RSS

MIHAR HOMESTAY MELAKA.. intan nak bisnes homestay pulak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Lately Intan macam busy tapi sampai kadang2 lupa Intan ada blog... tak apalah untuk suka-suka aja blog ni... Harini Intan nak cerita tentang rumah Intan... dulu rasanya pernah juga postkn kat blog ni pasal rumah Intan ni... 1st house yang Intan beli la katakan, so sangatlah bermakna bagi Intan..

Sebenarnya dalam proses renovation memang drag masa yang lama... Mungkin silap Intan pilih orang yang tak betul menguruskan renovation ini... tapi bila Intan tukar kontraktor yang merupakan kawan Intan alhamdullilah semuanya lengkap seperti yang Intan mahukan...

Intan pun beria lah beli perabot, buat kabinet kitchen, pasang aicond untuk lengkapkan rumah ini.. Siap pasang unifi dan water pump lagi sebab rumah ini tinggi dan besar so nak air yang laju gitu...




Bila semua dah lengkap, Intan pun excited la nak duduk rumah ini, sebab dekat sangat dengan ofis tempat Intan keje... Duduk sorang-sorang seronok, nak masak apa nak makan, nak tidur puas2 tengok tv tak ada orang nak kacau... lebih-lebih lagi penduduk kejiranan Intan ni memang bagus-bagus, tak ada nak ganggu atau buat bising keterlaluan...

Namun tak sampai 2 minggu Intan duduk Rumah tu, Intan dikejutkan dengan kesihatan ayahanda Intan yang agak membimbangkan... kesian pulak tengok emak adik-adik menjaga ayah di hospital, Intan pun turut bantu...

Ayah Intan meninggal dunia di hospital pada10 Ramadhan yang lepas akibat serangan jantung semasa menjalani kimoterapi untuk kanser limphoma. sedih sangat Intan masa tu, apatah lagi emak Intan yang dah hidup bertahun-tahun dengan ayah Intan ni.

So Intan ambil keputusan untuk balik tinggal dengan famili serta menemani mak Intan bersama adik-adik, kalau dulu ayah Intan adalah penyumbang isirumah terbesar.. kini kami adik beradik lah yang menyara hidup mak dan seorang lagi adik oku Intan.... Intan pun tak mahulah mak Intan rasa sempit bila arwah ayah dah tak ada... so Intan teruskan keperluan mak Intan macam biasa... disamping berjimat cermat asalkan mak Intan tak terasa sudah lah kan...

ok habis kat situ, Sekarang cerita pasal rumah Intan ni... Bila Intan bagitau Intan asalnya memang nak stay rumah ini bermaksud intan tiada planning nak buat homestay atau sewakan pada orang lain... lebih-lebih lagi Perabot dan kelengkapan Intan agak mahal (yelah untuk keselesaan Intan sendiri)... tapi akhirnya Intan ambil keputusan untuk buat homestay memandangkan Intan kena sentiasa tinggal dengan mak Intan dan menemani mak Intan selalu....

Intan namakan homestay ni MIHAR iaitu RAHIM bila diterbalikkan sempena nama arwah ayah Intan... Wlaupun rumah ni Intan beli dari tahun 2011 tapi homestay ni masih nampak baru sebab
proses renovation yang lama dan Intan duduk situ tak sampai 2 minggu.... barang2 perabot yang Intan beli pun masih baru lagi..kos Intan untuk rumah ni agak tinggi juga sebenarnya... Jadi Intan mahukan tetamu homestay Intan selesa menginap di sini...

Jika rakan-rakan sini yang datang bercuti ke MELAKA dan yang berminat nak stay di Homestay Intan bolehla contact Intan ye, lokasi sangat strategik dan insyallah harganya berpatutan ;-




Rumah Teres Dua Tingkat dilengkapi • 2 ruang parkir • Internet Unifi / WIFI percuma • 3 bilik tidur ( aircond dan kipas) i) BILIK 1 (katil king dan katil Queen) ii) BILIK 2 (katil queen) iii) BILIK 3 (katil queen) • 3 bilik air (1 water heater) • Ruang tamu ber'aircond' • Set sofa selesa • TV LCD 32" & Njoi • Kelengkapan masak (dapur gas,water dispenser, kettle, microwave, pinggan mangkuk dll) • Kemudahan solat (telekung/kain pelikat & sejadah) • Mesin basuh automatic & mesin dryer (pengering baju) • Peti sejuk • Iron & ironboard • Set meja makan Lokasi berhampiran Homestay Stadium Tun Fatimah 5minit Masjid Al-Azim 5minit Hospital Besar Melaka 5minit Melaka Sentral 6minit Melaka River Cruise 7minit Tesco Peringgit/ Aeon Bandaraya 8minit Jonker Street/ Bandahilir/ Pusat Bandar 10minit The Shore 10minit Medan Ikan Bakar Alai 12minit Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyung 15minit Zoo / Taman Buaya/ Ayer Keroh 20minit Medan Ikan Bakar Umbai 20minit Untuk pertanyaan dan tempahan Whatapps Intan: 0196502959 Sufia: 0196983980


#homestaymelaka #cutimelaka


Terima kasih