RSS
Memaparkan catatan dengan label kewangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kewangan. Papar semua catatan

ASB dividen... korang dah update buku pelaburan???


Assalamualaikum....
Korang dah update buku pelaburan ASB??? Kalo korang pegi mana-mana Maybank atau CIMB atau RHB atau pejabat ASNB mesti penuh dengan orang.... biasanya samada nak update buku pelaburan ataupun nak keluarkan duit.... hehehe nak masukkan duit pun ade jugak lah.....

Aku pun macam tu jugak..... ingatkan nak buat urusniaga ASB tapi bila tengok cropwded yang amat so aku amik nombor dulu.... ok lah tunggu lagi 95 orang... Aku balik opis siapkan keje... dengan harapan aku datang balik dah sampai turn aku.....tapi nak dijadikan cerita selepas 2 jam kene tunggu lagi 50 orang.....

Oklah aku faham ...orang ramai... mungkin sistem pun hang dan jam.... tapi alhamdulilah staff asnb buka satu kaunter untuk update buku sahaja..... aku pun masuk la beratur kat kaunter tu... sistem hang lagi.... pastu ok balik pastu hang..... sabar aje la.... orang ramai pun tak ada lah marah-marah mereka faham situasi..... staff asnb pun siap bagi kami amik risalah kewangan tuk baca dan boleh bawak balik rumah skali.....

Sampai turn aku... dapatlah print semua buku-buku pelaburan menggunakan sistem komputer dalam ofis mereka (bukan di kaunter) ... yelah... sampai macam tu skali, mereka menggunakan sebanyak mana alternatif tuk bantu orang ramai yang datang dari pagi hari....

Syabas aku ucapkan pada staff asnb Bukit Baru Melaka.....



Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen sebanyak 7.65 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011. Agihan pendapatan itu meningkat 0.15 sen seunit berbanding agihan yang dibayar tahun lalu iaitu 7.50 sen seunit. Bagi aku peningkatan sebegini pasti mengembirakan para pemegang pemegang unit amanah ASB kan. Maknanya jumlah keseluruhan adalah 8.80.... Tengok orang ramai pun hepi dapat dividen yang agak best jugak

oklah... chow dulu

HSBC amanah platinum card




yeay... harini aku nak balik kampung... hopefully tak ade emergency la... kene replace staff... dah lama sangat tak balik kampung jumpe maktuk .... lebih2 lagi kampung ade kenduri so mesti meriah kampung hari ini....

Cerita tu nanti baru aku citer tapi sekarang nak citer pasal kad kredit hsbc amanah aku ni.... dulu orang kata nak apply kad hsbc platinum ni susah dalam akaun kena ada dlm RM10k... aku pun tak tau sangat ye atau tak.... sebab aku apply terus dapat jek

Nak cerita pasal kad ni selalu buat promotion..... kalau dulu setiap 7 transaksi minimum RM50 akan dapat rebat RM30 sekarang dapat diskaun..... apa yang best setiap bulan mesti ade je promotion.... orang macam aku yang tegar menggunakan kad kredit dalam kehidupan seharian ni memang tak ada masalah la.....

Aku bukan nak promot kad ni tapi dalam banyak2 kad aku prefer kat hsbc..... ni promotion yang sedang berlangsung ..... aku hagak best jugak la sebab promosi ni tak de la... seperti cabutan bertuah ke.... lucky draw ke.... peluang memenangi bla...bla...bla... perkataan peluang tu yang aku susah nak rasa dapat..huhuhu tapi yang ni lain... ko ikut terma dan syarat ko akan dapat.... (kalo xdapat ko komplen ler)

Ok ni adalah promosi sekarang ni

fyi.... aku xberminat dengan peraduan yang ala2 lucky draw tapi peraduan yang kite fullfilled term n condition dia aku rasa berminat sikit wpun xde la best sgt reward tu...
Tapi bagi yang xdapat mendisiplinkan diri dan mengalami masalah boros dan rambang mata bershopping silalah jangan apply kad kreditwalau apepun jenis kredit kad yer.... sebab ia akan menyusahkan hidup korang nanti......

adios
kredit to hsbcamanah

Panduan kira-kira kewangan

assalamualaikum....



harini aku nak bagi sikit panduan tentang cara menguruskan kewangan.... bagi aku amat mudah sekali untuk kite buat jadual kewangan sendiri sekurang-kurangnya kita tahu mana duit kita pergi so aku nak promote software ini semoga dapat manafaat dari korang-korang kat sini.....



Apa yang penting kat sini ialah korang boleh estimate berapa perbelanjaan korang pada masa yang sama korang dapat tengok ada lebihan tak pada actual expenses korang tu.....



Selain tu korang leh tau dan estimate simpanan korang supaya korang tak overspent.... shopping pun kene budget tau korang letak la sebulan sekali budget shoping so kalo bulan ni xshopping bulan depan korang doublekan budget shooping korang (shopping maksud aku baju bajan kasut kasan dan kelengkapan lain tapi kalo barang-barang dapur tu mesti masukkan dalam setiap bulan dalam ruangan belanja barangan dapur)


... macam aku yang bukan kaki shopping ...memang jarang la tapi bile sekali aku shooping mmg beratus2 gak abis sbb aku mahu barang yang berkualiti dan tahan... and for sure branded.... so aku leh estimate kat situ kalo budget shopping aku RM200 sebulan.. aku simpan 5 bulan aku dah leh shopping rm1k..huhu best




apepun terpulang pada korang nak mencorakkan budget harian /bulanan korang. yang pasti perisian ni memang banyak membantu aku dalam pengurusan kewangan aku.... semoga boleh bantu korang jugak




Cuba klik website dibawah ini untuk lebih info dan download templete kewangan ini


http://bijakbudget.8m.com/