RSS
Memaparkan catatan dengan label promosi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label promosi. Papar semua catatan

QR code.. Aku dah ade.. Kau hader....???


Assalamualaikum...
Apa khabar semua... Harini Intan bizi sesangat... badan pun dah letih koyok panaflex dah tertampal kat belakang ni.... lenguh bahu punya pasal tapi Intan sempat nak memikirkan idea untuk post ini...  Oh .. jangan peduli dengan tajuk ala kebudak-budakan di atas... saje nak memvariasikan blog yang mula bersarang ni...

Apa itu QR code??
QR code ialah ringkasan untuk 'Quick Response Code' yang mana code-code ini boleh diterjemahkan dengan cepat dan mudah dengan menggunakan iphone atau android...pendek kata smartphone korang yang canggih tu.... Aplikasi Qr code ini memang ade kat android market so install je la.... 

Hagak-hagak yang kat atas ni QR code sape yek... hihi...if korang nak create Qr code korang pun boleh.. So dah hade fon canggih takkan buat baling anjing je kot.... Rugi korang tak cuba sesuatu yang menyeronokkan dengan create QR code sendiri.... ada juga yang menyatakan QR code bakal menukar sistem barcode yang ade sekarang...kita tunggu dan lihat sajalah 

XTRAVAGANZA PETRONAS-MASTERCARD CONTEST


salam....

Korang ni mesti ternantikan contest dari Petronas lagi kan... Petronas ni memang suka nak buat contest menang hadiah pun dahsyat-dahsyat tapi nak menang tu macam 1 dalam 1000... Ape-apepun boleh cuba lagi...... Korang kene jugak faham pelanggan Petronas bukan sorang dua.... tapi kalo yang dah berjaya tu memang bertuah amat la..... Yang tak bertuah pun kire bertuah jugak sebab pembelian minyak Petronas memang berbaloi dan menjimatkan......

Oklah nak bercerita pasal promosi terbaru dari Petronas yang dinamakan XTRAVAGANZA PETRONAS-MASTERCARD CONTEST..... Caranya hanya isi minyak RM50 dan ke atas menggunakan Credit card/ Debit Card Mastercard... Visa ke Dinaers ke Amex ke xboleh yek... oklah... selebihnya boleh baca Q&A kat bawah

1) Apakah langkah yang perlu diambil untuk menyertai PROMOSI XTRAVAGANZA PETRONAS ?

Langkah 1:
Guna kad MasterCard Kredit/Debit untuk pembelian minimum RM50 di Servis stesen PETRONAS atau Kedai Mesra (kecuali rokok, perkhidmatan tambah nilai, Touch ‘n Go, tiket bas Transnasional, lain-lain servis dan produk kawalan)

Langkah 2:
Hantar SMS ke 33310 dalam format pesanan teks berikut:
PDB4-digit terakhir kad MasterCard Kredit/Debit Tarikh Pembelian-HHBB Jumlah Pembelian
Contoh: PDB 1234 0112 50.00

2) Bilakan peraduan ini akan bermula?

Tempoh Peraduan adalah dari 1hb Disember 2011, 00:00:00 hingga 31hb Januari 2012, 23:59:59 (termasuk kedua-dua tarikh).

3) Siapakah yang layak untuk menyertai Peraduan ini?

Peraduan ini terbuka kepada pemegang sah kad kredit atau debit MasterCard yang dikeluarkan di Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas KECUALI:-

a. Kakitangan anak syarikat Petrolium Nasional Berhad dan ahli keluarga terdekat (bapa, ibu, suami/isteri dan anak).
b. Kakitangan Mastercard Asia Pacific dan ahli keluarga terdekat (bapa, ibu, suami/isteri dan anak).
c. Wakil-wakil penjual stesen minyak (PDB)
d. Kakitangan agensi pengiklanan dan promosi termasuklah Star Reacher Advertising Sdn Bhd, InnoPress Sdn Bhd dan Zenith Media Sdn Bhd.

4) Berapakah hadiah untuk dimenangi dalam sepanjang Tempoh Peraduan ini?

Terdapat enam puluh dua (62) unit iPhone 4S untuk dimenangi sepanjang Tempoh Peraduan. Satu (1) unit untuk dimenangi setiap hari

5) Kad MasterCard Kredit/Debit saya dikeluarkan di Singapura, bolehkah saya menyertai Peraduan ini?

Tidak. Peraduan ini hanya terbuka kepada semua pemegang kad MasterCard Kredit/Debit yang dikeluarkan di Malaysia sahaja.

