RSS
Memaparkan catatan dengan label movie. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label movie. Papar semua catatan

Sky Fall - James Bond

Assalamualaikum pembaca sekelian....


Hari ini Intan nak review sikit tentang movie yang baru je Intan tonton iaitu 007- Sky Fall edisi sequel James Bond yang tak asing lagi...
Heronya Daniel Craig yang hensem lagi bergaya dan sasa...huhuhu dan heroinnya erm... samaar-samar mungkin boleh ckp M kot (Judi Dench) ketua si James Bond ni la....

Apa yang menarik, evolusi sequel James Bond yang ini tidak lagi terlalu bergantung pada alatan-alatan canggih yang super pelik dalam misinya... James Bond perlu lebih dahsyat dari segi fizikal dan pengaturan misi supaya penonton boleh sedia maklum kehebatan Bond sudah tidak relevan dengan alatan canggih....

Skyfall nyanyian Adele memang sedap dan memberikan mood menonton cerita ini....Kisahnya James Bond diarahkan menyelamatkan satu dokumen sulit sehinggakan James Bond hampir terbunuh kerana terkena tembakan rakannya sendiri dan Bond menghilang selepas itu.....

apabila kemunculan Bond dia sebenarnya sudah lemah dari segi fizikal, namun demi menyelamatkan M dia segera merancang untuk menghapuskan penjahat yang juga sebenarnya bekas agent kendalian M juga (yang ingin membalas dendam)...

Berjaya atau tak kena tonton sendiri sebab kang Intan cerita korang malas dah xexcited nak tengok kan.... tapi keseluruhan boleh bagi 9/10 bintang sebab padat aksi.... dan best

Selamat menonton

Ombak Rindu review


Tuhan tolong lembutkan hati dia, Untuk terimaku seadanya.... lalalalala.... Syahdu betu lagu OST Ombak Rindu ni... Adira dan Hafiz memang bertaraf pro.... tapi bukan nak citer pasal lagu ni cuma tentang movie ombak rindu.... For your information aku suka review movie yang aku tengok kat wayang je.... walaupun tiada sape-sape sponser.... So Ombak rindu ni antara movie yang latest aku g tengok.... tapi korang jangan ingat aku kaki wayang lak... Kalau rasa nak tengok aku pegi je la.... Dan cerita ini tiada kene mengena dengan hidup aku......

Macamana nak citer yek... rasanya review pasal cinta si Izzah, Haris dan Mila ni dah banyak orang tulis... bersepah-sepah pulak kat internet ni..... So korang mesti dah tau jalan ceritanya..... Aku suka babak kat atas ni.... sebab masa ni Izzah ni dah mula sayang suaminya yang jahat ni...... Lepas tu Hariz pun dah mula sayangkan Izzah... So dari title perempuan simpanan terus jadi kekasih gitu.... Kesian jugak kat Izzah masa Hariz marah-marah suruh gugurkan kandungan padahal Izzah tak mengandung pun.... macam pucat lesi sangat Izzah masa tu..... Kene marah tanpa sebab.....
Scene Mail dengan Izzah ni pun nampak tenang je... cara si mail ni tanya Izzah dah kawen ke belum nampak macam sincere dan romantis gitu.... walaupun Mail ada hati kat Izzah tapi dia pun nak sahabat dia ni bahagia....... Lepas tu boleh pulak si Izzah ni main-main dengan jam hantaran Hariz sampai jatuh dalam air.... Cuak gak bila hilang jam tu.... lakonan Mail @ Bront memang best selamba .... memang macam orang kampung pujaan la...

