RSS
Memaparkan catatan dengan label peribadi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label peribadi. Papar semua catatan

Hi.. intan here (introduction a new ME)

Assalamualaikum..

Dah kenapa Intan ni kuar post macam ni... Tetiba aje kan.... dah lama berblog tapi baru nk bagitau diri ini nama Intan... hahhaah kelakar..

Pernah tak antar kita terfikir yang kita dah lalui macam-macam dugaan dalam kehidupan... bertemu orang yang salah... membuat pilihan salah... membazir masa ke arah perkara yang salah... dan berharap suatu hari, kita bangun tidur seolah2 perkara-perkara itu adalah mimpi... hakikatnya tidak

kita cuba melupakan perkara-perkara sedih dan pahit itu... di sini apa yang penting adalah SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF... kita kena yakin ada insan lain yang sayangkan kita dan mahu melihat kita bangkit semula...

MARILAH BANGKIT BERSAMA-SAMA




Apa khabar semua

Assalamualaikum...

Lamanya tak berblog.... mula-mula memang rasa macam dah xmo berblog lagi tapi apakan daya nak blog jugak... Harini just nak update aktiviti baru... Kerja macam sama, tiada yang berbeza.. Intan gian nak bercuti ni... Jadi harap2 rajinlah Intan nak upload cerita cuti-cuti Malaysia ni nanti....

Perkembangan terbaru berat Intan makin naik.....sudah 89kg nampaknya tiada kemajuan dalam menguruskan badan ni... Tetapi Intan tengah usahakan untuk mendisplinkan diri minum air masak sebanyak-banyaknya dan menjalankan aktiviti fizikal....

Intan akan ceritakan kat sini.... pada yang sudi baca belog Intan yang tak seberapa ini...terima kasihlah kerana walaupun dah lama tak login belog ni tapi tgk nuffnang Intan meningkatlah jugak dari dulu.... Semoga kalian dapat manafaat dari entry-entry Intan ni la ye....

Oklah sampai di sini dulu.... Ini pic untuk harini.... untuk motivasi kalian juga ya...

tata


Bangkitlah sahabatku



Assalamualaikum...
terutama sekali Intan nak minta maaf kerana terlalu lama tak update blog... semuanya kerana Intan banyak planning untuk memajukan diri... Hari ini Intan terpanggil untuk menulis tentang sikap kita orang melayu sebab terlalu banyak isu sensitif yang dipaparkan dalam media massa dan arus politik yang tidak henti menyalahkan satu sama lain sedangkan kita semakin hilang nilai kemanusiaan...

Sahabatku, 
Sedar tak kita salah satu, penyebab tercetusnya rusuhan kaun pada 13 Mei 1969 adalah dari provokasi pihak pembangkang dalam kemenangan pilihanraya... tercetus perasaan yang berkecamuk kerana tidak tahan dengan perang psikologi yang akhirnya menjadi satu rusuhan yang tidak dapat dipadamkan dalam sejarah negara kita... Tetapi sekarang pihak kerajaan dan pihak pembangkang kerap memainkan isu itu tanpa disedari, kemungkinan pertumpahan darah boleh terjadi.... Intan bukan nak menakut-nakutkan mana-mana pihak tapi sekarang kita lihat lahirnya banyak pejuang-pejuang keyboard warrior yang bak kata orang 'campak batu , sorok tangan". elakkanlah mencaci orang lain kerana kita manusia seagama sebangsa... seharusnya menegur dengan cara berhemah sekiranya terjadi sesuatu hal dan kejadian... 

Sahabatku, 
Sedar tak kita bahawa pegangan equiti bumiputera kini adalah masih ditahap rendah.... Jangan salahkan british yang membahagi-bahagikan komposisi pekerjaan mengikut kaum di zaman jajahannya... Kita sudah merdeka 56 tahun, kita yang mentadbir kerajaan tapi kenapa kita masih tidak dapat memonopoli ekonomi kini.... adalah salah pemimpin atau kita sendiri leka walhal pelbagai bantuan telah disalurkan oleh kerajaan untuk tujuan itu... Bangkitlah sahabatku.... kita tidak boleh hanya berpuas hati di tahap ini saja.... tingkatkan usaha, intailah peluang-peluang yang baik dimasa hadapan.... rezeki yang Allah kurniakan terbentang luas.... hanya orang yang bertakwa dan berusaha sahaja yang mampu memilikinya... istilah 'tiada rezeki' seharusnya tiada dalam kamus hidup kita...

Sahabatku, perjuangan kita tidak terhenti disini, Intan tak mahu kita diperlekehkan dan ditipu... bukan kerana berlembut hati itu adalah sikap yang baik tetapi berani kerana benar dalam menegak kan sesuatu dan dalam mengecapi kemakmuran hidup kita kena sentiasa teguh dan bersatu untuk menjadi kuat.... Kuat dari segi ekonomi, spiritual, mental dan jati diri... janganlah lupa sahabatku...


Kurus dan Cantik

dear diary,
Hari ini Intan baru perasan.... kerja yang banyak serta keadaan rumah Intan yang belum siap sempurna dan keadaan perniagaan Intan yang masih pending membuatkan Intan rasa sangat down dan penat... selain itu, Intan mula perlu dalam kawalan kerana darah tinggi....Dalam masa yang sama Intan akui lebih kepada nilai-nilai negatif dalam hidup ini.... Agaknya tidak selesa duduk dalam rumah yang ada masanya perlu merempat mencari tempat tidur, baju-baju Intan yang asik hilang, barang-barang Intan yang kesana dan sini dan hilang.... Intan perlukan PRIVASI

Janganlah ditanya pasal rumah, renovation tersangkut gara-gara Intan nak hold duit untuk perniagaan Intan nanti.... Walaupun ada banyak kos sudah dikeluarkan tapi Intan memang tidak boleh concerntrate pada rumah sedangkan perniagaan Intan masih tahap susah nak dijelaskan dan terlalu banyak step dan procedure perlu dibuat... so selagi bisnes tak set up, Intan ignore pasal rumah dulu....

Bila hati kita mulai rasa down, ditambah dengan tekanan yang hebat dari setiap sudut maka... segala perkara yang kita lakukan dan ingin lakukan tergendala.... Inilah yang terjadi pada Intan, memang Intan pandai dalam planning tapi Intan sukar nak absorb stress so segalanya jadi huru-hara...

dalam masa itu juga, Intan sudah mulai lupa azam tahun 2012 Intan untuk kekal cantik dan lebih kurus, Intan langsung tidak mengawal selera,, tidak bersenam ataupun rajin membuat penjagaan kulit memakai make up dan kosmetik... sudah masuk 4 bulan Intan tidak mengunjungi pusat kecantikan untuk buat facial...huhuhuhu

Kalau disedari dari awal, Intan banyak bagi tips kecantikan dalam blog ni tapi sekarang sudah tiada lagi... Maka azam 2013 ni intan mahu fokus kepada kurus dan cantik di mana Intan nak ceritakan apa-apa yang Intan lakukan untuk mendapat kulit yang cantik dan badan yang kurus

Badan kurus ni bukan hanya untuk cantik tapi untuk sihat... Seperti yang dinasihatkan oleh doktor, Intan perlu mengawal pemakanan ketrana sudah ditahap obese...owh, tak sangka sekejap je Intan sudah di tahap itu, rasa dulu bari berat badan ni 55kg... Untuk ke BMI normal, Intan kena dapatkan berat 55kg

oklah, Intan tak mahu fikir pasal azam lagi tapi fokus pada cantik dan kurus...Intan sertaka gambar to prove yang Intan serius untuk mengubah kepada gambar yang lebih cantik dan kurus dari pic bawah ni... So Intan akan update selalu tentang fokus Intan ni....



Oklah diary, nanti Intan tuliskan lagi.... info diatas ialah 79kg iaitu memerlukan 24kg untuk capai ke angka yang ideal... chaiyok chaiyok

Bunga-bunga ku

Assalamualaikum... Korang pose tak... Intan dah lama tak update blog... seminggu sebelum puasa Intan tak sihat keluar masuk klinik dan hospital farmasi lagik... huhu seksanya... Lepas baik sikit... sakit lagi... dah macam kena sakit mingguan gitu..... Adik-adik Intan dah benggang, yelah kita xsihat nak buat keje pun tak larat so mereka lah kena gantikan Intan buat kerja... So diorang tarik muka masam je lah... Tapi harini alhamdullilah dah ok so Intan sambung entry sambungan entry yang lepas tentang bunga-bungaanku

Satu hari Intan terima panggilan telefon dari seorang penghantar bunga ditempat kerja....

Penghantar Bunga : Hello, saya mahu hantar bunga kat Cik Zulaiha dari En ___.. Sekarang cik dekat mana?
(Intan dah berkerut... aduhai kenapalah dia hantar bunga kat aku lagi ni??? tak suka bunga lah) 
Intan : Takpe lah awak hantar sini dekat office saya kat ________________ saya ada dekat sini.. 
Penghantar bunga : Cik, u tak ada dekat rumah ke?
Intan : Tak adalah, rumah saya tak siap lagi ni.... Takpe saya sign kat office je...
Penghantar Bunga : oklah...oklah... nanti i sampai

Dalam hati ingatkan terima jambangan bunga lah kan..... sebab si dia ni memang minat bunga.... berbeza dengan Intan yang tak minat bunga.... Sekali sampai amik kau dia hantar bukan dengan motor ataupun kereta...dengan 4 wheel drive lagi .... Maka terimalah Intan... Bunga yang lebih tahan lama kerana siap dengan pasu-pasu dan tanahnya.... tarrra



Terima kasih pada Encik ___ yang menghadiahkan Intan 2 pasu pokok daun keladi hiasan 4 pasu bunga kekwa kuning dan oren dan 2 pasu kecil bunga pink dan merah yang Intan sendiri tak tau bunga apa... Huhuhu.... Baguslah sekurang-kurangnya bunga ni takde lah mati seminggu kemudian... kalau mati pun lambat sikit kot.... tapi pasunya besar dan cantik.... Kalau bunga macam ni Intan boleh terima lah menunjukkan takdelah romantik sangat tapi Intan boleh terima...hihihi....


Disebabkan rumah tak siap reno lagi so Intan decide nak letak bunga ni kat office je...depan kedai..... Tak sangka lak ada customer sampai nak beli bunga Intan ni.... Ramai yang ingatkan bunga ni plastik.... padahal bunga hidup tau.... dan ada antaranya yang tanya Intan beli kat mana? berapa harga? .... Erm... tak dapat nak tolong , sebab ni orang bagi...bukan beli... Penjagaan bunga ni just kena rajin siram dan jangan kena matahari terik.... tu je.... Lama-lama cantik lah... Intan pun dah makin minat sikit demi sikit...nanti dah ada rumah berangan nak buat mini garden huhuhuhu.... Insyallah


Anniversary... anniversary ke?

Assalamualaikum

Harini entry versi iphone Intan nak cerita pasal anniversary Intan yang dgn someone special....

Sebenarnya xtau pun wujudnya anniversary ni tp dah org tu ckp camtu so iyekan aje... Tp first met tu kire anniversary ke??? Huhuhu Anywhere thanks to him for the flowersss..... Huhuhu i hate flowers....But deng deng deng... nnt Intan citer pasal bunga...

Sebenarnya ni 1st time intan dapat hadiah yg super pelik sempena konon2 nya anniversary ni... Nk citer mulanya 2 tahun lepas kami  bertemu di satu tempat dan 8 bulan lepas tu  kami mula rapat... atas sebab-sebab yang tertentu yang tak dapat diceritakan... So anniversary yang ke pertama kot kalo bebetulnya.... Eh entah lah...tak penah ingat and tak penah kira pun sebenarnya ni... rasanya kalo nak sambut anniversary tu time nikah je kan... time couple takde lah kot..... Mungkin dia nak amik hati Intan.... tu yang dapat bunga tu....

bunga ini hanya hiasan bukan intan punya tau

Pasal bunga ni pun Intan dah bagitau kat semua orang lah kot Intan tak suka bunga... Dari bagi Bunga baik baik coklat ke, ayam goreng ke, pizza ke macaroni and cheese ke.....Boleh buat kenyang ... Bukan apa, bila terima jambangan bunga... Memanglah bunga tu cantik, harum dan menarik tapi agak-agak berapa lama bunga tu bertahan.... So bila bunga tu layu Intan xsuka lah...tapi sampai bila bunga tu boleh hidup dalam jambangan tu kan.... Silap-silap haribulan bukan takat layu tapi yang lebih teruk berbau busuk.... nak keluarkan dari jambangan pun tak sampai hati..... Sekian cerita Intan tentang Bunga... Nnt kita sambung bab Bunga yang Intan terima ok




Jom beli Ikan..hehehe bukan kat pasar yek

Assalamualaikum....

Lamanya tak berblog... sebenarnya entry ni dah lama siap tapi tak dapat dipost kan atas sebab-sebab perlu diedit... Apapun Intan ucapkan Selamat Berpuasa buat semua pembaca-pembaca kat sini.....

Sebenarnya memang minat sangat nak pelihara ikan dalam akuarium di rumah..... Jadi Intan pergilah kat kedai pets shop ni untuk tengok ikan... Berminat dengan ikan kat atas... sebab warna merahnya sangat menyerlah... Harganya pun takde lah mahal sangat.... so boleh diconsiderkan berpatutan.... Sebenarnya Intan   sekali sekala pernah datang sini sebab minat tengok ikan tapi hari itu Intan perasan ikan semakin kurang... Bila ditanya barulah tau... Mereka sedang dalam proses nak pindah kedai... so separuh ikan-ikan dah dihantar kedai baru....


Apapun kedai ni masih nampak menarik.... selepas itu Intan nak cari akuarium yang besar dan selesa untuk ikan-ikan merah Intan tu nanti.... Pemilihan akuarium Intan lebih berminat ketinggian yang lebih kurang tinggi Intan... supaya tak de lah nak tengok ikan kene menunduk....


Harga akuarium beserta almarinya ini mencecah ribuan ringgit jugaklah tapi Intan stil nak nego lagik.... Memang nampak besar sangat tapi lama-lama nanti Ikan merah Intan akan ade kawan spesis lain..... Barulah menarik akuarium Intan nanti.... Apapun lepas rumah siap reno baru Intan mula angkut ikan-ikan ini beserta akuariumnya nanti.....

Tapi kalau tanya Intan, hasrat di hati nak cari akuarium yang macam picca atas ni tapi Intan sedia maklum tidak begitu sesuai dengan budget Intan... Maka simpankan saja hasrat ini mana tau akan datang ade rezeki boleh buat akuarium macam ni.... Yang ni namanya wall aquarium yek.... santekkan...

Renovation 2 : looking for nice & safety entrance

Hai semua,
Entry versi iphone harini nk cerita pasal pintu utama... Since rumah Intan pintunya jenis biasa-biasa aje so Intan decide nk cari pintu yang cantik, berkaca, tebal dan yang penting safe dari pencuri.... Intan tak suka pintu utama yang bergrill so ingat nak cari pintu dari kayu jati atau meranti yang tahan lasak.

Kunjungan Intan ke kedai membuat pintu menemukan macam- macam design pintu... Tebal, cantik dan dibuat dari kayu meranti yg teguh... Tapi harganya pun tebal jugak lah... Lebih-lebih lagi pintu utama rumah Intan tu sangat tinggi dan lebar sungguh pun hanya 2 daun pintu sahaja... So harga mesti mahal

So pintu tu nanti perlu direquest dan ditempah, sebab saiz pintu yang bukan standard.. Bila riki-riki harga termasuk semua sekali elemen pintu utama ni total sudah hampir RM4k... Erm... Xpela... Carik tempat lain yg lebih murah.... Atau masukkan dalam kos kurang penting...

Home Interview


Assalamualaikum...

Ha... harini Intan nak cerita pasal Home Interview... Bermaksud penemuduga datang ke rumah anda untuk menginterview anda dan masa yang sama melihat gaya hidup anda yang sebenar... Maksudnya benar-benar mahu mengetahui sikap dan kehidupan anda melalui gambaran tempat tinggal anda....

Ha...korang penah tak kene interview macam ni... Intan cerita sebab Intan pernah alami.... Untuk sebuah syarikat yang besar mereka mahu calon-calon yang terbaik sahaja menjaga aset dan menjualkan product mereka maka itu yang terbaik sahaja perlu dinilai... Jadi penilaian secara extreme diperlukan

waduh..., ini bukan bermaksud Intan terbaik hokey.... Ada lagi yang terbaik... Tapi kalau korang terpilih untuk sesi home interview  pastikan rumah korang bersih, kemas dan cantik....samada ruang tamu, dapur, bilik tidur, lepas tu Hidangkan makanan makanan dan minuman (tidak perlu berlebih-lebihan takut dicop mahu merasuah)... Pastikan sesi Interview itu nanti tiada gangguan seperti bunyi bising atau pun pencahayaan yang malap... Secara logiknya kita akan rasa lebih tenang bila diinterview di rumah sendiri kerana tempat kita kan.... 

Jadi interviewer ni akan menilai gaya hidup dan sikap kita dengan gambaran rumah kita.....Apa-apa pun keputusan untuk Intan belum keluar lagi.. Doakan yang terbaik okey

Daa

Renovation 1 : adeh crack pulak rumahku




Salam semua,
Ha... ni baru je Intan nak upload pic my new house tetiba pegi petang tadi terperasan ade crack pulak.... Sesaje je pergi tengok keadaan dan nak pantau untuk renovation.... So untuk itu Intan akan simpan RM10,000.00 tuk reno dan if ade lebih ade orang mau sponser... Dan perabot pun Intan akan save another RM10,00.00 sahaja selebihnya mintak sponse r jugek... owh memang rumah ni nak masuk perabot baru-baru saja.... Siapkan duit je la.....

Sebenarnya nak cerita pasal renovation process tapi tengok kat tingkap luar rumah ade crack... huhuhu ... Erm... Ni yang den tak berkenan.... tapi since tiada renovation di bahagian tersebut Intan boleh membuat komplen memandangkan waranty rumah adalah 2 tahun....



Tu dia untuk gambaran lebih jelas... Lokasi rumah ini adalah rahsia dan tiada gambar untuk menunjukkan designnya.... Insyallah dari semasa ke semasa Intan akan bagi tips dan penerangan untuk renovate rumah tanpa di tipu oleh kontraktor berjiwa tamak.... Serta cara nak save duit untuk mengubahsuai rumah korang

Ha, inilah form yang Intan nak kena isi untuk komplen nanti, seperti kata pemaju...mereka akan membaikputih bahagian rumah yang dikomplen nanti... yeay



if korang ade rumah yang crack jugak atau lantai yang jubinnya pecah jangan risau boleh buat komplen sekiranya masih dalam waranty dan bahagian itu belum direnovate lagi.... tapi kalau dah renovate tak boleh la yek.... 
Contohnya Intan nak besarkan kitchen dan nak cat baru, lepas renovate ada perasan dinding retak... Itu tidak boleh dikomplen sama pemaju kerana dinding dapur itu sudah diusik.... Macam tu la kekdahnya...

Oklah sampai sini dulu... nanti Intan cerita lagi proses reno ni....

Daa

Penjagaan kulit Siang Hari

Assalamualaikum....


Dok sibuk citer pasal produk kecantikkan Intan nak citer pasal Penjagaan kulit Intan yang lebih kompleks.... Hahaha... korang jangan fikir Intan nak mengedik pulak.... Tak gedik just nak share...sharing is caring kan... Tentang perawatan kulit memang Intan gunakan khidmat salon sebulan atau 2 bulan sekali bila kelapangan.... Sebenarnya bila buat facial kat luar ni, bukan setakat kulit rasa bersih tetapi juga dapat rehatkan minda dan menghilangkan stress kerana dilayan bak puteri..hikhik.... 


FACIAL FOAM
Tentang, facial foam ni, intan dah terangkan panjang lebar.... Tapi setakat ni loreal whitening memang setia dengan Intan.. tapi memandangkan umo dan nk masuk 3 series ni... Mungin Intan akan tukar kepada product loreal yang lebih sesuai....... atau pun brand lain... tunggu habis baru tukar kekdahnya. Harga biasanya RM 21.90 tapi Intan pernah beli dengan harga RM11.00 masa jualan gudang

TONER

Toner ni memang dah lama Intan pakai... Dulu zaman muda-mudi memang selalu skip sebab macam melecehkan tetapi bila ada kesedaran tentang penjagaan kulit baru la Intan titikberatkan... Seperti yang Intan cerita toner ni memang perlu diamalkan selepas mencuci muka... so kulit rasa terhidrat dan fresh selalu. Harga lebih kurang  RM23.00 dan Intan dapat harga RM15.00 semasa sale untuk 200ml


AMPOULSE



Ha.. ape tu ampoulse... AMPOULE ialah pati yang mengandungi ekstrak botani dan vitamin dalam pelbagai kombinasi dan tidak mempunyai bahan pengawet dan pewarna dan amat sesuai untuk memperbaiki masalah kulit... 

Ampoule ni sebenarnya  selalu digunakan semasa kita buat rawatan muka kat salon-salon lepas tu rasa kulit macam shining-shining gitu....itu kesan dari penggunaan ampoulse. Ini kerana hasilnya amat jelas dalam masa yang singkat.... Ampoulse ni ada macam-macam jenis mengikut kebaikan yang tersendiri....Macam Intan yang nak masuk 3 series ni... Intan gunakan ampoulse collagen yang ada kelebihan seperti re-hydrates  firm loose and sagging skin. sebagai formula Anti-ageing,moisturizing,dan elastin strengthener...kasi anjal gitu... Harganya biasa dalam RM3.50 sebotol 2ml....Owh korang jangan bandingkan harga salon...memang harga diorang harga mak datuk... Sebotol tu diorang boleh charge puluhan ringgit....  
Macam Intan yang selalu sibuk ni takdelah guna setiap hari gitu... Masa awal-awal guna sebotol setiap hari untuk 3 hari pertama...kemudian guna 4 hari ke seminggu sekali.... Kadang-kadang lupa, macam xsempat la nak menepek kat muka.... Macam satu botol tu kalau rasa banyak sangat boleh je simpan separuh dengan elok untuk keesokkan harinya tapi make sure jangan terdedah dengan kotoran bagai lah..... Ni kira bukan wajib lah...just additional kpd rutin penjagaan kulit di siang hari


LOREAL DOUBLE ESSENCE WHITE PERFECT


Ha... Ni pun tak wajib tapi Intan suka gak pump essence ni kat tangan.. Fungsinya tuk whitening la.. Yang best essence ni cepat absorb dan tak rasa berminyak langsung dan kulit pun semakin flawless gitu.... Hihihi... Seperti ada orang tak suka product yang berasaskan whitening sebab ada bahan yang bersifat menipiskan kulit atau bleaching.... tapi setakat ni Intan tidak punya masalah kerengsangan pada kulit so bermaksud sesuai dengan kulit sawo matangku..... Ha jangan nak cakap kenapa nak putih-putihkan kulit ni...., biasalah zaman dulu-dulu tak jaga kulit akibatnya kusam, gelap, sekarang dah kena jaga...at least untuk kepuasan diri dan Intan akan pastikan kosnya tidak mahal la.... Product ni harganya agak mahal dalam RM30.00 tapi Intan hanya beli bila ada jualan gudang so dapatlah harga RM 20.00




 MOSTURIZER


Ha... Jangan pulak korang gelak... Intan bukan peminat no 1 Siti Nurhaliza tapi Intan suka sangat mosturizer SimplySiti Dermagic.... Mulanya masa nak beli takde konfident langsung sebab tengoklah... produk Intan sume import punya ma.... tapi bila iklan dia cakap hilangkan stress dan membuatkan diri gembira...boleh cuba ni, dah le Intan ni selalu stress dengan kerja banyak, masalah itu masalah ini...hikhikhik....

So tekstur gel ni sangat sejuk dan mudah menyerap... Intan suka sangat tau.... Tapi yang tak bestnya mahal sangat lah...harga promosi pun Intan dapat RM50.00... Tak banyak sangat dalam sekejap pun dah habis.... Kalau ada promosi yang lagi murah boleh beli lagi... Apapun Dermagic ni best, hilang stress?? Benda ni subjektif so terpulang la.... pendapat masing-masing....

UV PROTECTOR
oklah...last sekali uv protector atau sunscreen.... Intan pakai brand cinelle sebab... dipromote oleh promoter kat watson masa nak beli dermagic... SPF 28 memang tak tinggi sebab seperti kata beauty consultant yang Intan pegi tu kalu kita kerja ofis dan buat aktiviti yang tidak extreme tak perlu kandung SPF yang tinggi , Lainlah kalau buat kerja lapangan ke, pergi site, buat kerja ladang memang sunscreen yang lebih tinggi kandungan SPF diperlukan... Selain dari itu walaupun kita tidak mengadap matahari seperti duduk ofis je kita masih perlu pakai sunscreen kerana sinar UV yang memudaratkan ni juga ada pada lampu tempat kita bekerja... So hari-hari kena pakai ok.... 
Produk Cinelle ni ok... tesktur nya lembut mudah menyerap dan bau pun menyenangkan dan tidak berminyak.... Intan suka cuma macam biasa harganya tak begitu murah... Untuk tiub 50ml harganya lbh kurang RM60.00... Tapi yang bestnya kadang-kadang Intan skip mosturizer pun boleh sbb tekstur nya pun macam mosturizer jugak...

Ha.. Panjang lebar pulak cara penjagaan kulit Intan yang tak berapa nak jelita ni.... Tapi ni cuma rutin Intan la... lain orang lain caranya... Macam Intan tak berapa suka nak bermake-up so kena jaga kulit dengan baik lah... Supaya cela-cela tu takde la nampak sangat.....   

Happy Birthday to Me


Assalamualaikum...


Baru-baru ini, adalah hari jadi Intan yang ke 24.... Isk apsal ada yang sengih tu, korang jeles kan... Apa hadiah harijadi paling bermakna dalam hidup Intan??... Erm... tak ingat pulak... Alhamdullilah kawan-kawan ada yang wish kat fesbuk walaupun Intan takde reminder kat fesbuk tu tapi kawan-kawan still ingat.... Yang penting ikhlas.... Kalau kwn-kawan xingat pun takpe.... biaselah, kita bukan muda lagi nak berbesday bagai.... Sambut birthday? rasanya tak pernah... setakat beli kek makan ramai-ramai adelah... makan bersama famili tapi buat macam kenduri ke party ke tak pernah la pulak

Pernah jugak sekali masa birthday Intan yang lepas-lepas, ada surprise kek tuk Intan... Masa tu nak surprise tak jadi sbb dari luar rumah Intan dah nampak api lilin kek, yelah rumah masa tu gelap gelita...sunyi sepi Intan lak balik kerja lewat malam.... tapi seronoklah masa tu.... 

Kenangan birthday yang tak dapat Intan lupa masa Intan sambut birthday tahun pertama di kolej Mutiara, Wing Kiambang... kami warga junior masa tu sudah tahu tentang tradisi menyimbah air busuk kepada birthday girl dan Intan sedia maklum senior dah standby 2 baldi air busuk tuk simbah kat Intan so.... Intan decide taknak masuk toilet aka wing masa tu... so Intan dari lepas magrib sampai la nak masuk tengah malam dok study kat ground floor kolej..... Taknak kena simbah punya pasal....

Kemudian ... agaknya senior ni dah bosan tunggu Intan lama sangat, sorang tali barut mereka setahun senior dari Intan  turun jumpa dan bgtau Intan suruh naik solat dulu sebab senior2 ni berkumpul di satu bilik tengah makan meggi beramai-ramai.... Ntah macamana Intan termakan kata-kata itu dan merasakan itu masa yang sesuai tuk naik bilik dengan berlarinya Intan masuk toilet dan angkat wudhuk tanpa disedari mereka sudah stanby di dalam toilet beramai-ramai.... dapat simbah sikit terus Intan berlari masuk shower room... Apa lagi dari atas shower tu Intan dimandikan...Tengah malam tu Intan bermandikan air busuk yang maha busuk yang tak dapat dibayangkan.... huhuhu..  Ntah apa la diorang letak dalam baldi ni... sisa-sisa meggi la, serbuk milo, nescafe, air basuh kaki, air bilasan baju, nila baju...... Ya rabbi busuknya..... sampai kena mandi 3 kali sebab tak hilang bau busuk....tambah perfume, sembur-sembur kat badan ni... sume masih berbau busuk

Kemudian Intan kenalah bersihkan toilet yang bersepah dan buang saki baki air busuk tu.... Nasib baik kengkawan ada tolong Intan sama.... Teruk kan senior tu... Masa Intan jadi senior xpernah buat junior macam tu.... Yang lebih memeritkan mastermind nya adalah roomate Intan sendiri.... huhuhu....
Apa-apapun ini kenangan zaman universiti yang tak dapat Intan lupakan kerana Intan sambut birthday dengan cara yang berbeza.....

oklah.... pada kwn-kwn thanks 4 the wishes... Intan xperlukan apa-apa hadiah... Ingatan korang sudah cukup bermakna...... Lot of love



Intan nak berOnline bisness pulak


Assalamualaikum.... Lamanya tak berblog... Entry Gold Coast pun ade lagi 2 chapter Intan dah letih nak mengarang lagi.. huhu Camna nak jadi blogger la agaknya kan... Tengok blog lain meriah ceria sentiasa update blog mereka.... Intan ni nak dapatkan trafik payahnya.... 

 Sebenarnya antara faktor yang membuatkan Intan malas nak berblog adalah kerana Intan tidak mempunyai laptop persendirian.... Oh dulu memang ada tapi asik kena pau dengan adik-adik jadinya... Sekarang hanya ada iphone persendirian (itupun mahu dipau oleh adik jugak)... Apalah nasib.... kalau tak mo bagi nanti diungkit....oh lupa laptop pertama Intan yang dibeli di PC fair beberapa tahun yang lepas ... konon-kononnya mahu dijual kepada adik tapi yelah bila bertahun-tahun belum dibayar lagi maksudnya dah kira diberilah kan... Takpelah, memang kesal jugak tapi bila fikir untuk adik-adik pejamkan mata dalam hati harap-harap si adik-adik ni ingatlah kat si kakak yang banyak berkorban ni..... bukan asik nak pau duit si kakak aje kekdahnya yer...

Faktor yang kedua.... Mak ayah Intan sudah tau Intan ade blog.... Aduh masak aku.. hehehe maaf mak ayah... im here okey je... so xbolehlah nak masukkan isu sensitif kat dalam blog ni.... Masalah-masalah negara, masalah-masalah politik, masalah-masalah kerja, masalah-masalah personal semua dibann sama sekali... nanti kejap lagi mak ayah Intan akan tanya kenapa, mengapa, siapa... huhuhu jenuh makcik nak jawab..... 


Yang ketiga.... Intan nak stabilkan dulu online bisnes Intan ni.... Erm... memang banyak nak buat... nak create blog tuk bisness ni tak larat lagi ni.... so ape-apa Intan create facebook page tuk Pearlily Boutique as my Online Boutique... Tapi still under construction... Korang like lah yek.... Intan ada mystery gift tuk follower Intann yang bertuah nanti.... Oh Boutique ni usahasama Intan dengan best friend Intan Wawa.... Sebab tu dinamakan Pearl (Mutiara = Kolej kami masa di Uitm) dan Lily (Water Lily @ Kiambang = Wing kami masa di Uitm Segamat dulu ).. Disinilah kami mula-mula bertemu 11 tahun dahulu dalam bilik air....... Oklah masa itu Intan kategorikan wawa ni  si anak manja aka anak orang kaya.....sebab first impression lah...mana taknya first time jumpa dia merungut basuh kain .. katanya kat rumah dia, maid yang buatkan semua ...huhuhu... Tapi akhirnya kami jadi best friend forever.. 

Haip panjang pulak entry ni.... Nak citer pasal online bisner tercerita pasal kenapa tak update blog... Tapi apa yang penting, Intan akan updatekan jugak blog ini dari semasa ke semasa.... 


PDB Pra-Selection Program


Assalamualaikum....
Intan ni baru balik dari Kursus pra-selection Program untuk jadi usahawan minyak... Alhamdullilah semuanya ok dan rasa happy sangat dah berakhir program ni... Dianjurkan dekat Pusat latihan PDB dan tempat tu sangat selesa sangat... Makanan pun boleh buat kita gemuk hehehe... sedap la katakan....
Sebenarnya intipati program itu adalah rahsia dan jadual pun tidak diberikan dan apa yang intan boleh katakan menguji persiapan diri kita secara mentally... so perahlah otak sehabisnya.... pada yang biasa dengan dunia perniagaan rasanya tak memberikan masalah besar sangat.....Barisan panel pun ok.... memang banyak memberi idea dan pendorong untuk kita lebih maju.

Doakan intan lulus ke stage yang berikutnya... Kenangan intan kat sana memang banyak dan seronok dapat jumpa kenalan baru dari sarawak, utara dan pantai timur...
Ok... sampai sini dulu

Hari yang ntah hape-hape



Ok aku memang selalu terlupa dan harini paling ntah hape2.....firstly, da lambat buat payment kt bank sebab kerja yg melambak pastu bergegas petang tu tp bank pun tutup.... Nk bayar cash duit xde dah terbank-in pagi td atas urusan lain.... Terpaksa bukak cek tp pen xde nk tulis n autograph, mintak kat safe guard pun dia xde pen...hangin aku, hanya sebab tak ada pen penat aje aku g bank.... Smlm waktu mlm pun pegi bank yg sama bwk cash tp mesin sume out of service.... Tensen makcik

Lepas tu nk ke bank B nk bank in cheque.... Sesampai je cek tertinggal kat opis.... Balik opis balik, tergerak tuk call Health Care Centre for my appoinmnt.... Seriusly aku lupe bile appoinmnt treatmnt aku....semalam diorg call aku xangkat sbb busy layan customer... That girl dari centre tu ckp pukul 5.30 ptg hari ini juga appoinment aku n suruh aku dtg sbb last appoimmnt aku xdpt dtg.... Bergegas aku kelamkabut nk ke sana sbb masa tu sudah pukul 5.15ptg... Sampai je sana aku check dan tgk fail aku xde, rupenya diorg dah salah nama.... Zulaiha and zuraida dgr lebih kurang je..... Aku balik semula dgn perasaan hampa....

So, kelamkabut aku ke sana ke sini... Last2 aku sedar urusan aku petang ni sume tak dpt diselesaikan....Moral of the stori.... Bwk2 la bertenang....


Afiqahku sayang....

Assalamualaikum...
Entry harini tentang my beloved sister Afiqah....
Suatu hari afiqah ditinggalkan keseorangan di rumah kerana kakak dan abangnya serta ayahnya bekerja dan ibunya ke majlis khatam al-quran tidak jauh dari rumah mereka..... sedang ibunya berada dimajlis itu tiba-tiba bekalan elektrik terputus.... ibu merasa sangat risaukan afiqah yang sendirian dirumah kerana rumah kami juga akan terputus bekalan elektriknya.... Almaklumlah, afiqah anak yang istimewa..... nak ditinggalkan majlis agak kurang manis kerana giliran ibu membaca al-quran belum tiba lagi....

Risau juga kalau-kalau afiqah keluar rumah mencari ibu dimana-mana saja, dan risau juga andai afiqah menjerit keseorangan dirumah akibat ketakutan walaupun bekalan elektrik terputus di waktu siang hari.... risau juga andai rumah dimasuki pencuri dikala itu....namun apa yang memeranjatkan ibu lagi.... satu panggilan telefon diterima dari rumah ke telefon bimbit ibu.... Siapa pula yang telefon... bila diangkat satu suara kedengaran "mak, elektrik rosak"... Alhamdullilah Lega hati ibu.... afiqah sebenarnya mampu membuat panggilan telefon itu dan yang menariknya dia sebenarnya menghafal no telefon bimbit ibu..... Inilah adik ku yang aku sayangi.....ibu meminta afiqah duduk diam-diam di rumah sampai ibu pulang....

Sekian inilah ceritaku tentang adikku yang istimewa ini.....


Membebel kosong...

Lamanya tak berblog.... Skrg ni terlalu banyak kerja lepas tu, banyak perkara yang jadi......



Bermula cramp kaki maka hampir sebulan tidak ke gym... Diikuti kecederaan MABEL yang tetiba perlu ditukar itu ini, keluar duit lagi... Agaknya MABEL jeles tengok aku dok survey2 n test drive BMW 3series.... Bukan nak beli pun sesaje je.... Tapi tensen jugak dgn tokey kedai kete tu..... Ade ke dia ckp org jual sayur kat pasar pun pakai camry.... Apa kelas camry, erm... Mak aku pakai camry la sengal.... Nak kutuk camry pun berpada2 la... At least camry, ada value dari BMW yang jatuh value saban tahun....

Cerita seterusnya pasal beauty.... Oklah, aku g beauty workshop kat hotel sri costa Melaka... Niat sesaje je, sbb yang over excited staff aku.... Sejak tu, aku pulak terkena balik. Dia asik sound aku balik kalo aku tak bermake up ke office..... Aku bukan xsuka make up... Cuma nak kelihatan cantik tanpa make up macam maya karin dalam iklan inner shine tu....
..


Samalah macam aku, cinta bukan lagi keutamaan..... Kerja dan hidup, amal ibadat tu lebih penting... Mungkin bagi orang.... Aku tak rasa nikmat dunia..... Memang pun sebab dalam umur macam aku... Aku sepatutnya sudah memandu SLK350 2 pintu kat Australia, dah ada apartment kat new york city ataupun aku dah menjadi icon kepada remaja2 atas komitmen aku dalam perniagaan tapi aku dah buang masa yang sangat banyak pada cinta..... Benda paling tak berbaloi dalam hidup... Biarlah nak cakap apa, Aku xsuka pandang ke belakang lagi... Insyallah aku akan kejar balik semua tu..... Cita- cita aku sebelum umur 40an aku akan mempunyai perniagaan yang berkembang hingga ke luar negara.... Boleh ke yek..... Erm insyallah, kena yakin kan.....

Amin

Hadiah yang tak disangka-sangka

Assalamualaikum...

Pernah tak korang dapat hadiah yang tak disangka-sangka... seperti cabutan bertuah..... korang rasa mungkin 1 dalam seribu boleh dapat tapi akhirnya berpihak pada korang jugak.... So Intan nak cerita tentang satu hadiah yang best sangat yang intan dapat iaitu LCD Sharp 32 " dari Majlis Makan Malam Petronas tahun lepas.....

Cantik tak tv Intan.... Besar tu... Alhamdullilah la ada rezeki... Sebelum ni pernah jugak menang cabutan bertuah adalah dalam 3 kali tapi setakat hamper barang-barang makanan saja.... Yang no 3 tu, pemenang ketiga maksudnya pemenang tv lcd ade 5 orang so nama Intan dipanggil  yang ketiga....

Walaubagaimanapun tv lcd intan ni bukan buat apa pun ... jadi tv my adik tersayang kat dalam bilik dia ... terpaksalah Intan bawak masuk astro tuk adik tengok cartooooonss.... Yelah, Intan ni mana ada masa nak tengok tv.... Rezeki kau la adik....

Pic bawah ni kenangan dapat hadiah cabutan bertuah......Owh yang baju macam rainbow tu Dee (Sitkom Jangan Ketawa) yang berlakon maknyah... biasalah pengacara serba boleh la katakan

oklah, nanti kita sambung lagi