrior yang bak kata orang 'campak batu , sorok tangan". elakkanlah mencaci orang lain kerana kita manusia seagama sebangsa... seharusnya menegur dengan cara berhemah sekiranya terjadi sesuatu hal dan kejadian... 

Sahabatku, 
Sedar tak kita bahawa pegangan equiti bumiputera kini adalah masih ditahap rendah.... Jangan salahkan british yang membahagi-bahagikan komposisi pekerjaan mengikut kaum di zaman jajahannya... Kita sudah merdeka 56 tahun, kita yang mentadbir kerajaan tapi kenapa kita masih tidak dapat memonopoli ekonomi kini.... adalah salah pemimpin atau kita sendiri leka walhal pelbagai bantuan telah disalurkan oleh kerajaan untuk tujuan itu... Bangkitlah sahabatku.... kita tidak boleh hanya berpuas hati di tahap ini saja.... tingkatkan usaha, intailah peluang-peluang yang baik dimasa hadapan.... rezeki yang Allah kurniakan terbentang luas.... hanya orang yang bertakwa dan berusaha sahaja yang mampu memilikinya... istilah 'tiada rezeki' seharusnya tiada dalam kamus hidup kita...

Sahabatku, perjuangan kita tidak terhenti disini, Intan tak mahu kita diperlekehkan dan ditipu... bukan kerana berlembut hati itu adalah sikap yang baik tetapi berani kerana benar dalam menegak kan sesuatu dan dalam mengecapi kemakmuran hidup kita kena sentiasa teguh dan bersatu untuk menjadi kuat.... Kuat dari segi ekonomi, spiritual, mental dan jati diri... janganlah lupa sahabatku...