RSS
Memaparkan catatan dengan label health. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label health. Papar semua catatan

Kurus dan Cantik

dear diary,
Hari ini Intan baru perasan.... kerja yang banyak serta keadaan rumah Intan yang belum siap sempurna dan keadaan perniagaan Intan yang masih pending membuatkan Intan rasa sangat down dan penat... selain itu, Intan mula perlu dalam kawalan kerana darah tinggi....Dalam masa yang sama Intan akui lebih kepada nilai-nilai negatif dalam hidup ini.... Agaknya tidak selesa duduk dalam rumah yang ada masanya perlu merempat mencari tempat tidur, baju-baju Intan yang asik hilang, barang-barang Intan yang kesana dan sini dan hilang.... Intan perlukan PRIVASI

Janganlah ditanya pasal rumah, renovation tersangkut gara-gara Intan nak hold duit untuk perniagaan Intan nanti.... Walaupun ada banyak kos sudah dikeluarkan tapi Intan memang tidak boleh concerntrate pada rumah sedangkan perniagaan Intan masih tahap susah nak dijelaskan dan terlalu banyak step dan procedure perlu dibuat... so selagi bisnes tak set up, Intan ignore pasal rumah dulu....

Bila hati kita mulai rasa down, ditambah dengan tekanan yang hebat dari setiap sudut maka... segala perkara yang kita lakukan dan ingin lakukan tergendala.... Inilah yang terjadi pada Intan, memang Intan pandai dalam planning tapi Intan sukar nak absorb stress so segalanya jadi huru-hara...

dalam masa itu juga, Intan sudah mulai lupa azam tahun 2012 Intan untuk kekal cantik dan lebih kurus, Intan langsung tidak mengawal selera,, tidak bersenam ataupun rajin membuat penjagaan kulit memakai make up dan kosmetik... sudah masuk 4 bulan Intan tidak mengunjungi pusat kecantikan untuk buat facial...huhuhuhu

Kalau disedari dari awal, Intan banyak bagi tips kecantikan dalam blog ni tapi sekarang sudah tiada lagi... Maka azam 2013 ni intan mahu fokus kepada kurus dan cantik di mana Intan nak ceritakan apa-apa yang Intan lakukan untuk mendapat kulit yang cantik dan badan yang kurus

Badan kurus ni bukan hanya untuk cantik tapi untuk sihat... Seperti yang dinasihatkan oleh doktor, Intan perlu mengawal pemakanan ketrana sudah ditahap obese...owh, tak sangka sekejap je Intan sudah di tahap itu, rasa dulu bari berat badan ni 55kg... Untuk ke BMI normal, Intan kena dapatkan berat 55kg

oklah, Intan tak mahu fikir pasal azam lagi tapi fokus pada cantik dan kurus...Intan sertaka gambar to prove yang Intan serius untuk mengubah kepada gambar yang lebih cantik dan kurus dari pic bawah ni... So Intan akan update selalu tentang fokus Intan ni....



Oklah diary, nanti Intan tuliskan lagi.... info diatas ialah 79kg iaitu memerlukan 24kg untuk capai ke angka yang ideal... chaiyok chaiyok

Seni Mempertahankan Diri dan Wanita

Terdapat berbagai jenis seni mempertahankan diri samada silat yang sinonim dengan masyarakat melayu mahupun karate, wushu dan sebagainya. Mempelajari seni ini dikatakan bonus untuk mempertahankan diri dari musibah jenayah di kalangan kita. Wajarkah wanita mempelajari seni ini sedangkan wanita sering dikaitkan dengan budi pekerti dan sopan-santun yang mengambarkan keistimewaan seorang wanita berbanding lelaki..

1. Mempertahankan diri dari jenayah
Tidak dinafikan wanita sering menjadi sasaran penjenayah kerana dianggap "lemah" terutama melibatkan kes rogol dan samun. Sekiranya wanita mempelajari seni ini barangkali dapat mengelak perkara tak diingini seperti tersebut berlaku

2. Pilihan pasangan yang disukai
Ya atau tak wanita yang mempunyai ilmu ini dianggap bonus untuk pasangannya. Bukan apa, bila ditinggalkan kerana outstation ke ape ke taklah si lelaki ni risau Kerana tahu si wanita mampu menjaga dirinya. (tapi tak bermaksud si wanita perlu ditinggalkan selalu ya)

3. Dilatih menjadi disiplin
Mempelajari seni mempertahankan diri memerlukan daya disiplin yang tinggi. Dari situ kita dapat melatih diri menjadi seorang yang disiplin. wanita yang mempunyai disiplin yang baik akan disenangi dan selalu berfikiran positif.

tak semestinya seorang lelaki perlu mencari pasangan yang tahu dan mempelajari seni mempertahankan diri tapi andai ada ia dikira bonus. Isu-isu jenayah yang meningkat saban hari kadang kala memerlukan kita mempelajari serba sedikit cara mempertahankan diri. Tak rugi sebenarnya

CPR.. penting tau

Aku teruja nak bagitau tentang serangan jantung yang seringkali berlaku. Kerana 1/3 serangan jantung berlaku di rumah dan 93% daripada mangsa tersebut meninggal dunia tanpa sempat menerima apa-apa rawatan kecemasan. Satu fakta yang aku baru ketahui. Inilah yang akan terjadi jika kita tidak didedahkan apa2 kemahiran melakukan rawatan awal.


CPR adalah salah satu rawatan yang boleh kita pelajari. Rasanya tak salah kalau kita belajar tekniknya mana tau dalam keadaan kecemasan kita berjaya membantu orang lain untuk mendapat peluang kedua menghirup udara kita ni.

CPR termasuklah pernafasan bantuan mulut ke mulut (ataupun pernafasan bantuan dengan cara lain) dan tekanan dada. Dengan cara ini darah yang mengandungi oksigen akan terus mengalir ke otak dan organ-organ penting hingga rawatan perubatan sewajarnya tiba untuk memulihkan jantung.

Dipendekkan cerita CPR ada 3 kemahiran asas saluran pernafasan, pernafasan dan edaran darah.


SALURAN PENAFASAN
Kita bukakan saluran penafasan mangsa dengan mendongakkan kepala mangsa. supaya lidah tak bercantum dgn rahang dan membuatkan salur penafasan mangsa tertutup.


PERNAFASAN

Apabila Pernafasan Terhenti badan kita hanya mempunyai oksigen yang masih ada dalam paru-paru dan darah. Oleh sebab itu apabila pernafasan terhenti, jantung akan terhenti dan mangsa akan mati sejurus selepas itu. Bantuan pernafasan mulut kemulut adalah cara yang tercepat untuk menyampaikan oksigen ke paru-paru mangsa. Udara yang anda hembus mengandungi cukup oksigen untuk sekurang-kurangnya menampung sebahagian daripada keperluan mangsa. Pernafasan bantuan perlu diteruskan sehingga mangsa boleh bernafas sendiri atau sehingga para profesional terlatih tiba.


EDARAN DARAH


Tekanan dada mengekalkan edaran darah ke paru-paru, otak, arteri koronari, dan organ-organ penting yang lain. Apabila tekanan dada dijalankan pernafasan bantuan mulut ke mulut juga patut dilakukan bersama

kalau kita dapat buat dan praktikkan mungkin mampu membantu kita tapi dinasihatkan jangan buat latihan pada orang yang sihat dan sedar kerana merbahaya kepada mereka. CPR hanya penyelamat orang yang tak sedar dan mangsa jantung terhenti

Selamat mencuba

Laparnyeeeeeer

Sejak cuti sekolah ni.. rasenya adalah perkara yang paling tak best ialah banyak makanan kat rumah. So apelagi diet ke mana, nak slim kemane terjadi lah kegagalan mengurang berat badan. Apa yang penting dan sesatu yang aku rase pelik. Sejak kuisytiharkan tamatnya sesi dietku yang hanya bertahan 2 minggu lebih saje.. selera makanku semakin menjadi-jadi. Rasenya lebih dahsyat dari dulu mase sebelum nak diet ni... alamak hai, susahnyer nak control makan...

