RSS

Sky Fall - James Bond

Assalamualaikum pembaca sekelian....


Hari ini Intan nak review sikit tentang movie yang baru je Intan tonton iaitu 007- Sky Fall edisi sequel James Bond yang tak asing lagi...
Heronya Daniel Craig yang hensem lagi bergaya dan sasa...huhuhu dan heroinnya erm... samaar-samar mungkin boleh ckp M kot (Judi Dench) ketua si James Bond ni la....

Apa yang menarik, evolusi sequel James Bond yang ini tidak lagi terlalu bergantung pada alatan-alatan canggih yang super pelik dalam misinya... James Bond perlu lebih dahsyat dari segi fizikal dan pengaturan misi supaya penonton boleh sedia maklum kehebatan Bond sudah tidak relevan dengan alatan canggih....

Skyfall nyanyian Adele memang sedap dan memberikan mood menonton cerita ini....Kisahnya James Bond diarahkan menyelamatkan satu dokumen sulit sehinggakan James Bond hampir terbunuh kerana terkena tembakan rakannya sendiri dan Bond menghilang selepas itu.....

apabila kemunculan Bond dia sebenarnya sudah lemah dari segi fizikal, namun demi menyelamatkan M dia segera merancang untuk menghapuskan penjahat yang juga sebenarnya bekas agent kendalian M juga (yang ingin membalas dendam)...

Berjaya atau tak kena tonton sendiri sebab kang Intan cerita korang malas dah xexcited nak tengok kan.... tapi keseluruhan boleh bagi 9/10 bintang sebab padat aksi.... dan best

Selamat menonton

Beginikah caranya...




assalamualaikum... entry harini, tiada apa yang menarik cuma edisi sentap sikit je la yang rasanya tidak menimbulkan apa-apa isu.... kadang-kadang Intan terfikir, kita tengok semua orang baik dengan kita... Bila kita masuk bank, pegawai sana tak lekang untuk menegur dan memberi salam serta bertanyakan urusan... Sebolehnya hendak jugak lah membantu dengan sedaya mungkin... Intan faham, mereka mencari CUSTOMER.... Tapi dalam entry ni bukan nak cerita tentang urusniaga bank atau apa-apa pun cuma sikap kita yang kadang-kadang tak sedar... berubah....

Kisahnya Intan berkenalan dengan seorang pegawai bank perempuan... tidaklah rapat sangat dan tidaklah sampai tak kenal langsung... pendek kata setiap hari pegi bank memang tegur sapa lah, dia akan approach dan menegur Intan.... ada masa Intan banyak kali juga telefon handfon dia atas urusan bank, dan dia pun pernah menelefon Intan menggunakan telefon peribadinya atas urusan bank dan banyak juga urusan bank melibat kan jumlah yang besar Intan minta dia uruskan... dia penah cakap yang Intan banyak support dia dan dia berterima kasih banyak..... (the bank branch kat situ baru lagi tak sampai setahun lagi, so there is difficult to get sales) so Intan faham lah, tapi one thing Intan suka berurusniaga kat situ sebab tak ramai orang, lepas tu paling dekat dengan office Intan, so memudahkan....  

Kali terakhir Intan jumpa dia, memang dia suruh Intan call dia if pending business proposal yang Intan pernah bincangkan dengan dia dah finalised so dia boleh proceed pada fund nya la kan.... So Intan ingat dia simpanlah no fon Intan dalam personal handfon dia (dia pernah call Intan banyak kali guna handfon dia). 

setelah 3 minggu Intan tak datang bank sebab office Intan tutup sekarang, Intan pun nak tanya la dia thru whatssapp, something regarding one product of the bank la kan.... (first time guna whattsapp, sebab saja-saja je dan takdelah nak rasmi sesangat ) apa yang supprise kan bukan saja setakat dia tak kenal Intan or my fon number but ayat dia sangat kasar dalam message whattsapp tu.... Intan terkejut jugak, bila dia tanya siapa, and Intan bgtau nama Intan dan dia still marah-marah cakap yang mana satu.... omg, u suppose know everything about me, including my contact no..because im your customer and i already give your company so much sales. dan akan datang, akan ada banyak lagi kita akan berurusan... sebab banyak proposal Intan yang still pending dan hampir nak finalized....

Acctually, intan tak kisah dia tak kenal Intan, even dah bagitau nama, and something about me pun dia still tak recognized but Intan rasa kata-kata kesat tu tak sepatutnya keluar lah....  tak kisah lah Intan ni customer ke atau sesiapa ke... bahasa melambangkan pribadi diri... So Intan just bagitau yang im sorry je la,, tu pun nak marah-marah sebab kacau dia whattapp.... nak buat camne... Macamana Intan nak buat, dah bagitau nama n everything pun dia tak recognized kan.... bagaimana Intan nak buat untuk dia ingat kat Intan ni.... So moral of the stori jangan ingat bila orang tu baik sangat dgn kita, dia dalah kawan tapi sebenarnya bagi dia 'you just my money machine' huhuhuhu.... tak semua boleh kenal kita macam kawan walaupun kita dah banyak bantu dia bagai kan.... itulah kehidupan....

So soalan yang Intan sibuk nak berwhattsapp tu dah proceed tanya pada my other friend yang banker jugak.... but i still ok je la... takde lah nak sentap sesangat kan...ok je la... tapi kalau tau dia memang tak kenal Intan im suppose just datang bank je..... (dalam hati tertanya, macamana dia xsimpan fon no Intan tapi dia agak banyak kali jugak pernah kol Intan pakai handfon dia)

Takpelah.... dah terdelete kot... so bersabarlah... one more thing, sikap dia yang peramah dan suka bergurau bila jumpa Intan tu tetiba bertukar bila dalam message whattsaap.. tu yang Intan maksudkan berubah....

officer bank suka bagi kita kad dia lahkan.... dan dia akan suruh kita contact dia atas apa-apa pertanyaan bagai...'anything just contact me, im always free to assist you', huhuhuhu tapi bila kita contact then dia cakap kata kesat bagai... thats no point... supposely dont give ur card to ur customer when u are not ready to entertain their problem and question.... 
sekian

Gambar sudah hilang

Intan stress sangat bila dapati ada gambar- gambar dalan blog ni tak appeared... Sebelum ni elok aje...
Hurm... Tak tau la kenapa kan... Maklumlah Intan tak pakar dalam hal blog- blog ni... Nama pun blog suka- suka... Harapnya lepas ni tak adalah gambar yang hilang lagi

Mood: sedey sob...sob...sob

10 Jenis Makanan Pembakar Lemak (bahagian 2)

Assalamualaikum...
Hai darlinggss... Intan nak sambung lagi 5 jenis makanan pembakar lemak... Kan entry sebelum ni ada 5 je.. Alkisah Intan dah ngantuk sangat nak abiskan entry so kita pergi kepada 5 lagi jenis makanan.... Harapan Intan agar dapat memberi panduan kat sesiapa yang tersesat kat blog Intan yang tak seadanya ini... Bunyi sadis je... oklah kita sambung

6) OAT




  • Oat ni memang dikenali sebagai bijirin yang berkhasiat. ini kerana ia penuh dengat serat larut yang akan memberi tenaga serta membersihkan lemak yang tersembunyi dalam sistem penghadaman kita serta kolesterol yang menyekat salur darah dalam tubuh kita. Kalau tak suka dengan rasa oat yang ada kadang-kadang agak memualkan boleh juga dicampur dengan buah-buahan dan madu tapi jangan campur pemanis berbentuk gula ya

7) GANDUM PENUH



  • Roti gandum penuh, pasta dan beras mengandungi serat yang berkhasiat untuk sistem penghadaman kita. Bahan-bahan ini memperlahankan pembakaran tenaga dalam badan. Namun elakkan roti putih, beras putih yang mengandungi gula yang bukan saja mempercepatkan pembakaran tenaga malah menggalakkan penyimpanan lemak

8) KEKACANG 


  • Kacang tinggi dengan protein, tiada lemak dan penuh serat. Ia dikategorikan  makanan pembakaran lemak yang ideal. Kacang yang bagus adalah seperti kacang merah, kacang peas dan gajus
9)  BROKOLI


  • Brokoli mempunyai kalori, tiada lemak, banyak vitamin-vitamin dan ada membuktikan mampu melawan kanser. Brokoli membakar lemak dengan membekalkan nutrien dalam tubuh dan seratnya boleh membakar lemak dengan baik.
10)  BUAH BERI


  • Yang terakhir ialah Buah Beri. Buah beri ni amat baik untuk tubuh kita, gula yang terkandung dalam beri ialah fruktosa yang diproses oleh badan dengan banyak dan efisien berbanding sukrosa dan gula putih. Serat dalam buah beri membekalkan nutrisi dan sementara itu menyekat penyerapan lemak. Buah beri yang terbaik adalah seperi beri biru, rasberri, beri hitam dan strawberri

Itulah saja 10 jenis makanan pembakar lemak terbaik. Dan boleh cuba dan buktikan hasilnya. Credit diberi untuk www.lifestrong.com

Sekarang Intan nak tidur...




10 JENIS MAKANAN PEMBAKAR LEMAK (bahagian 1)

Assalamualaikum...
Lamanya tak berblog so hari ini Intan nak cerita sikit tentang makanan yang dikategorikan pembakar lemak. So bagi yang sedang berdiet boleh lah take note... Oklah, termasuk lah Intan juga ni... almaklumlah... Dah free sikit ni bolehlah rajin berblog dan menjaga pemakanan... Kalau tak main hentam je kan... Asalkan boleh je, bila lapar dah macam 10 hari tak makan so takde lah nak control sangat... akhirnya pear la jawabnya...

1)   MINYAK ZAITUN


  • minyak zaitun adalah pilihan yang sihat dalam menentang lemak. Ia dikatakan terbukti menentang 3 kali lebih h cepat daripada lemak tak baik seperti lemak trans yang dijumpai dalam produk-produk komersial makanan dan juga mengandungi lemak tak tepu yang mana dapat menurunkan kadar kolesterol tak baik dalam darah. Boleh juga diamalkan memakan sesudu minyak zaitun setiap hari untuk mengurangkan lemak dalam badan


2)   TENUSU RENDAH LEMAK
\


  • Tenusu rendah lemak seperti susu skim dan yougurt terdiri dari protein dan kalsium yang membantu dalam meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan pembakaran lemak dalam tubuh. 


3)   PUTIH TELUR



  • putih telur terdiri dari protein yang tinggi yang akan membantu dalam pembakaran lemak. tapi perlu diingat asingkan kuning telur kerana kandungan kolesterol yang tinggi dalam kuning telur. 



4)   DAGING PEJAL



  • Daging boleh membantu membakar lemak selagi kita boleh memilih daging yang betul. Contohnya daging ayam belanda yang mengandungi protein dan sedikit lemak. Daging lembu batang pinang juga pejal dan tinggi protein. Namun elakkan bahagian-bahagian daging berlemak




5) IKAN

  • Ikan ni seperti yang sedia maklum mengandungi protein yang sangat tinggi dan lemak yang baik. Selain itu ia juga mengandungi omega 3 asid lemak yang baik untuk meningkatkan sistem imun dalam tubuh dan membersihkan kolesterol dalam salur darah kita.


Oklah, nanti kita sambung lagi bahagian ke 2 untuk 5 lagi jenis makanan pembakar lemak. Intan dah mengantuk tahap cipan ni....

Gud nite semua