RSS

Kemalangan (part 3)


Lamanya nak tau sambungan part 3 ni.... almaklum lah sibuk dengan kerja, urusan dgn lawyer, urusan bercuti...ekekekekek.... dah nak masuk 2 bulan mabel kat toyota servis apa khabar la agaknya...... Gambar hiasan dari en wiki diatas menunjukkan aku nak citer pasal urusan aku dgn polis trafik.....

oklah kawan-kawan, sekiranya anda terlibat dengan kemalangan apa yang anda perlu buat ialah
1. Keluar dari kenderaan anda dengan segera.....
2. Kalau boleh capai barangan berharga capai la... tapi kalo dah kelam kabut dan tergamam selamat kan diri lebih-lebih lagi keadaan yang berbahaya seperti tangki minyak bocor dan sebagainya
3. Tenangkan diri dan hubungi tow truck untuk menarik kenderaan anda....
4. Pastikan kenderaan anda dibawa ke balai polis dan anda juga boleh membuat repot kemalangan di balai polis unit trafik (perlu diingatkan report perlu dibuat 24jam dari masa kejadian kecuali kes-kes terkecuali spt anda @ mangsa cedera parah
5. Polis akan mengambil gambar kenderaan anda dan baru lah kenderaan anda itu boleh dibawa ke mekanik atau pusat baikpulih kereta....
6. Sekiranya anda adalah mangsa iaitu akemalangan berpunca dari kenderaan lain... pihak insuran kereta yang melanggar anda akan menanggung kos baikpulih kereta anda dan jika anda yang bersalah pihak insuran kereta anda yang menanggungnya pluss anda juga disaman oleh pilak polis sebanyak RM300.00
7. jangan lupa sepanjang masa kereta anda dibaiki anda boleh memohon 'wang pampasan' kepada pihak insuran si pelanggar kerana ketiadaan kereta menyukarkan anda menjalani kehidupan seharian (kes anda adalah mangsa)

Dalam kes mabel ... yer tow truck itu menghantar mabel ke pusat toyota sebelum ke balai polis dan yer aku dimarahi oleh polis kerana tidak menghantar mabel ke balai polis dulu... aku hanya jawab 'encik, saya bukannya eksident setiap hari, mana la saya tau' memang agak kurang hajar di situ tetapi aku benggang la cara pegawai polis itu memarahi aku.....kemudian dia marah aku sebab lambat buat report sedangkan belum cukup 24jam lagi.... aku ni keje, bukannya goyang kaki sepanjang masa jadi tak perlu lah nak marah-marah sebab bende tu.... (ok kemalangan tu terjadi pukul 9 pagi dan aku buat report pukul 8 malam...rasenya baru 11 jam) dan lepas tu en. polis tu asik menggugut kereta aku mungkin tak dapat dicover oleh insuran.... nak aje aku cakap, aku pun ada banyak duit nak betulkan kete aku sendiri... tapi aku sabar je la, dengan pegawai kerajaan yang hanya suke menekan rakyat jelata yang baikhati seperti aku ini..... sebelum dia membebel lebih panjang aku just cakap... kalau tak ade apa-apa yang lebih penting, saya nak balik dulu.... then aku terus blahh....

Pegawai polis itu juga cakap yang aku seharusnya disaman walaupun aku tidak melanggar kenderaan lain tapi disebabkan balai polis daerah itu belum menggenakan saman atas kes aku jadinya aku terlepas...... Nak aje aku cakap, cukup-cukuplah menakutkan aku dgn saman-saman bagai.... aku xheran dgn semua tu... Kau keje aku ikut prosedur.... kereta kene langgar, kalo ko marah-marah pun bukannya kereta tu elok sendiri....

Sebenarnya ni kali kedua aku masuk balai polis atas kemalangan mabel dan kali pertama memang aku makan hati dgn cara polis soal siasat aku (padahal masa tu aku tak bersalah= aku dilanggar). bila kali kedua ni aku jadi lebih berani ..... Bagi aku boleh soal siasat tapi kita ada budi bahasa tutur bicara..... Bukannya polis tu yang kene bayar kos repair kete aku... dia cuma ambil report sahaja..... tak perlu la berlebih-lebih yer

0 comment: