RSS

NGV meletop????

Satu perkara yang paling aku tak suka iaitu kemalangan di kawasan berisiko. Baru-baru ini terjadilah tradegi yang amat menyedihkan iaitu kemalangan di stesen minyak berhampiran pasar borong Batu Berendam. Antara stesen minyak yang baru dan salah satu daripada 4 stesen minyak yang mempunyai perkhidmatan NGV di Melaka. Apa yang meninggalkan teladan pada orang ramai ialah patuhi prosedur keselamatan semasa mengisi minyak atau NGV. Iaitu mematikan telefon bimbit, mematikan enjin dan Dilarang keras merokok. Aku bukan apa walaupun bende ni nampak remeh tapi sangat aku takuti memandangkan aku hidup dan hampir 12 jam aku berada di stesen minyak setiap hari aku terdedah dengan kemalangan yang mungkin bukan atas kecuaian aku sendiri tetapi orang lain...
Aku masih muda lah... amal ibadah belum cukup bekalan untuk bawa ke mati... tapi sedarkah pengguna2 kita sekarang ni tentang perihal keselamatan ini..
Memang tak dinafikan kadang2 orang cakap "saya pernah buat call masa isi tank kereta, tak meletop pun..." atau "pernah gak tak tutup enjin.. leceh nnt nak jalan kene start balik tak pernah pun jadi ape2" ini adalah manusia2 yang akan berubah sekiranya musibah seperti yang dinyatakan di atas berlaku pada diri mereka sendiri atau bahasa kasarnya kena pada batang hidung sendiri.. tapi wahai manusia sekelian masa itu menyesal pun tak guna.. kita mungkin kehilangan nyawa atau harta benda atau nyawa orang lain yang mungkin nyawa insan yang kita sayangi...
Kadang2 kawan-kawan bertanya.. apa kene mengena cell fon dengan pump minyak.. bukankah menerima isyarat telefon atau mengeluarkan isyarat telefon tidak mewujudkan apa2 cetusan api yang berbahaya di kawasan stesen minyak...
Apa dalam pemahaman aku, telefon bimbit yang mengeluarkan atau menerima isyarat akan mengeluarkan satu spark iaitu percikan kecil pada telefon bimbit yang mata kasar mmg lah tak nampak tp itulah yang bole menyebabkan risiko kemalangan mungkin terjadi...
Takziah pada keluarga mangsa dan kita doakan perkara ini tidak berulang lagi. Amin

0 comment: