RSS
Memaparkan catatan dengan label blog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label blog. Papar semua catatan

Apa khabar semua

Assalamualaikum...

Lamanya tak berblog.... mula-mula memang rasa macam dah xmo berblog lagi tapi apakan daya nak blog jugak... Harini just nak update aktiviti baru... Kerja macam sama, tiada yang berbeza.. Intan gian nak bercuti ni... Jadi harap2 rajinlah Intan nak upload cerita cuti-cuti Malaysia ni nanti....

Perkembangan terbaru berat Intan makin naik.....sudah 89kg nampaknya tiada kemajuan dalam menguruskan badan ni... Tetapi Intan tengah usahakan untuk mendisplinkan diri minum air masak sebanyak-banyaknya dan menjalankan aktiviti fizikal....

Intan akan ceritakan kat sini.... pada yang sudi baca belog Intan yang tak seberapa ini...terima kasihlah kerana walaupun dah lama tak login belog ni tapi tgk nuffnang Intan meningkatlah jugak dari dulu.... Semoga kalian dapat manafaat dari entry-entry Intan ni la ye....

Oklah sampai di sini dulu.... Ini pic untuk harini.... untuk motivasi kalian juga ya...

tata


Intan nak berOnline bisness pulak


Assalamualaikum.... Lamanya tak berblog... Entry Gold Coast pun ade lagi 2 chapter Intan dah letih nak mengarang lagi.. huhu Camna nak jadi blogger la agaknya kan... Tengok blog lain meriah ceria sentiasa update blog mereka.... Intan ni nak dapatkan trafik payahnya.... 

 Sebenarnya antara faktor yang membuatkan Intan malas nak berblog adalah kerana Intan tidak mempunyai laptop persendirian.... Oh dulu memang ada tapi asik kena pau dengan adik-adik jadinya... Sekarang hanya ada iphone persendirian (itupun mahu dipau oleh adik jugak)... Apalah nasib.... kalau tak mo bagi nanti diungkit....oh lupa laptop pertama Intan yang dibeli di PC fair beberapa tahun yang lepas ... konon-kononnya mahu dijual kepada adik tapi yelah bila bertahun-tahun belum dibayar lagi maksudnya dah kira diberilah kan... Takpelah, memang kesal jugak tapi bila fikir untuk adik-adik pejamkan mata dalam hati harap-harap si adik-adik ni ingatlah kat si kakak yang banyak berkorban ni..... bukan asik nak pau duit si kakak aje kekdahnya yer...

Faktor yang kedua.... Mak ayah Intan sudah tau Intan ade blog.... Aduh masak aku.. hehehe maaf mak ayah... im here okey je... so xbolehlah nak masukkan isu sensitif kat dalam blog ni.... Masalah-masalah negara, masalah-masalah politik, masalah-masalah kerja, masalah-masalah personal semua dibann sama sekali... nanti kejap lagi mak ayah Intan akan tanya kenapa, mengapa, siapa... huhuhu jenuh makcik nak jawab..... 


Yang ketiga.... Intan nak stabilkan dulu online bisnes Intan ni.... Erm... memang banyak nak buat... nak create blog tuk bisness ni tak larat lagi ni.... so ape-apa Intan create facebook page tuk Pearlily Boutique as my Online Boutique... Tapi still under construction... Korang like lah yek.... Intan ada mystery gift tuk follower Intann yang bertuah nanti.... Oh Boutique ni usahasama Intan dengan best friend Intan Wawa.... Sebab tu dinamakan Pearl (Mutiara = Kolej kami masa di Uitm) dan Lily (Water Lily @ Kiambang = Wing kami masa di Uitm Segamat dulu ).. Disinilah kami mula-mula bertemu 11 tahun dahulu dalam bilik air....... Oklah masa itu Intan kategorikan wawa ni  si anak manja aka anak orang kaya.....sebab first impression lah...mana taknya first time jumpa dia merungut basuh kain .. katanya kat rumah dia, maid yang buatkan semua ...huhuhu... Tapi akhirnya kami jadi best friend forever.. 

Haip panjang pulak entry ni.... Nak citer pasal online bisner tercerita pasal kenapa tak update blog... Tapi apa yang penting, Intan akan updatekan jugak blog ini dari semasa ke semasa.... 


Link Blog to Twitter and Facebook


Assalamualaikum...
Entry pendek hari ini....
Kerja bodoh aku yang serba terluang ini ialah menglinkkan blog ke facebook dan twitter dan melinkkan twitter ke fesbook.... sebab sekarang aku xrajin bukak facebook tapi nak update jugak walaupon malas... camne tu??

Intan ade akaun twitter ke? macam pelik... Sape yang follow??? Hihihi aku xtau sangat pasal mende ni tapi aku sesajer je.... sape yg follow pun aku xkenal macam aku cakap tadi aku sesaje je..... So inilah yang aku buat.... Untuk pengetahuan semua entry ini ditulis untuk mengetest je bukan saje sangat nak bagi info.....jahat kan aku.... kalo nak info carik kat goggle berlambak orang bagi tutorial.....
Kalo tanya aku aku bagi guideline simple sesangat la.... macam ni je

1) Bukak akaun facebook dan twitter tapi jangan signout
2) klik sini twitterfeed.com
3) Buat akaun... kalo takmo klik openid je so korg pilih lah akaun korang nak gmail ke, yahoo ke, blogger ke pilih la ...xkisah
4) ikut step tapi yang penting masukkan blog korang tu macam ni http://namablog korang.blogspot.com /feeds/posts/default

cthnya
http://intanzulaiha.blogspot.com /feeds/posts/default

5) lepas tu verify akaun twitter korang dan facebook jugak
6) DONE... korang dapatlah dashborad twitterfeed macam pic atas ni

Masalah aku mula-mula ialah camne nak verifykan twitter dan facebook kat dalam twitter feed ni..... Cara mengatasinya masalah aku tadi tu ialah dengan mengklik twitter, klik no 2 (authenticate twitter).... so computer akan carik account korang (sebab tadi aku xkasi korg signout kan)... lepas tu korang klik twitter yang atas tu no 1... ada nama korang kat bawah twitter account so klik nama korang tu pastu baru klik create service.... pastu dia akan pegi yang sebelum nya... pastu buat facebook pulak.... yang ni same je.....

Oklah yang lagi satu tutorial menglinkkan twitter ke facebook satu aku citer di entry kemudian

Oklah selamat mencuba....

Thanksss apple thankss google



Salam sume.... Akhirnya google menyediakan iphone apps tuk blogger. Omg aku amat la gumbira dan mmg dah lama menantikan application ini. Lebih membestkan suasana ianya adalah FREE.. hehe. Thanks to blogspot, google and apple




Fungsi blog dan cara menarik trafik


Kalo nak cerita pasal blogging... Aku rasa saja suka-suka... orang letak nuffnang aku pun nak letak... Fungsi utama tu aku xde la nak heran sangat yelah blog pun hidup segan mati tak mahu walaupun dah agak lama aku berblog... Kadang-kadang aku terfikir gak... best ke orang baca blog kita...yelah kite bukan Kate William yang org dok dahagakan cerita, tunggu aku jadi wakil rakyat la kot org masuk blog aku menghentam habis-habisan..huhuhu..... aku pun jenis xrajin promote blog ni kat mana-mana.... nk update entry pun sekali seminggu macamana nak naikkan trafik...... ada orang memang blog menjana pendapatan dia..... macam kerja yang serius je kan...

Apepun aku nak bagi tip untuk naikkan trafik yang aku ade terbaca

  1. Search engine - kadang-kadang orang mencari maklumat tentang sesuatu dan search engine lah yang diorg tanyakan dulu... kalo korang ade maklumat tu mereka aku jumpe blog korang
  2. Comment blog - korang komen kat blog orang lain terutama blog yang fofular pastu letak url blog korang nescaya blog korang pun akan disinggah paling kurang owner blog yang korang singgah tu... (aku amat jarang gunakan pendekatan itu sebab belum ade masa, insyallah akan datang)
  3. Update selalu - orang suka blog yang rajin update..... (bukan mcm blog aku ni...insyallah akan mengusahakannya)
  4. Join forum - korang letaklah url blog korang kat sinature dan bukak thread best pastu korang juga reply dalam forum tu... kadang-kadang cara penulisan kita buat orang tergerak nak mengenali kita jesteru terbuka lah blog korang tu ( aku lom buat lagi ahaksss)
  5. promote dlm laman sosial korang- yang ni ade... (sila check fesbuk aku yek... tapi memang diakui aku semakin bosan menggunakan fesbuk... huhuhu dah rasa tua kot)
  6. Letak signature email - Korang banyak gunakan email sebagai perantara leh masukkan url blog korang kat email... kdg2 orang bosan-bosan leh jenguk blog korang (aku xbuat lagi kot)

harapnya aku pun leh lah punya masa menggunakan teknik itu untuk menaikkan blog yang hidup segan mati tak mau ni... ahakssss korang pun leh try gak panduan yang tak seberapa ni



Komputer dan Blog

Sebagai seseorang yang agak kaku dalam bidang komputer dan kejadah ini semua aku tertanya-tanya macamana blogger2 ni punya blog yang hebat2.. Disebabkan aku sendiri tak tahu dan tak penah belajar mengenai semua itu jadi aku biarkan sahaja persoalan itu berlalu. Kerancakan entry berbaur motivasi dan intipati yang berpengetahuan menjadikan aku berminat membaca tapi seperti yang dimaklumkan entri berbentuk sisipan komputer seperti rss atau plugin atau widget2 (mintak maaf tak faham den) dan aku sndri tak tau ape kah benda semua tu... Seolah2 ada kesatuan dalam bidang penulisan blog di alam maya.. Kagum gak aku tapi itulah yang terjadi dan aku akan terus membaca selagi memberi minat
Sebagai seorang manusia yang hidup dalam dunia aku sendiri tak salah aku keluar dari tempurung ni.. Melihat cara manusia mengekspressi emosi dan pemikiran dalam penulisan. Kadang-kala rasa ketinggalan zaman bila mendapati aku seakan ditakuk lama bila berblog.. Aku ada idea tapi belum mampu nak menginterpretasikannya.. Ya, aku jauh ketinggalan. Tapi tak salah aku menjadi diri sendiri.
Kalaulah aku diberi peluang mempelajari semua tu alangkah bagusnya.. Mempelajari sesuatu yang bukan bidang aku sendiri dan sesuatu yang memberi kepuasan sesuatu yang aku impikan. Tapi mungkin benda ni pun tak perlu dipelajari hanya jika aku pandai explore.. tapi aku tak tau betul ke tak. Yang aku tahu aku sendiri langsung tak tahu menahu pasal semua ni. Dan nak explore ape pun aku sendiri tak tahu. Ini lah dikatakan buta teknologi. Mungkin dulu aku berada di zaman kegelapan di mana segala2nya adalah tidak penting.

Kenapa berblogg...

Aku sendiri pun tak tau kenapa nak berblog tapi apa yang aku tau. Fenomena blogging ni menjadikan aku rajin membaca. Satu-satunya hobi yang aku tak penah suka sejak zaman sekolah lagi. Kalau aku membaca buku-buku ms belajar dulu tu mesti dalam keadaan terpaksa dan tak mungkin la dari kulit ke kulit. Kadang-kadang excited tgk orang baca novel2 cinta (zaman diploma dulu la) aku naktau jugak cite pasal novel tu.. Last2 aku suruh kawan yang baca tu cerita balik kat aku, betapa pemalasnya aku nak membaca. Lagipun entri2 dlm blog tak lah panjang lebar yang memakan masa 2 ke 3 hari habis membaca..

Suratkhabar memang liputan media yang baik dan bagus untuk sesi pembacaan. Walaupun aku boleh baca macam2 jenis suratkhabar di sini tanpa mengeluarkan sesen pun tapi aku hanya selak dan selak dan selak tuk tengok promosi menarik atau iklan sales sahaja.. Kolot betul aku rasakan. Tapi kalau nak tau berita dan isu semasa aku boleh dengar perbincangan staff2 aku yang terlalu obses tentang isu terkini. Bagus diorang ni tak macam aku.

Berbalik pada soalan di atas kenapa berblog dan kenapa semua orang ade blog sendiri. Aku taktau... cara orang meluahkan ekspresi sendiri macam aku yang tak tau cara menghilangkan kebosanan aku tulis blog. Orang baca ke tak baca ke tu lain cerita janji aku rasa puas hati.

Harapan aku agar blog ini dapat mengubah diri aku lebih membaca untuk memperluaskan ilmu dan mendalami sesebuah pengetahuan. mungkin cara mudah aku memberanikan diri mengutarakan pendapat aku mengenai isu2 yang berbangkit dan panas kerana proses pembelajaran tidak terhenti di sini.