RSS

10 Jenis Makanan Pembakar Lemak (bahagian 2)

Assalamualaikum...
Hai darlinggss... Intan nak sambung lagi 5 jenis makanan pembakar lemak... Kan entry sebelum ni ada 5 je.. Alkisah Intan dah ngantuk sangat nak abiskan entry so kita pergi kepada 5 lagi jenis makanan.... Harapan Intan agar dapat memberi panduan kat sesiapa yang tersesat kat blog Intan yang tak seadanya ini... Bunyi sadis je... oklah kita sambung

6) OAT




  • Oat ni memang dikenali sebagai bijirin yang berkhasiat. ini kerana ia penuh dengat serat larut yang akan memberi tenaga serta membersihkan lemak yang tersembunyi dalam sistem penghadaman kita serta kolesterol yang menyekat salur darah dalam tubuh kita. Kalau tak suka dengan rasa oat yang ada kadang-kadang agak memualkan boleh juga dicampur dengan buah-buahan dan madu tapi jangan campur pemanis berbentuk gula ya

7) GANDUM PENUH



  • Roti gandum penuh, pasta dan beras mengandungi serat yang berkhasiat untuk sistem penghadaman kita. Bahan-bahan ini memperlahankan pembakaran tenaga dalam badan. Namun elakkan roti putih, beras putih yang mengandungi gula yang bukan saja mempercepatkan pembakaran tenaga malah menggalakkan penyimpanan lemak

8) KEKACANG 


  • Kacang tinggi dengan protein, tiada lemak dan penuh serat. Ia dikategorikan  makanan pembakaran lemak yang ideal. Kacang yang bagus adalah seperti kacang merah, kacang peas dan gajus
9)  BROKOLI


  • Brokoli mempunyai kalori, tiada lemak, banyak vitamin-vitamin dan ada membuktikan mampu melawan kanser. Brokoli membakar lemak dengan membekalkan nutrien dalam tubuh dan seratnya boleh membakar lemak dengan baik.
10)  BUAH BERI


  • Yang terakhir ialah Buah Beri. Buah beri ni amat baik untuk tubuh kita, gula yang terkandung dalam beri ialah fruktosa yang diproses oleh badan dengan banyak dan efisien berbanding sukrosa dan gula putih. Serat dalam buah beri membekalkan nutrisi dan sementara itu menyekat penyerapan lemak. Buah beri yang terbaik adalah seperi beri biru, rasberri, beri hitam dan strawberri

Itulah saja 10 jenis makanan pembakar lemak terbaik. Dan boleh cuba dan buktikan hasilnya. Credit diberi untuk www.lifestrong.com

Sekarang Intan nak tidur...




0 comment: