RSS

TRIP JEJU 2018 - Cuti-Cuti South Korea - Day 1 Part 2

Assalamualaikum Warahmatullah




Sambungan dari Part 1, Intan dah inform Intan dah Book Kia Morning, sampai sana saja, Minah kaunter tu tak bagi Intan kereta jenis tu atas alasan beg Intan terlalu banyak, besar dan perlu gunakan kereta yang besar jenis standard. Intan tak kisah pun sebab Intan memang nak tukar kereta sebelum sampai Jeju lagi, pastu Intan fikir Mak Intan mungkin xselesa kereta kecil so okey lah kalau nak tukar, tapi bila Minah tu bgtau tiada diskaun diberi, Intan agak tak puas hati. Yelah kita dah book awal, dapat discount 50% dari website untuk Kia Morning, lengkap dgn full coverage insuran bagai pastu dah bayar sesiap dapat diskaun lagi w5000. tetiba Minah tu bgtau tiada discount untuk kereta standard ni.. Lupa nak inform, kereta yang dicadangkan untuk Intan Kia K5, Dia ala-ala Honda civic/toyota Altis la lebih kurang besar dia.(agaknya kot sbb rasanya Camry lebih besar)




Intan mengimul lah salahkan diorang sebab dah le paksa tukar kereta pastu tak nak bagi discount agak bising jugak lah Intan depan kaunter tu sambil orang-orang lain dok pandang2... huhuhu bila fikir balik, ckp bising2 panjang2 ntah-ntah diorang tak faham pun kita cakap ape. sebab masalah komunikasi agak sukar lah sikit, english diorang agak susah Intan nak faham tapi boleh la sikit2. Kat sini nak bgtau, kalau korang memang cadang nak sewa kereta kecil pastu barang banyak, pandai-pandai lah korang elak dari diorang paksa tukar kereta... tapi kes Intan, kena terimalah walaupun masa tu tarik muka kejap lah Intan...



Sedang duduk-duduk tunggu di panggil untuk ambil kereta, Intan bukak lah website Lotte rent car ni dan cuba select jenis kereta Kia K5, eh ade lah discount bukan tak ada... haishhh minah kaunter ni... xpasal-pasal kene dengar bebel Intan panjang-panjang. Dia tak faham kot jenis discount yang kita minta.. bukan kita minta discount tambahan atau extra, cuma kekalkan discount yang ada... So bila dah tau ada discount agak lega jugalah, mujur dapat gps versi english selain tu Intan amik full coverage insuran... Bukan ape kadang-kadang kita tak excident ape2 asal ada kemek dia charge... tapi kalau ada yang tak nak ambil insuran, make sure snap kereta mana calar mana kemek supaya tak kena tekan bila pulangkan kereta nanti... Lagi satu ambil kereta full bar minyak so pulang kereta pun perlu penuhkan tangki juga..





Selepas  ditunjuk ajar cara basic nak drive kereta oleh oppa rent car ni, so kami pun bergerak ke hotel. nak bgtau jugak oppa ni lebih fluent dari minah kaunter tu, senang nak faham dia cakap apa...huhuhu. Mula-mula kekok lefthand driving ni tapi lama-lama okey lah. Intan pun first time guna smart key untuk start enjin kereta ni... agak kagum lah jugak sebab kereta kami di Malaysia tak secanggih ni lagi... Kereta pun selesa so Intan puas hati lah jugak kereta yang selesa untuk mak Intan. Nak inform juga, gps ni selain cari arah tempat, juga mengesan speed bump, red light camera dan speed camera. Jadi jangan lah bawak laju-laju... Intan perasan highway pun paling tinggi dalam 70km/jam... kalau tak bising je lah gps tu...



Beachscape pension 

Jarak Jeju Airport ke Hotel kami dalam 5 minit je, memang dekat sangat pun. Sampai di Hotel terus check in. Intan nak bgtau pasal hotel ni memang Intan puas hati sangat-sangat. Kriteria yang kami nak ialah ada private kitchen, ada katil untuk 4 orang, ada wifi yang laju sebab afiqah semiau mesti nak bukak laptop, isamsung, 2 henfon dia selain 2 mp3 dia.... huhuhu kau mampu pergi bercuti dengan benda alah ni sume. walaupun setakat electric stove sudah memadai untuk kami. Lupa nak bgtau bilik kami sebelah office je, so tak perlu daki banyak anak tangga, syukur lah sebab kita bawak mak kan... hotel ni tak ada lif tapi ada bilik basement juga so kalau dari luar bilik Intan ni tingkat 2 lah... depan office ada water filter air panas / sejuk siap ada kopi maxim lagi... untung sangat kami...



dapur yang serba lengkap pinggan mangkuk/cerek electric/rice cooker/peti sejuk/kuali leper/periuk  dll

Tentang wifi memang laju, puas rasanya main internet... baik wifi hotel mahupun wifi mobile yang kami sewa, kedua-duanya amat memudahkan kami... pantas dan laju gitu... bila lah internet Malaysia nak semaju itu... sob sob sob...TV bilik kami banyak sangat chanel, tapi mostly bahasa korea la... yang kitorang leh tengok fox movie dengan axn. Afiqah boleh pulak layan kartun korea ni, pagi-pagi dah tergelak-gelak tengok kartun..ntah faham ke ntah tak... Kami juga menggunakan mesin basuh yang terletak di bilik laundry depan pintu masuk. Cuma dryer je tak ada so kami diberi hanger rack untuk sidai baju sendiri di balconi bilik... Baju memang cepat kering sebab musim panas kan time Intan pergi ni..


2 katil queen utk 4 orang
Cerita sebelum check in, bila sampai hotel, mak Intan tak boleh keluar sebab pintu kereta macam jam bila nak dibuka dari dalam.. So Mak Intan suspect child lock lah... so lubang child lock tu, mak Intan pusingkan supaya boleh dibuka dalam dan luar.. Tetiba pintu belakang tu terus xboleh tutup, macam ada besi yang halang... Macam-macam cuba pintu tak boleh ditutup, kebetulan manager hotel tu keluar, Intan minta tolong dia... Baik sangat orangnya, dia pun cuba macam-macam... Bila tak berjaya, dia minta resit Lotte Rent Car ni, dia terus call pakai handfon dia pastu cakap bahasa korea... Intan dengar macam marah2 la dia cakap kat orang dalam telefon tu... Entah macamana dia godeh-godeh, pintu berjaya ditutup... Alhamdullilah... terima kasih banyak2 Mr Bohyeon kerana memudahkan urusan kami..
Mr Bohyeon sedang membantu menguruskan hal pintu kereta belakang tak boleh tutup ni ha
Malam tu kami hanya rehat dalam bilik. Makan malam pula, sajian nasi dan sambal sosej dari bekalan. Kami tidur dengan lena gitu... Water presure, aircond pun tiada masalah semuanya baik sahaja...

Nanti Intan sambung Day 2

Perbelanjaan
Hotel 6 hari : RM2093.54
Kereta 6 hari: RM 1870.41

TOTAL : RM3963.95 @ RM 990.99/person

TOTAL BESAR : RM7146.95


TRIP JEJU 2018. Cuti-cuti South Korea- Day 1 Part 1

Assalamualaikum Warahmatullah

kita mulakan muqadimmah dengan gambar awan

Lama intan tak update blog, lebih-lebih lagi sibuk sangat menguruskan kerja sehingga nak tanguh dulu blog ni... sampai satu masa Intan tak boleh nak recall balik pengalaman Intan. Tahun 2018 saja intan sempat juga melancong ke Padang, Indonesia (percutian bersama mak Intan yang masa tu baru saja habis eddah atas kematian arwah ayah), Umrah BaitulMaqdis  so singgah di Jordan dan BaitulMaqdis (Israel/Palestin),sebelum ke MEKAH dan MADINAH. Semasa trip Tokyo, JEPUN Feb2018, Intan berkobar-kobar juga nak update... akhirnya bila terlalu lama... terus lupa.. so nak update ape nya kalau dah lupa..

Sebenarnya tujuan Intan update ni, bukan sekadar ingatan Intan masa akan datang tapi untuk rujukan pembaca-pembaca lain juga... Walaupun blog Intan tak adalah sefamous blog-blog lain tapi Intan rasa perlu, memandangkan Intan banyak buat rujukan untuk trip-trip Intan dengan menjengah blog-blog orang lain, jadi tak salah untuk blog Intan jadi rujukan orang lain yang nak ke JEJU pulak kan.. jadi sharing is caring... kan.


Percutian kali ini adalah bersama keluarga iaitu Mak Intan dan Dua Orang adik Boy dan Afiqah Semiau... Antara persiapan yang Intan buat ialah

1) Book Hotel thru booking.com,
2) Buat IDP (International Driving Permit) memang diperlukan jika nak sewa kereta
3) Book kereta sewa thru LOTTE rent car,
4) Book wifi melalui KLOOK,
5) Ittinery lengkap 6 hari (tak ikut langsung ittinery ni),
6) Tukar duit won w1000 = RM3.563. Intan tukar W1,100,000
5) Alatan memasak dan bahan-bahan (Kami banyak makan masakan sendiri)

IDP Intan, sah setahun saja dengan bayaran RM150.00


macam sebulan bekalan kami kan
Ada sesuatu jugak Intan nak share. Masalah kita kalau di luar negara antaranya toilet tak ada air... Menyukarkan sangat, setakat ada tisu pun tak rasa puas kan... Dulu Intan selalu standby wet tissue.... pastu bawaklah air botol mineral, isi air siap-siap kat singki dan bawak masuk toilet.. Tapi ada satu botol yang sangat sesuai untuk tujuan itu.... Intan beli semata-mata untuk urusan ini.... Benda ni Intan gunakan atas perkongsian dari member masa melancong di Jepun so Intan rasa walaupun tak sepuas ada paip dalam toilet tapi still memadai... Botol ni boleh dibeli di Station Minyak Shell... Masa guna botol ni dalam toilet.... picitkan aje.... Intan sebenarnya suka beli dan minum Mineral Mesra di Petronas, air spritzer pun tak berapa suka  tapi beli jugaklah Air mineral botol unik ni di Shell untuk tujuan ni... gambarnya di bawah
Water to Go 

5 Ogos 2018, Kami bergerak dari melaka ke Puchong dan bermalam di rumah kakak kami kerana Flight Airasia bertolak pukul 6.50am pada 6 Ogos 2018. Apabila selesai check in beg semua, Intan bergegas ke pusat Pick Up wifi, sebab Intan perlukan mobile wifi untuk sumber internet di sana. Lebih-lebih lagi adik Intan memang hantu gadget so amat sangat lah diperlukan. Intan book melalui KLOOK dan pick up di klia2. proses sangat mudah, harganya pun berpatutan. Masa Intan sewa masa tu RM14/SEHARI tapi sekarang dah turun RM12/SEHARI, stress aje kan...huhuhu. Line di korea sangat lancar dan sangat-sangat membantu. Boleh guna max 10 device, tapi kami pakai dalam 5 device camtu la, line memang bagus.. ini link sewa wifi yang Intan gunakan

www.klook.com/activity/3465-wifi-device-korea-jeju/?krt=s21&krid=ae27410f-1a0f-43ee-64de-47d0093b4cfa

Walaupun dalam kelamkabut berjaya juga sampai di terminal dan bergilir solat Subuh di Terminal mujur balai berlepas kami tidak jauh. Kami bergilir-gilir untuk menjaga adik dan beg. Syukur KLIA2 dilengkapi surau yang selesa.. Untuk perbelanjaan tiket flight, Intan hanya menempah 30kg beg luggage dan makanan setiap seorang. Return pun sama itupun book last minit tambah prebook luggage sbb di Puchong, bila timbang beg kami melebihi berat.

Perjalanan mengambil masa 5 jam 50 minit. Alhamdullilah semuanya selamat, adik Intan pun tak buat perangai. Cuma Intan pelik, Air Asia menyedia prebook makanan agak lewat. Tapi Intan tak kisah sangat sebab tak lapar sangat dan sebelum berlepas lagi Intan dah tertidur. Sampai di Airport JEJU kami terus amik beg dan menuju ke parking shuttle bas untuk pick up kereta sewa. Sampai di pintu arrival, lintas jalan dan menuju ke susur gajah belah kanan... Kita akan nampak satu bangunan kecil ala-ala terminal bas kecil. Intan dah book dari LOTTE-RENT CAR. dan cari parking area 6-9 untuk shuttle bas ke JEJU AUTO HOUSE.

Keluar airport, lintas jalan... terus ikut susur gajah kanan


ikut saja anak panah

inilah bangunannya, depan bangunan ni cari parking 6-9 shuttle bas ke jeju auto house, jika tak tahu boleh tanya ahjussi, yang sedia membantu. sebut je LOTTE RENT CAR dia tunjuk je shuttle BUS yang boleh naik.. bas ni free tau
kaunter sewa kereta.. hanya 1 kaunter dibuka untuk foreigner.. English mereka... agak samar2 gitu nak faham. tapi mereka cuba lah juga nak faham siap googlekan translate kat screen pc kaunter tu 


www.lotterentacar.net/kor/main/index.do

Sebenarnya Intan dah book kereta jenis Kia morning untuk kami berempat, kereta paling compact.. Antara sebabnya ialah, Intan risau bawak kereta besar-besar untuk lefthanded.. takut tak biasa dan masa Intan book tu, Intan dah terus bayar sebab boleh dapat discount W5000, tanpa memikirkan beg-beg yang kami bawa, pastu rasa menyesal pulak kan.. tapi dah bayar so nak tukar macam tunggu je lah nanti..  Sesampai di JEJU AUTO HOUSE drama bermula... deng..deng..deng...;

Nanti Intan sambung.

Perbelanjaan
tiket flight Air Asia : RM2949.00 (tix return inc)
IDP = RM150.00
KLOOK wifi = RM84.00

total: RM3183.00 @ RM795.75/person