RSS

weddingzz...

Tajuk harini ialah perkahwinan... macam la aku pakar dalam bidang nih. Kadang2 terfikir jugak perlukah perkahwinan yang hebat2 persis majlis kahwin mawi ikin dilakukan ataupun satu majlis yang gah untuk menunjukkan betapa hebat nya cinta agung dua insan ini dipamerkan pada tetamu. Tapi semua tak bermakna andai perkahwinan itu diakhiri dengan penceraian, masa tu la alasan yang muncul tak sefahaman lagi atau pun perasaan cinta yang agung tu hilang... Perkara tu terpulang pada pasangan masing bermaksud mereka belum betul2 memahami diri pasangan itu...

Penceraian di usia muda perkahwinan, sekarang bukan lagi pelik, kadang2 ia membuat aku mengukur diri andai aku berkahwin suatu hari nanti adakah perkara ini akan terjadi. Perkahwinan memerlukan perkongsian hidup dan perkongsian segala2nya. Andai kita tak boleh berkongsi dengan baik, maka perkahwinan itu dianggap tak lengkap.

Adakah bila status kita berkahwin, kita dikira 'happily ever after' macam dalam cerita di alam fantasi. bagi aku tidak.. sedangkan lagi banyak cabaran kita perlu tempuh baik sang suami mahupun isteri. sama2 memperbaiki diri agar pergolakan tidak berlaku.. sadangkan lidah lagi tergigit apa pula suami isteri...tak gitu

Ingin aku ucapkan tahniah pada rakan2 yang sudah bersedia pikul tanggungjawab sebagai isteri mahupun suami. Sungguhpun kadang2 kalian memilih jalan terbaik untuk sama2 berkongsi dalam zaman kegawatan ini dgn cara perkahwinan. Bagi aku mungkin 'belum bersedia'. Mental fizikal dan penerimaan dalam diri aku belum sesempurna kalian. Banyak perkara yang perlu diubah dan diberi penekanan walaupun aku dalam proses mematangkan diri dan kehidupan.

Kadang2 bila orang sibuk membuat persiapan, masa tu la aku mula beranggan nak kawin tapi sekejap lepas tu perasaan tu hilang. Kejap ada kejap takda.. jelas menunjukkan aku tak komited walaupun dalam umur sebegini sepatutnya dah punya penyambung zuriat. Wang bukan lagi segala2nya. kalau antara kita bertanya bila nak kawen, mungkin ada jawapannya duit tak cukup..kan. itu adalah jawapan popular...

Entahla lain orang lain caranya.. suatu hari nanti andai dikau terima kad undangan dari aku pastinya masa itu sudah tiba.. Dan masa itu aku sudah pun melengkapkan diri aku dengan segala komitmen dan menguatkan diri dengan fizikal dan mental agar tidak mudah lemah dan putus asa.. Membina masjid bagai membina kapal yang besar dimana seorang imam nya dan seorang nakhodanya.. Andai kapal karam atau masjid sengaja terbiar maka hancurlah sebuah perkahwinan itu... dan imipian aku mahu masjid yang aku akan bina dilengkapi kasih sayang dan aman damai agar kukuh strukturnya dan ramai jemaah...

entri ini ditulis bukan kerana aku takut atau fobia dengan ikatan perkahwinan dan bukan kerana aku bakal digelar pengantin sedikit hari lagi tapi aku masih seperti biasa yang mendahulukan tugas dan kerjaya dari segala-galanya.. Aku pasti andai masa untukku tiba, maka kerjaya bukan lagi berada ditempat pertama...

Doakan yang terbaik.

Amanah ke kita...

Selama aku menjaga perniagaan keluarga banyak salah laku pekerja sudah aku bongkar dan ketahui. Sahabat setiaku adalah cctv yang terpasang 8 buah kamera di premis ini dan juga sistem komputer yang sentiasa merekodkan segala transaksi perniagaan. Banyak juga pengalaman dah aku tempuh termasuk melibatkan kes polis dan sebagainya.. Dan juga melibatkan beribu-ribu ringgit jugak. Agaknya sebelum kehadiran aku bagaimana agaknya hal2 macam ni dikesan atau tidak dapat dikesan langsung. Antara kes yang pernah aku hadapi ialah lebih kepada pecah amanah. Kadang-kadang aku terfikir andai mereka ni faham dan memikirkan dosa dan pahala. Berkat dan tidak berkat adakah mereka sanggup melakukannya.

Benda ni kadang2 tidak melibatkan pekerja namun saudara mara juga sukar dipercayai. Melalui pengalaman aku, mengambil saudara sendiri bekerja adalah satu keputusan yang sungguh tidak bijak. Bukan tak mahu menolong namun bila sesuatu perkara yang melibatkan wang ringgit segalanya menjadi rabun, sanggup menikam saudara sendiri demi wang ringgit.. Darah daging sendiri pun dah tak kenal. Bila dah timbul konflik mulalah fitnah dilembarkan kepada sanak saudara dan akhirnya saudara lain mulalah bertanggapan negatif pada satu pihak..

Perkara ini memang terjadi. Sungguhpun air yang dicincang tak akan putus namun air yang jernih tak mustahil boleh jadi keruh dengan sekelip mata. Bagi mereka yang sudah berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. Fikirlah berkali-kali sebelum mengajak saudara mara sama-sama menguruskan perniagaan.. Namun aku tak salahkan sesiapa yang tidak mengalami masalah dalam berurusan sesama saudara kerana yang penting sikap amanah dan jujur dalam kehidupan. fikir2kanlah, jangan sudah terhantuk baru terngadah (betul ke ni)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...