RSS
Memaparkan catatan dengan label petronas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label petronas. Papar semua catatan

Kurus dan Cantik

dear diary,
Hari ini Intan baru perasan.... kerja yang banyak serta keadaan rumah Intan yang belum siap sempurna dan keadaan perniagaan Intan yang masih pending membuatkan Intan rasa sangat down dan penat... selain itu, Intan mula perlu dalam kawalan kerana darah tinggi....Dalam masa yang sama Intan akui lebih kepada nilai-nilai negatif dalam hidup ini.... Agaknya tidak selesa duduk dalam rumah yang ada masanya perlu merempat mencari tempat tidur, baju-baju Intan yang asik hilang, barang-barang Intan yang kesana dan sini dan hilang.... Intan perlukan PRIVASI

Janganlah ditanya pasal rumah, renovation tersangkut gara-gara Intan nak hold duit untuk perniagaan Intan nanti.... Walaupun ada banyak kos sudah dikeluarkan tapi Intan memang tidak boleh concerntrate pada rumah sedangkan perniagaan Intan masih tahap susah nak dijelaskan dan terlalu banyak step dan procedure perlu dibuat... so selagi bisnes tak set up, Intan ignore pasal rumah dulu....

Bila hati kita mulai rasa down, ditambah dengan tekanan yang hebat dari setiap sudut maka... segala perkara yang kita lakukan dan ingin lakukan tergendala.... Inilah yang terjadi pada Intan, memang Intan pandai dalam planning tapi Intan sukar nak absorb stress so segalanya jadi huru-hara...

dalam masa itu juga, Intan sudah mulai lupa azam tahun 2012 Intan untuk kekal cantik dan lebih kurus, Intan langsung tidak mengawal selera,, tidak bersenam ataupun rajin membuat penjagaan kulit memakai make up dan kosmetik... sudah masuk 4 bulan Intan tidak mengunjungi pusat kecantikan untuk buat facial...huhuhuhu

Kalau disedari dari awal, Intan banyak bagi tips kecantikan dalam blog ni tapi sekarang sudah tiada lagi... Maka azam 2013 ni intan mahu fokus kepada kurus dan cantik di mana Intan nak ceritakan apa-apa yang Intan lakukan untuk mendapat kulit yang cantik dan badan yang kurus

Badan kurus ni bukan hanya untuk cantik tapi untuk sihat... Seperti yang dinasihatkan oleh doktor, Intan perlu mengawal pemakanan ketrana sudah ditahap obese...owh, tak sangka sekejap je Intan sudah di tahap itu, rasa dulu bari berat badan ni 55kg... Untuk ke BMI normal, Intan kena dapatkan berat 55kg

oklah, Intan tak mahu fikir pasal azam lagi tapi fokus pada cantik dan kurus...Intan sertaka gambar to prove yang Intan serius untuk mengubah kepada gambar yang lebih cantik dan kurus dari pic bawah ni... So Intan akan update selalu tentang fokus Intan ni....



Oklah diary, nanti Intan tuliskan lagi.... info diatas ialah 79kg iaitu memerlukan 24kg untuk capai ke angka yang ideal... chaiyok chaiyok

PDB Pra-Selection Program


Assalamualaikum....
Intan ni baru balik dari Kursus pra-selection Program untuk jadi usahawan minyak... Alhamdullilah semuanya ok dan rasa happy sangat dah berakhir program ni... Dianjurkan dekat Pusat latihan PDB dan tempat tu sangat selesa sangat... Makanan pun boleh buat kita gemuk hehehe... sedap la katakan....
Sebenarnya intipati program itu adalah rahsia dan jadual pun tidak diberikan dan apa yang intan boleh katakan menguji persiapan diri kita secara mentally... so perahlah otak sehabisnya.... pada yang biasa dengan dunia perniagaan rasanya tak memberikan masalah besar sangat.....Barisan panel pun ok.... memang banyak memberi idea dan pendorong untuk kita lebih maju.

Doakan intan lulus ke stage yang berikutnya... Kenangan intan kat sana memang banyak dan seronok dapat jumpa kenalan baru dari sarawak, utara dan pantai timur...
Ok... sampai sini dulu

Hadiah yang tak disangka-sangka

Assalamualaikum...

Pernah tak korang dapat hadiah yang tak disangka-sangka... seperti cabutan bertuah..... korang rasa mungkin 1 dalam seribu boleh dapat tapi akhirnya berpihak pada korang jugak.... So Intan nak cerita tentang satu hadiah yang best sangat yang intan dapat iaitu LCD Sharp 32 " dari Majlis Makan Malam Petronas tahun lepas.....

Cantik tak tv Intan.... Besar tu... Alhamdullilah la ada rezeki... Sebelum ni pernah jugak menang cabutan bertuah adalah dalam 3 kali tapi setakat hamper barang-barang makanan saja.... Yang no 3 tu, pemenang ketiga maksudnya pemenang tv lcd ade 5 orang so nama Intan dipanggil  yang ketiga....

Walaubagaimanapun tv lcd intan ni bukan buat apa pun ... jadi tv my adik tersayang kat dalam bilik dia ... terpaksalah Intan bawak masuk astro tuk adik tengok cartooooonss.... Yelah, Intan ni mana ada masa nak tengok tv.... Rezeki kau la adik....

Pic bawah ni kenangan dapat hadiah cabutan bertuah......Owh yang baju macam rainbow tu Dee (Sitkom Jangan Ketawa) yang berlakon maknyah... biasalah pengacara serba boleh la katakan

oklah, nanti kita sambung lagi

XTRAVAGANZA PETRONAS-MASTERCARD CONTEST


salam....

Korang ni mesti ternantikan contest dari Petronas lagi kan... Petronas ni memang suka nak buat contest menang hadiah pun dahsyat-dahsyat tapi nak menang tu macam 1 dalam 1000... Ape-apepun boleh cuba lagi...... Korang kene jugak faham pelanggan Petronas bukan sorang dua.... tapi kalo yang dah berjaya tu memang bertuah amat la..... Yang tak bertuah pun kire bertuah jugak sebab pembelian minyak Petronas memang berbaloi dan menjimatkan......

Oklah nak bercerita pasal promosi terbaru dari Petronas yang dinamakan XTRAVAGANZA PETRONAS-MASTERCARD CONTEST..... Caranya hanya isi minyak RM50 dan ke atas menggunakan Credit card/ Debit Card Mastercard... Visa ke Dinaers ke Amex ke xboleh yek... oklah... selebihnya boleh baca Q&A kat bawah

1) Apakah langkah yang perlu diambil untuk menyertai PROMOSI XTRAVAGANZA PETRONAS ?

Langkah 1:
Guna kad MasterCard Kredit/Debit untuk pembelian minimum RM50 di Servis stesen PETRONAS atau Kedai Mesra (kecuali rokok, perkhidmatan tambah nilai, Touch ‘n Go, tiket bas Transnasional, lain-lain servis dan produk kawalan)

Langkah 2:
Hantar SMS ke 33310 dalam format pesanan teks berikut:
PDB4-digit terakhir kad MasterCard Kredit/Debit Tarikh Pembelian-HHBB Jumlah Pembelian
Contoh: PDB 1234 0112 50.00

2) Bilakan peraduan ini akan bermula?

Tempoh Peraduan adalah dari 1hb Disember 2011, 00:00:00 hingga 31hb Januari 2012, 23:59:59 (termasuk kedua-dua tarikh).

3) Siapakah yang layak untuk menyertai Peraduan ini?

Peraduan ini terbuka kepada pemegang sah kad kredit atau debit MasterCard yang dikeluarkan di Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas KECUALI:-

a. Kakitangan anak syarikat Petrolium Nasional Berhad dan ahli keluarga terdekat (bapa, ibu, suami/isteri dan anak).
b. Kakitangan Mastercard Asia Pacific dan ahli keluarga terdekat (bapa, ibu, suami/isteri dan anak).
c. Wakil-wakil penjual stesen minyak (PDB)
d. Kakitangan agensi pengiklanan dan promosi termasuklah Star Reacher Advertising Sdn Bhd, InnoPress Sdn Bhd dan Zenith Media Sdn Bhd.

4) Berapakah hadiah untuk dimenangi dalam sepanjang Tempoh Peraduan ini?

Terdapat enam puluh dua (62) unit iPhone 4S untuk dimenangi sepanjang Tempoh Peraduan. Satu (1) unit untuk dimenangi setiap hari

5) Kad MasterCard Kredit/Debit saya dikeluarkan di Singapura, bolehkah saya menyertai Peraduan ini?

Tidak. Peraduan ini hanya terbuka kepada semua pemegang kad MasterCard Kredit/Debit yang dikeluarkan di Malaysia sahaja.

6) Bagaimanakah Pemenang dipilih untuk “Promosi XTRAVAGANZA PETRONAS”?

a. Satu (1) pemenang akan dipilih dari penyertaan SMS yang diterima dari 00:00:00 hingga 23:59:59 setiap hari (semasa Tempoh Peraduan).

b. Pengantaran SMS bagi pembelian minimum RM50 di dalam setiap resit diambil kira sebagai pendaftaran.

c. Finalis akan dipilih secara rawak melalui pemilihan elektronik berkomputer.

d. Finalis haruslah menjawab soalan yang dikemukakan oleh Pihak Penganjur dengan tepat

e. Bukti resit pembelian hendaklah dihantar di dalam masa 5 hari bekerja.

Pemenang akan dipilih berdasarkan kriteria yang disenaraikan.

7) Berapa resit yang saya perlu kemukakan untuk menyertai Peraduan ini?

Untuk setiap RM50, Peserta layak mendapat satu (1) penyertaan. Peserta hanya perlu menghantar satu (1) penyertaan SMS bagi setiap resit dan bilangan penyertaan yang layak akan ditabulasikan secara automatik. Contohnya, RM50 = satu (1) penyertaan, RM100 = dua (2) penyertaan.

8) Boleh saya mengumpul jumlah RM50 dalam 3 resit?

Tidak, setiap perbelanjaan mestilah dalam satu resit sahaja.

8) Bagaimanakah saya tahu jika SMS saya berjaya?

Para Peserta akan menerima SMS daripada Penganjur selepas menghantar penyertaan mereka dalam Peraduan ini. Bukti penghantaran SMS bukan bukti penerimaan.

10) Adakah semua Pengendali Telekomunkasi boleh didapati untuk Peraduan ini dan apakah caj untuk setiap SMS?

Peraduan ini hanya terbuka kepada pengguna talian mudah alih Celcom, DiGi atau Maxis - 012, 013, 014, 016, 017 dan 019 (“Pengendali Telekomunikasi”). Setiap penyertaan SMS akan dikenakan caj RM0.50 selain sebarang caj yang dikenakan oleh Pengendali Telekomunkasi sebagai kos pengolahan..

11) Bagaimanakah peserta yang tersenarai akan dihubungi?

Semua peserta yang tersenarai akan dihubungi (selepas 3 kali berturut-turut) untuk menjawab satu (1) soalan menerusi telefon. Soalan adalah berkaitan dengan Promosi XTRAVAGANZA PETRONAS.

12) Apakah langkah seterusnya jika saya tersenarai singkat sebagai Pemenang?

Peserta yang berjaya dikehendaki mengirimkan Bukti Pembelian dalam masa lima (5) hari kerja selepas menerima permintaan/makluman daripada pihak penganjur.

a) Resit Pembelian; atau
b) Penyata Bank; dan
c) Salinan Kad Pengenalan

Pemenang akan dihubungi oleh Pihak Penganjur melalui telefon.

13) Dimanakah perlu saya hantar Bukti Pembelian?

Melalui Pos (Finalis digalakkan untuk menggunakan Pos Berpalang/Pos Laju):-
“XTRAVAGANZA PETRONAS Promotion”
InnoPress Sdn Bhd, 15, Block B, Lot 756, Jalan Subang 3, 47610 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.
ATAU
Melalui Emel (Bukti Pembelian dan Salinan Kad Pengenalan yang jelas. Format DPF):-
Emel : spendwin@innomalaysia.com Tajuk Emel : “XTRAVAGANZA PETRONAS Promotion”

14) Apakah yang akan berlaku jika finalis tersenarai tidak dapat menjawab soalan dengan betul?

Sekiranya finalis tidak dapat menjawab soalan dengan betul, finalis tersenarai seterusnya akan dihubungi.

15) Kalau saya tersenarai singkat, mestikah saya mengemukakan resit pembelian?

Ya. Resit pembelian kad MasterCard Kredit/Debit berserta salinan kad pengenalan mesti disimpan bagi tujuan pengesahan jika peserta tersenarai singkat

16) Bagaimana jika resit bukti pembelian yang dihantar keluar untuk pengesahan hilang?

Bukti pos, faks atau penghantaran (menerusi apa jua cara sekalipun) bukan bukti penerimaan. Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap bukti pembelian dan butir-butir yang hilang, lewat diterima atau tersalah hantar.

17) Resit bukti pembelian saya sudah hilang, bolehkah saya mengemukakan penyata bank saya sebaliknya?

Ya, anda boleh mengemukakan penyata bank anda.
18) Bolehkah hadiah ditukarkan kepada tunai?

Tidak. Hadiah-hadiah tidak boleh ditukar ganti, dipindah milik atau ditebus dalam sebarang bentuk lain atas apa jua sebab sekalipun.

19) Berapa lamakah penghantaran hadiah ke pemenang?

Hadiah akan dihantar dalam masa 4-6 minggu dari tarikh notifikasi kepada pemenang.

20) Berapa kali boleh saya menang?

Anda hanya boleh menang sekali sahaja sepanjang tempoh Peraduan ini.

21) Untuk pertanyaan tentang MasterCard Kredit/Debit saya, pihak manakah yang perlu saya hubungi?

Untuk pengesahan, masalah atau sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Bank anda.

22) Untuk pertanyaan yang lanjut mengenai Peraduan ini, dimanakah pertanyaan tersebut boleh ditujukan?

Anda boleh mengajukan sebarang pertanyaan dengan menghubungi MESRALINK di talian 1 300 88 8181 atau layari www.mymesra.com.my
Tamat.

Article diatas dicopy paste dari website petronas www.mymesra.com.my kalo korang tgk question no 8 tu ade 2 kan... bukan silap aku, silap kat website tu.... tapi janji korang faham dah la kan.....

Hadiah dia ialah iphone 4S setiap hari.... telefon latest model tu.... haku pon pakai iphone 4 jek tau.... so dari tarikh bermula promosi ade 62 hari so 62 iphone 4S boleh dimenangi..... Promosi kali ni ade senang sikit nak menang sebab

1. hanya pemegang mastercard saje......yg bayar cash n other card xleh join
2. pengisian RM50.....
3. perlu SMS.... tak ramai orang rajin sms, suka goyang kaki dan menang..... kalo korang komit nak menang hadiah insyallah boleh berjaya ikut syarat-syaratnya ok....

Sampai disini sahaja....

Promotion Mesra Julai 2011







Aku memang tak pandai nak edit gambar ni... bukan kaki blogger la katakan.... nak edit gambar pun xreti apsal la gambar ni xmau turun2.... huhuhu... apepun yang diatas ini adalah promosi dan peraduan... korang boleh ke Kedai Mesra untuk maklumat lanjut....









So, korang best kan dapat harga murah tuk air2 minuman ni... so korang isi minyak dan dapat berjimat dengan minuman terpilih Kedai Mesra tuk bulan Julai

Maklumat lanjut boleh kunjungi
www.mymesra.com.my


2 days in PDB trainin centre




Aku baru pulang dari pdb trainin centre untuk ikuti program isis refesher for dealers dan apa yang aku akui, aku antara peserta yang paling berpengalaman dalam isis dan aku mengenali ramai mereka2 yang bergelar dealers, wife dealers dan supervisor dalam pengurusan stesen minyak petronas..... ini adalah intipati aku di sana...
16/02/2011
7.15 pg- sampai ke seksyen 26, rehat
8.00 pg- check in dan sarapan
9.00 pg-kelas bermula dgn mr chan tentang inventory adjustment,receiving dan returning
11.00 pg- minum pagi
12.00 pg latihan penggunaan pdt,receiving dan returning
1.00 tgh- makan tengahari dan rehat
2.00 ptg- belajar penggunaan isis, back office dan point of sale bersama en azam
4.00 ptg- minum petang
7.00 ptg- kelas tamat. makan dan rehat
9.00 mlm- tidur

pada hari kedua, sedikit berbeza kecuali bab makan2 la.... kite pergi ke stesen petronas seksyen 26 tuk tgk lebih lanjut tentang penggunaan isis, rtkh, rtjh agar kami faham apa prlunya dokumen2 seperti itu... selain itu en chan juga menerangkan lebih lanjut tentang promosi dan cara2 mengkeyin kan product2 terlibat dengan promosi... seronok bila kita boleh mengaolikasikan kemudahan komputer dgn sepenuhnya..... lebih menyeronokkan en. chan dan en azam adalah tenanga pengajar yang sangat peramah dan seronok berada di bilik isis bersama mereka... seolah2 kite sdg menjaga stesen kita sendiri di dalam bilik isis tersebut.. ini adalah bilik server aku sendiri...

aku berkumpulan dengan isteri seorang dealer dari pss taman pelangi semenyih.... kak azizah memang tak banyak tahu tentang sistem memandangkan perninagaan beliau dan suami bermula bulan 7 tahun lepas..... dia banyak bergantung pada supervisor tuk urusan2 stesen..... aku gembira dapat bertukar2 pendapat dengan dealer2 dan ahli keluarga dealer kat pusat latihan tersebut......

semoga aku dapat praktikkan setiap apa yang aku pelajari di sana.... amin

temuduga... My first prepared interviu

mari berinterviu

Disebabkan aku adalah dikira boss jadi aku kene hire new staff.... aku amat mengharapkan aku boleh berlagak hebat dpn budak2 baru ini..... memang hebat pon... aku interviu 2 org.... sorang bernama ramlah dan sorang bernama wadiana....

mula2 agak risau sebab xde pengalaman menginterviu tetapi bila fikir aku ni ade gak muka bengis so aku buat2 garang lah..... so far ok aku pun dah bagitau apa yang sepatutnya tugas2 mereka dan aku kira interviu ni berjaya.. antara tips yang aku buat ialah preparation...... memandangkan aku menginterviu tuk jawatan juruwang so aku xperlulah resume atau sijil2 kelayakkan mereka ni.....

1) fotostat ic...
2) sediakan senarai gaji
3) tekankan tentang displin dan syarat2 percubaan
4)berbuat secara tegas
5)tunjukkan keyakinan pada syarikat
6)minta pandangan dan pengalaman mereka
7)berjanji akan menghubungi jika berjaya

ok tu saje....

NGV meletop????

