RSS

DETOX untuk buang toksin dalam badan

Assalamualaikum,

Intan sebenarnya nak kongsi rasa sedih sebab ada rakan seperjuangan Intan yang terlantar di hospital kerana masalah usus... memang semua maklum hampir 90% dari penyakit adalah datang dari usus besar kita @ kolon... kat situ pengumpilan toksin yang tinggi dan jika tersumbat... boleh mendatangkan mudarat seperti kanser, sembelit, buasir, keradangan...hmmmm tempat pembiakan bakteria

Kes kawan Intan ni pulak, doktor terpaksa memotong sebahagian ususnya yang terlibat supaya tidak menular dibahagian usus yang lain... Alhamdullilah kini beliau semakin pulih...

Atas kesedaran itu, Intan rasa amat pentinglah Intan detoks untuk mencuci usus...  sebenarnya Intan tiada masalah pembuangan air besar... setiap pagi memang akan ke tandas... jadinya sepatutnya Intan tak perlu risau kerana kemungkinan usus Intan adalah sihat tapi Intan tertanya lah, mungkin ada kekotoran yang tertinggal dalam lipatan2 usus Intan ni.... so sesi mencari product detox pun bermula...

Sejarah Intan dengan detox sebelum ni... Memang banyak, seingat Intan 1st time Intan cuba nak berdetox dengan product JUVANEX (7 hari program) seriusly tak ada effect langsung pd Intan nak kata ke tandas lagi jarang ade lah... so Intan simpulkan xsesuai...

Kemudian dengan teh hape benda ntah... Intan xberapa suka teh2 ni... tapi tahap dia macam julap la pulak... memang xtahan... Intan pernah jugak try MELILEA, product ni bagus  mula-mula memang memberi hasil.... yang kononnya najis berangkai tu memang terjadilah pada Intan... tapi lepas tu, kurang pulak Intan ke tandas... lagipun MELILEA ni harga dia boleh tahan mahal....

kemudian memang lamalah Intan tak berdetox... cuma banyakkan minum air masak dan makan buah-buahan...katanya itu detoks semulajadi gitu lebih natural..... Memanglah... kesannya biasa2 lah... tapi masa tu Intan xkisah sangat sbb memang ke tandas setiap hari lepas bangun tidur....

lepas dengar musibah rakan Intan ni... Intan cuba cari detoks MELILEA yang dulu Intan pernah cuba...tapi malangnya tidak berkesan lagi walaupun untuk pertama kali..... Setelah direkomen kawan Intan si FIFI comel, Intan pun cubalah detoks kat bawah ni;-




STEP 3: D-TOX DARI SENDAYU TINGGI

Kawan Intan si Fifi comel, ni memang bersungguh betul rekomen kan Intan product macam2 sebelum ini... kadang2 Intan ignore je sebab Intan xsuka sangat bergantung pada product so suka yang ala natural gitu... tapi yang pasal DETOX ni beria betul Fifi ni... Intan pun cubalah... Mula2 nak bagitau rasanya sedap lah sangat, macam nak minum banyak2 pulak...hahahhaha... pastu macam bergas sikit tapi bukan macam air berkarbonat tau.... 

Hari 1st Intan try, tiada apa-apa berlaku... almaklumlah 1 sudu setengan dalam air 75ml Intan rasa kuantiti tu sedikit.... tapi walaupun tak berlaku apa2 yang luar kawalan Intan still boleh ke tandas seperti biasa... tak menyekat proses harian intan ni macam detox2 yang dulu2 Intan pernah cuba.... takpe lah berfikiran positif... kita tengok esok pulak

Hari ke 2, tu dia... Intan mula rasa kelainan sikit... ke tandas seperti biasa tapi jumlah yang lebih dari biasa... kemudian najis itu berwarna gelap... ok, rasa puas hati mungkin itulah toksin yang tersimpan lama dalam usus Intan.... sakit perut tu memang ada tapi bukan yang jenis cirit.. itulah buat Intan suka detoxs ni... hari2 yang kemudian pun sama jugak.. rasa puas membuang (kihkihkih)... dan Intan cadang untuk berhenti berdetoxs selepas 7 hari... kemudian Intan kembali kepada detoxs natural iaitu air masak dan buah-buahan...heheheheh

serius sgt suka product ni... Intan beli di stokis SENDAYU TINGGI.. memang xsangka product ni memang hot selling sebenarnya... So sape2 nak try boleh lah cuba harga Intan beli dalam RM43.00 ++ sebab guna member ada diskaun lah... kalau xde member Intan xsure sangat sebab Intan xberniaga pun...cuma nak share review ni ha aje.., Intan da check harga kat website SENDAYU TINGGI RM 46.65. kalau korang nk try & nak guna membership Intan boleh jugak.. yelah saje2 nak try kan.....mana tau xserasi...xpe nanti pm lah Intan akan bagi guna id Intan, pergi mana2 stokis SENDAYU TINGGI JE ... tapi kalau korang memang suka sangat boleh je jadi member tapi ada bayaran... xingat pulak berapa...