6) Bagaimanakah Pemenang dipilih untuk “Promosi XTRAVAGANZA PETRONAS”?

a. Satu (1) pemenang akan dipilih dari penyertaan SMS yang diterima dari 00:00:00 hingga 23:59:59 setiap hari (semasa Tempoh Peraduan).

b. Pengantaran SMS bagi pembelian minimum RM50 di dalam setiap resit diambil kira sebagai pendaftaran.

c. Finalis akan dipilih secara rawak melalui pemilihan elektronik berkomputer.

d. Finalis haruslah menjawab soalan yang dikemukakan oleh Pihak Penganjur dengan tepat

e. Bukti resit pembelian hendaklah dihantar di dalam masa 5 hari bekerja.

Pemenang akan dipilih berdasarkan kriteria yang disenaraikan.

7) Berapa resit yang saya perlu kemukakan untuk menyertai Peraduan ini?

Untuk setiap RM50, Peserta layak mendapat satu (1) penyertaan. Peserta hanya perlu menghantar satu (1) penyertaan SMS bagi setiap resit dan bilangan penyertaan yang layak akan ditabulasikan secara automatik. Contohnya, RM50 = satu (1) penyertaan, RM100 = dua (2) penyertaan.

8) Boleh saya mengumpul jumlah RM50 dalam 3 resit?

Tidak, setiap perbelanjaan mestilah dalam satu resit sahaja.

8) Bagaimanakah saya tahu jika SMS saya berjaya?

Para Peserta akan menerima SMS daripada Penganjur selepas menghantar penyertaan mereka dalam Peraduan ini. Bukti penghantaran SMS bukan bukti penerimaan.

10) Adakah semua Pengendali Telekomunkasi boleh didapati untuk Peraduan ini dan apakah caj untuk setiap SMS?

Peraduan ini hanya terbuka kepada pengguna talian mudah alih Celcom, DiGi atau Maxis - 012, 013, 014, 016, 017 dan 019 (“Pengendali Telekomunikasi”). Setiap penyertaan SMS akan dikenakan caj RM0.50 selain sebarang caj yang dikenakan oleh Pengendali Telekomunkasi sebagai kos pengolahan..

11) Bagaimanakah peserta yang tersenarai akan dihubungi?

Semua peserta yang tersenarai akan dihubungi (selepas 3 kali berturut-turut) untuk menjawab satu (1) soalan menerusi telefon. Soalan adalah berkaitan dengan Promosi XTRAVAGANZA PETRONAS.

12) Apakah langkah seterusnya jika saya tersenarai singkat sebagai Pemenang?

Peserta yang berjaya dikehendaki mengirimkan Bukti Pembelian dalam masa lima (5) hari kerja selepas menerima permintaan/makluman daripada pihak penganjur.

a) Resit Pembelian; atau
b) Penyata Bank; dan
c) Salinan Kad Pengenalan

Pemenang akan dihubungi oleh Pihak Penganjur melalui telefon.

13) Dimanakah perlu saya hantar Bukti Pembelian?

Melalui Pos (Finalis digalakkan untuk menggunakan Pos Berpalang/Pos Laju):-
“XTRAVAGANZA PETRONAS Promotion”
InnoPress Sdn Bhd, 15, Block B, Lot 756, Jalan Subang 3, 47610 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.
ATAU
Melalui Emel (Bukti Pembelian dan Salinan Kad Pengenalan yang jelas. Format DPF):-
Emel : spendwin@innomalaysia.com Tajuk Emel : “XTRAVAGANZA PETRONAS Promotion”

14) Apakah yang akan berlaku jika finalis tersenarai tidak dapat menjawab soalan dengan betul?

Sekiranya finalis tidak dapat menjawab soalan dengan betul, finalis tersenarai seterusnya akan dihubungi.

15) Kalau saya tersenarai singkat, mestikah saya mengemukakan resit pembelian?

Ya. Resit pembelian kad MasterCard Kredit/Debit berserta salinan kad pengenalan mesti disimpan bagi tujuan pengesahan jika peserta tersenarai singkat

16) Bagaimana jika resit bukti pembelian yang dihantar keluar untuk pengesahan hilang?

Bukti pos, faks atau penghantaran (menerusi apa jua cara sekalipun) bukan bukti penerimaan. Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap bukti pembelian dan butir-butir yang hilang, lewat diterima atau tersalah hantar.

17) Resit bukti pembelian saya sudah hilang, bolehkah saya mengemukakan penyata bank saya sebaliknya?

Ya, anda boleh mengemukakan penyata bank anda.
18) Bolehkah hadiah ditukarkan kepada tunai?

Tidak. Hadiah-hadiah tidak boleh ditukar ganti, dipindah milik atau ditebus dalam sebarang bentuk lain atas apa jua sebab sekalipun.

19) Berapa lamakah penghantaran hadiah ke pemenang?

Hadiah akan dihantar dalam masa 4-6 minggu dari tarikh notifikasi kepada pemenang.

20) Berapa kali boleh saya menang?

Anda hanya boleh menang sekali sahaja sepanjang tempoh Peraduan ini.

21) Untuk pertanyaan tentang MasterCard Kredit/Debit saya, pihak manakah yang perlu saya hubungi?

Untuk pengesahan, masalah atau sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Bank anda.

22) Untuk pertanyaan yang lanjut mengenai Peraduan ini, dimanakah pertanyaan tersebut boleh ditujukan?

Anda boleh mengajukan sebarang pertanyaan dengan menghubungi MESRALINK di talian 1 300 88 8181 atau layari www.mymesra.com.my
Tamat.

Article diatas dicopy paste dari website petronas www.mymesra.com.my kalo korang tgk question no 8 tu ade 2 kan... bukan silap aku, silap kat website tu.... tapi janji korang faham dah la kan.....

Hadiah dia ialah iphone 4S setiap hari.... telefon latest model tu.... haku pon pakai iphone 4 jek tau.... so dari tarikh bermula promosi ade 62 hari so 62 iphone 4S boleh dimenangi..... Promosi kali ni ade senang sikit nak menang sebab

1. hanya pemegang mastercard saje......yg bayar cash n other card xleh join
2. pengisian RM50.....
3. perlu SMS.... tak ramai orang rajin sms, suka goyang kaki dan menang..... kalo korang komit nak menang hadiah insyallah boleh berjaya ikut syarat-syaratnya ok....

Sampai disini sahaja....

PROMOSI PETRONAS MESRA SEPTEMBER 2011


Nak ikutkan aku... takyah letak kot promosi menang ni sebab due date dia lagi 3 hari tapi xpelah sebab aku suke tengok family cartoon dlm perodua alza tu kasi up sikit contest ni

Air-air botol besar dari permanis ni (aka geng pepsi) kira murah la jugak sbb harga biase convienient store dlm RM3.80 ke rm4.00


Barangan Jacker & super ring lak dari company Oriental Food Marketing... biase produk-produk berasakan kentang berharga RM3.00. yang ni kire murah la jugak. lapas tu super ring free lak....









Hai terlewat sedikit tuk review Mesra promotion September..... dah lewat sikit entri ni tapi layankan je la. Maklumat lanjut boleh ke www.mymesra.com.my


HSBC amanah platinum card




yeay... harini aku nak balik kampung... hopefully tak ade emergency la... kene replace staff... dah lama sangat tak balik kampung jumpe maktuk .... lebih2 lagi kampung ade kenduri so mesti meriah kampung hari ini....

Cerita tu nanti baru aku citer tapi sekarang nak citer pasal kad kredit hsbc amanah aku ni.... dulu orang kata nak apply kad hsbc platinum ni susah dalam akaun kena ada dlm RM10k... aku pun tak tau sangat ye atau tak.... sebab aku apply terus dapat jek

Nak cerita pasal kad ni selalu buat promotion..... kalau dulu setiap 7 transaksi minimum RM50 akan dapat rebat RM30 sekarang dapat diskaun..... apa yang best setiap bulan mesti ade je promotion.... orang macam aku yang tegar menggunakan kad kredit dalam kehidupan seharian ni memang tak ada masalah la.....

Aku bukan nak promot kad ni tapi dalam banyak2 kad aku prefer kat hsbc..... ni promotion yang sedang berlangsung ..... aku hagak best jugak la sebab promosi ni tak de la... seperti cabutan bertuah ke.... lucky draw ke.... peluang memenangi bla...bla...bla... perkataan peluang tu yang aku susah nak rasa dapat..huhuhu tapi yang ni lain... ko ikut terma dan syarat ko akan dapat.... (kalo xdapat ko komplen ler)

Ok ni adalah promosi sekarang ni

fyi.... aku xberminat dengan peraduan yang ala2 lucky draw tapi peraduan yang kite fullfilled term n condition dia aku rasa berminat sikit wpun xde la best sgt reward tu...
Tapi bagi yang xdapat mendisiplinkan diri dan mengalami masalah boros dan rambang mata bershopping silalah jangan apply kad kreditwalau apepun jenis kredit kad yer.... sebab ia akan menyusahkan hidup korang nanti......

adios
kredit to hsbcamanah

Promotion Mesra Julai 2011







Aku memang tak pandai nak edit gambar ni... bukan kaki blogger la katakan.... nak edit gambar pun xreti apsal la gambar ni xmau turun2.... huhuhu... apepun yang diatas ini adalah promosi dan peraduan... korang boleh ke Kedai Mesra untuk maklumat lanjut....









So, korang best kan dapat harga murah tuk air2 minuman ni... so korang isi minyak dan dapat berjimat dengan minuman terpilih Kedai Mesra tuk bulan Julai

Maklumat lanjut boleh kunjungi
www.mymesra.com.my