Satu perkara yang paling aku tak suka iaitu kemalangan di kawasan berisiko. Baru-baru ini terjadilah tradegi yang amat menyedihkan iaitu kemalangan di stesen minyak berhampiran pasar borong Batu Berendam. Antara stesen minyak yang baru dan salah satu daripada 4 stesen minyak yang mempunyai perkhidmatan NGV di Melaka. Apa yang meninggalkan teladan pada orang ramai ialah patuhi prosedur keselamatan semasa mengisi minyak atau NGV. Iaitu mematikan telefon bimbit, mematikan enjin dan Dilarang keras merokok. Aku bukan apa walaupun bende ni nampak remeh tapi sangat aku takuti memandangkan aku hidup dan hampir 12 jam aku berada di stesen minyak setiap hari aku terdedah dengan kemalangan yang mungkin bukan atas kecuaian aku sendiri tetapi orang lain...
Aku masih muda lah... amal ibadah belum cukup bekalan untuk bawa ke mati... tapi sedarkah pengguna2 kita sekarang ni tentang perihal keselamatan ini..
Memang tak dinafikan kadang2 orang cakap "saya pernah buat call masa isi tank kereta, tak meletop pun..." atau "pernah gak tak tutup enjin.. leceh nnt nak jalan kene start balik tak pernah pun jadi ape2" ini adalah manusia2 yang akan berubah sekiranya musibah seperti yang dinyatakan di atas berlaku pada diri mereka sendiri atau bahasa kasarnya kena pada batang hidung sendiri.. tapi wahai manusia sekelian masa itu menyesal pun tak guna.. kita mungkin kehilangan nyawa atau harta benda atau nyawa orang lain yang mungkin nyawa insan yang kita sayangi...
Kadang2 kawan-kawan bertanya.. apa kene mengena cell fon dengan pump minyak.. bukankah menerima isyarat telefon atau mengeluarkan isyarat telefon tidak mewujudkan apa2 cetusan api yang berbahaya di kawasan stesen minyak...
Apa dalam pemahaman aku, telefon bimbit yang mengeluarkan atau menerima isyarat akan mengeluarkan satu spark iaitu percikan kecil pada telefon bimbit yang mata kasar mmg lah tak nampak tp itulah yang bole menyebabkan risiko kemalangan mungkin terjadi...
Takziah pada keluarga mangsa dan kita doakan perkara ini tidak berulang lagi. Amin

My life at PUMP.... what pump???

Bila kite grad semua fikir.. wah, nak keje ape lepas ni.. ikut bidang pengajian la.. kalo ko amik accountancy mestila ko nak jadi akauntant,kalo engineering nk jadi engineer la.. doktor la. Kalo tak, buat pe korang pilih bidang tu masa belajar dan belajar teruk2 tapi itu bukan masalah kalo ape yang dipilih tu bukan bidang kite barangkali belum ada rezeki ke arah apa yang kita mahu... dan bersesuaian dengan apa yang kita belajar.. Dan ada diantara kita yang menyimpang jauh dan apa yang peliknya mereka lebih menyukai bidang karier baru mereka yang langsung takde kene mengena dengan apa yang mereka belajar.... erm... pelikkan


So, agaknya apa yang sy nk sampaikan yer... mungkin karier saya yang pada mulanya saya amat tak suka tapi akhirnya saya akur dan seronok... Bekerja di pump station.. Tak memerlukan saya bermakeup tebal atau memakai high heel... tapi cukup tak glamour.. Saya dah hampir 2 tahun setengah berada di sini menguruskan 2 station minyak milik keluarga... Memang la pada mulanya saya bertegas dan menggunakan pelbagai cara untuk melayakkan diri menjadi staff kerajaan tapi nasib tidak menyebelahi saya setakat ini... bukan apa, syarat yang dikenakan keluarga untuk meninggalkan pump station ni hanyalah sekiranya dapat kerja gomen. Kalau dapat private even strong blue chip company, baik ko tolong famili... camtu lah... so setakat ni alhamdulilah saya masih di sini... dan menjalankan bisnes ini dengan cekal dan tabah.. huhuhuhuh

Hampir 100% kerja pengurusan dari A ke Z saya didedahkan. Kadang2 rasa macam takde life pun ade gak ialah keje dari pagi ke malam... Kerja pun dah macam lelaki tapi seronok sebenarnya... Berurusan dengan pelanggan yang bermacam karenah dan supplier yang mempelbagaikan teknik memujuk agar dapat terima produk mereka... panjat lori tanker paling menyeronokkan tapi ..... opps aku tidak dibenarkan lagi... hanya sebab aku hanyalah wanita.. tapi kalau berkesempatan aku akan buat.

Apapun saya ketahui kerja yang berisiko ni tak boleh diambil mudah kerana saya mula memerima kenyataan inilah dunia saya yang sebenar dalam oil and gas industri but majoring in retailing... jumpe lagi...