Pada yang tanya kenapa D-TOX ni STEP 3: mana step 1 & step 2.. sebenarnya product ini dalah program penurunan badan... tapi Intan ni nak berdetox je... so yang STEP 1 dan STEP 2 Intan xikutlah...kita KIV dulu.... jangan pulak korang kompius... boleh je mana2 pun.. kalau Intan cuba semua step Intan khabarkan kat sini yer... 

Oklah itu saja nak share... sapa-sapa yang anoying dengan post Intan ni.. mohon abaikan post ini ye... 

24 comment:

Ira berkata...

hi cik intan.
thanks share, perkongsian yang baik ! suka baca post2 cik intan, boleh ke kalau nak tumpang guna id cik intan ? hihi rasa nak try jugak

Intan berkata...

hi ira,
tq sudi baca post intan.. lama xberblog pun.. ini id intan mb01756

Effa berkata...

Assalam Intan,

ID intan tu aktif lg x?

Intan berkata...

assalam effa... sepatutnya aktif lagi..

Unknown berkata...

Assalamualaikum. Saya baru nak guna dtox ni. Nak tanya, untuk permulaan ni, kena minum berapa hari? Dan untuk maintain, berapa kali seminggu?

Intan berkata...

waalaikum salam addila... Intan nk ingatkan yg intan just pengguna sahaja... ikut instruction, sepertimana yang Intan faham... sehari sekali sahaja sebelum pukul 10malam... tiada paksaan nak berapa kali pun.. kalau serasi tiap-tiap hari pun ok... kalau xserasi stop aja bila-bila masa...kalau cakap pasal mainatain...nak maintain berat badan atau maintain kekerapan pembuangan??? detox ni untuk pelancaran pembuangan yang intan aplikasikan pada diri sendiri... Kalau addilla dah cuba senang-senang lah share di sini.... mana tau serasi juga..

hiDaYaH BInTi aBdUL AzIz berkata...

Intan...guna id intan blikn dtox tu blh?

Intan berkata...

boleh. dipersilakan

hazie hariazie berkata...

Smlm dh beli dtox, bagus mmg laju ke toilet, nanti nk beli easyfull nk pakai id Intan ya.

Intan berkata...

boleh aja....

Tanpa Nama berkata...

assalam intan.. tgh2 duk google produk st terbaca blog intan.. rs tertarik nk cbe.. blh sy gne id intan utk beli produk st. tq.

Intan berkata...

boleh aja

Impian seorang gadis berkata...

Baru nak try detox ni . Btw pinjam id intan. Thank you

Unknown berkata...

Intan pakai keluar jerawat tak

Intan berkata...

hi Mas,
Intan pakai tak ada keluar jerawat pulak

Nadira jamil berkata...

Id intan apa ye ?Hehehe mmg dh lama nk try detox dari Sendayu Tinggi

Unknown berkata...

Id intan ape

Intan berkata...

hi
id intan mb01756

Tanpa Nama berkata...

Salam Intan, saya guna Id intan ye. :)

Tanpa Nama berkata...

Salam kak intan, nnt sya guna id kak intan ye. Teringin nk beli..terima kasih kak intan ��

Tanpa Nama berkata...

Salam intan..boleh sya gunakan id intan untuk beli d-tox..

Intan berkata...

boleh.. dipersilakan

maliniumairah92 berkata...

as salam kak intan.. kalau nak beli by website, mcm mna nak guna ida tu ya? sy dh register tp belum approve..sy ada byk brg nak order.. kalau saya pegi kedai ja ek boleh guna id tu?

Intan berkata...

hi theorkidbunga,
waalaikumussalam... sebenarnya kalau macam Intan dah ada keahlian lepasntu register online, so barangan dalam website sendayu tinggi akan bertukar kepada harga ahli. so masa register kena ada username n password macam biasa... kalau nak mudah orkid guna id intan beli di stokis saja. insyallah boleh