Babak di atas bukan untuk tontonan umum.... macam terpaksa redha je dengan Hariz ni sebab panggil Tuan hariz Tuan hariz .... pastu disurut urut la sampai ke babak teeeeeet..... Tapi Izzah ni dah kawen pun so dia tak boleh menolak, dia jugak yang minta Hariz nikahi dia... ..... masa sebelum kawen Izzah dia minta perlindungan Allah berulang-ulang kali masa hariz sentuh dia sampai hariz xjadi plak... Scene Izzah ketakutan lari ke tepi pantai, masa tu Hariz bangun tidur tengok Izzah tak ada..... gelabah dia cari Izzah masa tu dia dah saling sayang menyayangi.... Scene masa dia pujuk Izzah tu romantis sesangat dia cakap " Mulai hari ini, jangan panggil Tuan Hariz lagi tapi panggil abang, abangkan suami Izzah" romantiknya sebab rasanya Hariz ni dah sedar yang dia memang sayangkan Izzah.... hihihihi.....
Bila Hariz kawen dengan Mila pulak..... Izzah rasa kecewa.... Dia terpaksa terima madu walaupun dia isteri tiada taraf.... Sedihnya rasa masa ni....dia balik kampung.... Mila pulak asik terhegeh-hegeh je dgn Hariz...Mila @ Lisa Surihani menjayakan lakonan dengan baik sekali ... banyak peningkatan actress muda ni..... walaupun banyak terjerit-jerit tapi Lisa nampak matang, bukan nampak comel macam wajahnya..... babak yang macam best tu masa Mila maki Wafiah kat hospital sebab dia syak Wafiah yang ada hubungan sulit dgn suami nya tetapi Datuk Sufiah pulak jeling kat Izzah..... Sebab Datuk Sufiah tau yang Mila dah salah orang tapi taknak bgtau Mila...... Wafiah pulak jadi mangsa keadaan.....

Plot Hariz sebenarnya bukan anak kandung Datuk Sufiah pun tak berapa dikembangkan.... walaupun begitu Babak kat rumah Pak Dollah yang buat kenduri pergi haji memang menyayat hati.... sebab Hariz betul-betul rindukan Izzah... Masa ni memang sedih tapi aku kool je.....

Oklah ni aku sendiri tengok dan sendiri review walaupun agak tunggang terbalik..... Susah nak tengok movie Melayu kat wayang tapi demi Ombak rindu aku belanja lah staff tengok sesama..... review 4/5

Ombak Rindu - Adira dan Hafiz


Dear fren,
Mood harini tenang.... so asik terngiang-ngian je lagu ni kat telinga so boleh enjoice.... next entry is review about the film....

Lirik Lagu Ombak Rindu–Hafiz/Adira

Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku




THE TWILIGHT SAGA: BREAKING DAWN Part 1


Buat peminat sequal Twilight seperti aku.... pastinyer tertunggu buahtangan terbaru dari Twilight... yeay...yeay.... Aku geng aper???? pastinyer Edward Cullen yang kachak lagi handsome bergaya plus boleh terbang panjat2.... Tapi seperti yang sedia maklum... Sequal kali ini banyak ditapis oleh LPF atas kensensoran yang tidak wajar ditonton apepun dapat masuk panggung Malaysia pun kire alright la kan....

First of all , im so sorry atas kelewatan review pasal movie ini walaupun dah nk seminggu..... al kisah terlalu banyak kerja dan berjalan ini la gamaknya.....



secara ringkas Cerita dimulakan dgn penerimaan kad jemputan perkahwinan Bella dan Edward... dan perkahwinan dalam taman aka hutan berlangsung dgn indah sekali..... Gaun Bella yang cantik Edward yang kachak amat.... Dan scene bulan madu Edward dan Bella ke sebuah pulau yang cantik hadiah perkahwinan oleh Carlisle Cullen..... Di sini banyak babak-babak dipotong paham-paham je la.... tapi seriusly scene kat pulan kecil ni tersangat la cantik... amat sesuai untuk hanimun....

Ade sorg maid brazilian ni terkejut la bila nampak manusia berada bersama vampire... mungkin dia ade six sense kot boleh tau pontianak si edward ni..... masalah mula timbul bila si bella ni rasa muntah-muntah dan rasa ada sesuatu dalam perut dia... so dia rasa dia pregnant walaupun edward dan dia sendiri tak tau yang bella boleh mengandung... Edward mintak tolong maid brazilian tu dan maid tu cakap Bella akan mati.....

Edward segera bawa Bella balik dan minta tolong Carlisle selamatkan Bella kerana mereka predict dalam perut Bella tu kemungkinan monster.... Keadan Bella sangat teruk.... makin lama makin tak bermaya dan kandungan dia membesar dengan cepat kerana bayi Bella menyedut semua zat-zat Bella.... Cadangan Edward untuk membuang monster dalam perut ditentang Bella sehinggakan Edward meminta tolong Jacob memujuk Bella membuang kandungan dia..... Namun Bella tetap berdegil walaupun terpaksa membahayakan diri demi anak yang dikandungnya itu....

Kawanan serigala yang diketuai oleh Sam sudah menghidu kehamilan Bella dan mengancam mahu menghapuskan Bella dan bayi tersebut... Mereka beranggapan seekor monster yang berbahaya akan lahir... Namun Jacob mempertahankan Bella dan secara tidak langsung berpaling tadah pada kawanan serigala kerana membantu melindungi Bella dikediaman Cullen... Turut membantu Jacob ialah Leah (yang ada hati pada Jacob) dan Seth serigala muda.....

Keadaan Bella semakin kritikal namun cadangan Jacob memberi bella minum darah membuahkan hasil apabila Bella semakin bertenaga sikit demi sikit..... Keadaan bertukar apabila Edward merasakan Bayi di dalam perut Bella bukanlah monster tapi campuran vampire manusia yang mempunyai hati yang baik seperti Bella.... Mereka akhirnya sepakat untuk memelihara kandungan Bella itu.... Bella juga memberikan nama bayinya Raneesmee iaitu gabungan nama ibu Jacob dan Edward.....

Kelahiran Raneesmee memang membunuh Bella kerana kesakitan yang teruk tidak terbendung lagi, tulang Bella patah namun Bella telah divampirekan oleh edward.....Dalam scene ini penonton seakan boleh rasakan kesakitan yang amat seperti yang Bella rasai.... Jacob yang sangat sedih atas kematian Bella ingin membunuh bayi comel itu..... Namun bila terpandang mata Raneesmee Jacob terpana lalu membatalkan niatnya.... Camtu la lebih kurang citer ni....

Apa yang best

1) permandangan hanimun yang amat cantik
2) teknik komputer yang berkesan untuk menukarkan wajah Bella yang kurus cengkung
3) Nilai kekeluargaan dalam family Cullen
4) scene perkahwinan yang memikat....
5) penukaran Bella menjadi vampire

Apa yang tak best

1) scene melahirkan baby dipotong, scene asmaradana pun banyak dipotong (aku dah 18sx yer)
2) serigala bercakap .... agak kelakar
3) Bella sedut darah nampak sangat menjijikkan


overall movie ini tidak menghampakan dan nantikan part 2 untuk kesinambungannya.... Sekarang movie ni still panas lagi kat panggung wayang boleh saksikan sendiri okey....

review: 4/5 star

Monte Carlo review

Selamat pagi korang.... harini nak review pasal cerita terbaru ni MONTE-CARLO... Alkisahnya niat dihati nak tgk transformer apakan daya tiket sold out..... walaupun midnite movie pun tetap sold out ... itulah penangan TRANSFORMERS 3 ...... Apepun cerita MONTE-CARLO ni pun tidak menghampakan sesuai ditonton semua lapisan masyarakat
Bintang utamanya Salena Gomes (ala yang couple dgn Justin Bieber tu)

Kisah bermula Grace (Salena) yang tamat pengajian mahu melancong ke city of love (Paris) bersama rakan baiknya Emma... Namun demi membaikpulih hubungan adik beradik tiri ibu bapa mereka mahu saudara tirinya (Meg) ikut bersama... Percutian mereka agak kelam-kabut... ditinggalkan bas pelancongan, bilik hotel yang teruk dan lebih teruk dan hubungan mereka bertiga semakin dingin.... Namun juga diselitkan babak2 lucu dan keindahan Paris amat mengagumkan (teringat zaman muda semasa aku melancong di sana)...... sehinggalah mereka bertemu seorang pewaris harta / jutawan yang seiras dengan Grace maka secara tidak sengaja sehinggalah Grace terjebak dalam menyamar sebagai Miss Scott...


Mereka menikmati kehidupan yang mewah dan menaiki penerbangan ke MONTE-CARLO bagi merealisasikan Majlis lelongan amal.... Keadaan jadi kelam-kabut bila rantai BVlgari (untuk lelongan) dikatakan hilang dan Miss SCOTT sebenar yang bongkak dan bengis itu muncul disaat majlis lelongan akan berlangsung......

Cerita ini juga memaparkan hubungan kekeluargaan antara Grace dan Meg yang semakin akrab serta Emma yang terkejut atas kehadiran kekasihnya Owen dari Texas untuk mencarinya.....
Jalan cerita MONTE-CARLO tersusun dan sinematografi yang sangat menarik... permandangan Paris dan MONTE-CARLO yang menawan dan ada sesuatu yang boleh dicontohi dalam filem ini yang juga diselitkan babak-babak cinta


Seronok bila jadi popular seketika hihihi..... apepun xrugi tonton movie ni .....