My first post


















Entri pertama ni nak bercerita tentang diet.. perempuan suka berdiet. Yes, i'm on diet rite now but just say no to rice.... bende lain makan je la.. melantak je tapi itu kire diet jugak ke?? apa diet sbnrnya. Seminggu ni nampak gak la turun 3 kg. Ok la tu... tapi awas boleh naik bile2 masa je... Saya lak kurang berminat dgn teh or produk2 pelangsingan kat pasaran. Bak kata org biar semulajadi tapi tu la... tunggu dan lihat je.. Disiplin mmg ditekankan.. ialah nampak nasi kene tahan selera sikit.. Kata orang minum teh tanpa gula dan epal setiap pagi. Tu je then berlapar smpi satu hari... betul ke? Tgk la ape jadi pada progam diet tersendiri ni.. Harap2 dapat smpai 45-50kg dah kre ok la tu....



Ni ade satu pendapat yang datang dari sembang forum mengenai diet

pasal makan....haaa...dalam tempoh 3 bulan, bukan saje nasik...segala jenis karbohidrat kita tak bole sentuh.mee kuning, bihun, kueh tiow, nasi, segala jenis mee, tak kira la siput ke melidi ke, telur ke...dan juga mee laksa tuh...senang citer...karbohidrat laa...pah tu...pagi masa breakfast, dia kasi kita pilihan...samada nak roti bakar sapu planta dua keping, atau cornflake 3 sudu, atau oat 3 sudu, atau biskut 4 keping.tu je yang bole...takde SUSU.jangan sesekali guna susu.so, kalo oat ngan cornflake,kena bancuh ngan air tawar je...tapi panas laa kan. then utk minuman pagi plak...leh je kalo nak minum secawan kopi atau nescafe...pilihan tu...bukan amik semua sekali. waktu sarapan ni...cuma bole amik satu sudu gula.nak taruk dalam makanan ke...air ke...tak kira laa..but just one table spoon.tu cerita pagi....tengahhari plak...just take a slice of selected fruit. cuma b ole pilih samada betik,jambu batu,atau tembikai.semuanya sepotong je...jangan lelebih.makan malam...avoid segala jenis karbohidrat....then leh lantak segala jenis protein....makan la banyak mana...tapi kena balance ngan serat.amik laa 1/3 serat compare ngan protin tu. contohnya....sayur mesti kena 1/3 dari lauk(ikan).bole makan daging...ayam ke lembu...tapi cuma sesekali je dalam seminggu.makanan yang berasaskan ubi takleh amik langsung.cam ubi kentang,keledek, keladi.apa2 jenis ubi laa..pahtu kan..labu pun takleh amik.jangan sesekali amik.erm....ape lagi yek....haa,kacang pun kena avoid...kacang bakar ke,kacang peas ke...yang bole cuma kacang botor,kacang panjang,kacang buncis.the most important ...sumer makanan kita cuma bole rebus dan kukus je.doktor tu ada cadangkan makan yong tau foo....tak pun sotong kangkung....
kalau nak diikutkan..bukanlah ketat sangat pun.apa yang dilarang tu..memang ada kebaikannya pada body kita.kalo kita sayang body laa..kenapa dia larang kita makan karbohidrat?sebab....pada pandangan sayalah....org yg gemuk dah terlebih lemak...yang asalnya dari karbohidrat yg tak digunakan..means 'tenaga'. so...tujuan doktor ni cuma nak jadikan semula lemak2 tu sebagai bahan bakar utk tenaga.betul tak?tu pasal makan...

pasal minum plak...sehari paling kurang 3 liter air masak kena minum. takde air kaler2 punye yek...kalo sukat botol mineral besar tu...paling tidak 2 botol kena hentam.kalo yang kecik plak....kena hentam 6 botol...orang kata hendak seribu daya...tapi tu elok utk kesihatan kita.air bantu kita utk bawa oksigen ke kepala...so,takde la mengantuk...takde la pening kepala.air gak buang segala jenis toksid ldlm badan.so.kalo slalu buang air kecik...jangan risau la....perkara biasa bagi yg banyak minum.bukan sebab kesan ubat yg diambil.

utk aktiviti.....dua minggu pertama..takde pape...cuma maintain cara makan cam tadi je.then dua minggu berikutnya...kena exercise selang dua sehari..joging ke...pegi gym ke....skipping ke...janji ada exercise.dua minggu lepas tu plak...kena exercise tetiap hari...amacam, berani?hehehe...nak seribu daya.

So saya ni mintak maaf byk2 sebab exercise tak de dalam pelan pelansingan... tapi ape yang cuba dilakukan insyallah saya akan lakuakn sebaik mungkin... amin..