RSS

Batu jed - apakah rahsianya dari segi kesihatan


Assalamualaikum.....
Hari ini tengah belek-belek batu jed kat rantai ni teringin jugak nak tau apa kelebihan batu jed ni.... Walaupun batu ini hadiah daripada ibu tapi sebagai orang melayu kami tak mengetahui apa rahsia dan kelebihan batu jed ini..... Seperti kata ibu, batu jed ini diperolehi oleh seorang saudagar cina Malaysia yang berniaga di negara China.... sempena tanda kesyukuran beliau perolehi anak lelaki ... maka setiap pelancong Malaysia yang mendatangi kedai beliau dihadiahkan batu jed ini....

Kita sedia maklum, batu jed ni popular dikalangan orang berketurunan Cina... mereka jadikan sebagai barang kemas seperti cincin, gelang, rantai dan patung arca perhiasan di rumah...... Orang Cina percaya jade adalah simbol maruah, kemuliaan dan mengukur ketinggian taraf mereka antara satu sama lain... Oleh itu tidak hairanlah.... mereka amat menggemari jed berbanding batu permata yang lain kerana bukan hanya harga yang tinggi tapi kepercayaan batu jade dapat melanjutkan usia dan memberi kesejahteraan dalam hidup mereka....


Tetapi adakah pernyataan ini sekadar mitos atau disokongi oleh kajian saintifik ke atas batu jed ini....Sebagai batu perhiasan, jed sebenarnya terdiri daripada beberapa unsur galian silika yang berlainan dan kaya dengan zink, kalsium, natrium, aluminium dan magnesium serta bahan-bahan kimia yang lain yang diperlukan bagi kesihatan manusia. Berdasarkan hasil kajian sains dan teknologi, bagi mereka yang selalu memakai jed, bahan-bahan kimia tersebut dapat menyerap ke dalam tubuh badan si pemakai menerusi kulit mereka. Hal ini amat berkesan bagi menyeimbangkan fungsi organ penting dalam badan sehingga dikatakan dapat merawat penyakit.

Jenis batu jed ada bermacam-macam. Antaranya terdapat sekurang-kurangnya 106 jenis batu jed yang dikatakan boleh dimakan atau disapu untuk merawat penyakit.

Terdapat juga batu jed yang dapat menerima cahaya matahari pada siang hari dan mengeluarkan sinar itu pada waktu malam. Berdasarkan penyelidikan perubatan tradisional China, cahaya itu berfungsi merangsang sistem kolateral badan untuk menjaga kesihatan manusia. Bagi warga emas yang selalu memakai gelang jed pula, gelang ini dikatakan boleh mengurut pergelangan tangan mereka. Hal ini dikatakan bukan sahaja membantu untuk memulihkan daya penglihatan warga tua, malah boleh menyebabkan mereka merasa semangat.

Berdasarkan catatan daripada buku perubatan purba China, jed juga boleh dikeman dalam mulut untuk membantu merawat penyakit perut, paru-paru dan kerongkong. Kaedah ini juga dikatakan baik bagi menjaga rambut dan mengekalkan semangat.

Sebab itulah, jed dikatakan benar-benar dapat membantu untuk menjaga kesihatan tubuh badan dan melanjutkan usia.... tapi kalau ditanya aku... perbezaan ketara bila pakai jed ni takde la nampak sangat.... tapi kadang-kadang yang aku perasan, batu jed ni boleh menyerap panas badan..... bila badan rasa panas... batu ni pun panas....(suhu badan)....selain itu, warna hijau seakan berminyak pada batu jade ni akan semakin berkurangan... ataupun dia menukar menjadi warna putih .... ntah yer ntah tak ... tak tau la....

oklah... tengah pening nk siapkan entry gold coast lagi ni... daa

Link
Sumber: Kini2u

0 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...