Tak tau la..apa yang terjadi hari ini. Pertama kali aku sangat tidak berpuas hati dengan celcom broadband dan lebih menyedihkan aku , aku bengang sblm menikmati servis broadband celcom lagi... Kerana data aku masih belum ada wpun hampir 38 jam aku memiliki modem huawei dan data card langganan RM68 sebulan. Semuanya hampeh belaka. Tension untuk aku berjoli di alam maya setiap malam musnah.. so esok aku kene ke celcom branch di Melaka Raya dan harap2 mereka boleh aktifkan sim card aku ni.. aku dah kempunan nak berinternet 24 jam...
Internet ni dah sebati dalam jiwa aku.. kalau dulu aku adalah pengguna streamyx yang tegar sekarang aku beralih pada broadband dan bile ianya hampeh aku rasa sangat sakit hati...
Teringat suatu hari Haida pernah tanya aku, kenapa aku xboleh hidup tanpa internet, tak boleh hidup tanpa kereta. Tak sempat aku jawap dia dah menerangkan yang sejak awal lagi aku sudah disogokkan dengan benda2 macam tu so bila dah takde aku mula rimas dan cemas. Bagi dia mungkin aku hidup dlm keadaan yang mewah jadi benda gadget yang macam ni aku wajib ada. Tapi aku ada penjelasan tersendiri... Tak payah ckp jauh2 la, bayangkan diri anda bersiar2 dan dalam keadaan tiada telefon bimbit. Ada tak perasaan tak sedap hati atau rasa cemas semacam lebih2 lagi yang ada bf/gf nih. Tapi mungkin telefon bimbit tu ibarat keperluan, sesuatu yang perlu ada wpn org miskin dok kt kampung tu xd telefon tak mati pun mereka.. Macam tu la ibaratnya.. Bagi aku internet diperlukan sebahagian dalam kerja data acess internet perlu di key-in setiap hari. Selain itu.. internet adalah salah satu cara aku bersosial memandangkan aku tinggal dgn famili dan batasan sosial tu perlu dijaga dan juga mekanisme tuk mendekatkan diri aku dengan kawan2 yang tinggal jauh2..
Kereta pulak aku ibaratkan sebagai keperluan tuk aku bergerak. Memandangkan aku bukan warga kota yang punya pengangkutan awam yg efisien maka aku tak ada pilihan lain. Tiada kad touch n go untuk menaiki tren, putra, monorel bla..bla..bla.. yang tak memerlukan ko masa satu jam menunggu bas setelah berjalan kaki 500 meter sebelum ke tempat yang boleh dilihat bas. Kereta juga aku perlukan tuk tunaikan tuntutan kerja yang memerlukan aku ke sana ke sini dan aku tak kisah wpn punya kereta kecil yang enjin tak best asalkan boleh bergerak. Dan aku bukan mewah segala2nya ni aku capai dgn hasil kerja aku sndri selama 4 tahun.
Namun kata2 Haida pun ada betulnya. Aku berikan contoh terdekat iaitu adik aku. Setelah Kelahiran dia memang murah rezeki kami sekeluarga. Merasa la dia tidur di bilik 1st class berair-cond. Rumah pun bilik air-cond dan sampai sekarang dia berumur 11 tahun setiap malam memerlukan air-cond. Ini kerana sejak lahir dia sudah dibiasakan sebegitu... Jadi aku fahamlah kenapa Haida ckp macam tu pada aku.
Oklah panjang pulak cerita harini..