RSS

Monte Carlo review

Selamat pagi korang.... harini nak review pasal cerita terbaru ni MONTE-CARLO... Alkisahnya niat dihati nak tgk transformer apakan daya tiket sold out..... walaupun midnite movie pun tetap sold out ... itulah penangan TRANSFORMERS 3 ...... Apepun cerita MONTE-CARLO ni pun tidak menghampakan sesuai ditonton semua lapisan masyarakat
Bintang utamanya Salena Gomes (ala yang couple dgn Justin Bieber tu)

Kisah bermula Grace (Salena) yang tamat pengajian mahu melancong ke city of love (Paris) bersama rakan baiknya Emma... Namun demi membaikpulih hubungan adik beradik tiri ibu bapa mereka mahu saudara tirinya (Meg) ikut bersama... Percutian mereka agak kelam-kabut... ditinggalkan bas pelancongan, bilik hotel yang teruk dan lebih teruk dan hubungan mereka bertiga semakin dingin.... Namun juga diselitkan babak2 lucu dan keindahan Paris amat mengagumkan (teringat zaman muda semasa aku melancong di sana)...... sehinggalah mereka bertemu seorang pewaris harta / jutawan yang seiras dengan Grace maka secara tidak sengaja sehinggalah Grace terjebak dalam menyamar sebagai Miss Scott...


Mereka menikmati kehidupan yang mewah dan menaiki penerbangan ke MONTE-CARLO bagi merealisasikan Majlis lelongan amal.... Keadaan jadi kelam-kabut bila rantai BVlgari (untuk lelongan) dikatakan hilang dan Miss SCOTT sebenar yang bongkak dan bengis itu muncul disaat majlis lelongan akan berlangsung......

Cerita ini juga memaparkan hubungan kekeluargaan antara Grace dan Meg yang semakin akrab serta Emma yang terkejut atas kehadiran kekasihnya Owen dari Texas untuk mencarinya.....
Jalan cerita MONTE-CARLO tersusun dan sinematografi yang sangat menarik... permandangan Paris dan MONTE-CARLO yang menawan dan ada sesuatu yang boleh dicontohi dalam filem ini yang juga diselitkan babak-babak cinta


Seronok bila jadi popular seketika hihihi..... apepun xrugi tonton movie ni .....

0 comment: