RSS

OSBON the champion


Salam....
Korang mesti dah tau keputusan MAHARAJA LAWAK MEGA AKHIR malam tadi kan... Aku tetap nak hupdate walaupun da suam-suam sikit la.... Pada mulanya saingan OSBON dan BOBOI memang sengit... Mana taknya sama-sama lawak...sama terhibur OSBON lebih kepada jenaka klasik dan biase tetapi BOBOI lebih up to date... Tapi bila kite sebut OTAI pastinya OSBON lebih otai.... Kemenangan ini amat bermakna buat mereka berdua selain membawa pulang wang tunai RM350,000.00 serta trofi mereka juga membawa karier mereka pergi lebih jauh.....

Siapa sangka OS dan ABON akan ke kaca tv semula setelah agak sunyi dari dunia seni.... Semoga kemenangan ini menjadi pemangkin bukan untuk mereka saja tapi pelawak-pelawak yang ada kat Malaysia ni.... Persembahan bersahaja dan lawak jenaka yang mencuit hati menjadikan juri dan rakyat Malaysia memilih OSBON sebagai pemenang...... (semasa nama pemenang dipanggil Mr OS nampak sangat terkesima macam terkejut pun ade yelah zaman mereka dulu mana ada pertandingan lawak2 ni)... Bagi Abon pula yang aku klasifikasikan memberi kredit yang lebih pada OSBON, dia memang lucu setiap baris kata-kata abon akan menggeletek hati penonton....

BOBOI pula tidak kurang hebatnya tapi mungkin rezeki tidak berpihak kepada mereka.... Membawa pulang RM250,000.00 serta trofi.... Tidak dinafikan Afdlin dan Haron telah mencipta jenama atas nama BOBOI.... menarikkan... dari situ dah nampak cabang bisness mereka... bagus mereka ambil peluang ini.....

SAEHU (ketiga) dan SYOK (keempat) pula bukan xbagus... ada turun ada naik..... apapun mereka turut membawa pulang wang tunai dan trofi tajaan astro... Syabas kepada mereka.....

Apapun lawak jenaka untuk rancangan ini telah menyatukan kami sekeluarga.... menonton beramai-ramai.....dan bergelak-gelak sakan... Pasal kontrobersi afdlin-chef Wan, adlin-chef Wan aku xmo ulaskan kat sini.... Sebab entry ini hanya untuk review rancangan MAHARAJA LAWAK MEGA malam tadi.... Tahniah Buat Pemenang

0 comment: