Assalamualaikum
Bermula minggu lepas Intan agak pelik sebab... Bila bangun tidur Intan tak boleh buka mata kiri... Eh kenapa ni... tapi mata kanan boleh buka pulak... Tak pulak rasa sakit masa tu... So Intan bangun dan menuju ke bilik air dapati banyak tahi mata yang melekat pada mata dan bulu mata Intan so menyukarkan Intan untuk buka mata.... Pelik jugak tu... Apsal pulak mata kiriku ini.... Intan bersihkan mata dengan air dan pastikan tidak tercabut sekali bulu mata tu untuk buang tahi mata yang banyak...
Selepas itu, Mata Intan memang rasa gatal dan merah-merah....Namun bila malam tiba, mata kiri ni rasa pedih.. nak kelip pun rasa pedih... Intan dah cuak dah... Macamana aku nak tidur ni....Pakai jari Intan, Gosok punya gosok, terlekat selaput mata yang nipis... Mata Intan berair tanpa melibatkan apa-apa aktiviti emosi...huhuhuhu....
Intan cuba juga untuk kelip-kelip dan memastikan air mata boleh mengeluarkan bendasing yang menyebabkan mata Intan pedih tu.... Walaupun tidak berjaya, Intan mula kelip mata banyak-banyak kali dalam segayung air..... Barulah kurang sikit pedih tu.....
Bila tidur seperti biasa, bangun pun seperti biasa...mata tak boleh buka kerana tahi mata yang tebal di mata kiri Intan.... owh..mata kanan tiada masalah apa-apa...
Hari ini Intan nak pergi farmasi untuk bertanyakan masalah ini... huhuhu risau ni... Jangan sakit mata berjangkit sudah la
0 comment:
Catat Ulasan