RSS

TRIP JEJU 2018 - Cuti-Cuti South Korea - Day 1 Part 2

Assalamualaikum Warahmatullah




Sambungan dari Part 1, Intan dah inform Intan dah Book Kia Morning, sampai sana saja, Minah kaunter tu tak bagi Intan kereta jenis tu atas alasan beg Intan terlalu banyak, besar dan perlu gunakan kereta yang besar jenis standard. Intan tak kisah pun sebab Intan memang nak tukar kereta sebelum sampai Jeju lagi, pastu Intan fikir Mak Intan mungkin xselesa kereta kecil so okey lah kalau nak tukar, tapi bila Minah tu bgtau tiada diskaun diberi, Intan agak tak puas hati. Yelah kita dah book awal, dapat discount 50% dari website untuk Kia Morning, lengkap dgn full coverage insuran bagai pastu dah bayar sesiap dapat diskaun lagi w5000. tetiba Minah tu bgtau tiada discount untuk kereta standard ni.. Lupa nak inform, kereta yang dicadangkan untuk Intan Kia K5, Dia ala-ala Honda civic/toyota Altis la lebih kurang besar dia.(agaknya kot sbb rasanya Camry lebih besar)




Intan mengimul lah salahkan diorang sebab dah le paksa tukar kereta pastu tak nak bagi discount agak bising jugak lah Intan depan kaunter tu sambil orang-orang lain dok pandang2... huhuhu bila fikir balik, ckp bising2 panjang2 ntah-ntah diorang tak faham pun kita cakap ape. sebab masalah komunikasi agak sukar lah sikit, english diorang agak susah Intan nak faham tapi boleh la sikit2. Kat sini nak bgtau, kalau korang memang cadang nak sewa kereta kecil pastu barang banyak, pandai-pandai lah korang elak dari diorang paksa tukar kereta... tapi kes Intan, kena terimalah walaupun masa tu tarik muka kejap lah Intan...



Sedang duduk-duduk tunggu di panggil untuk ambil kereta, Intan bukak lah website Lotte rent car ni dan cuba select jenis kereta Kia K5, eh ade lah discount bukan tak ada... haishhh minah kaunter ni... xpasal-pasal kene dengar bebel Intan panjang-panjang. Dia tak faham kot jenis discount yang kita minta.. bukan kita minta discount tambahan atau extra, cuma kekalkan discount yang ada... So bila dah tau ada discount agak lega jugalah, mujur dapat gps versi english selain tu Intan amik full coverage insuran... Bukan ape kadang-kadang kita tak excident ape2 asal ada kemek dia charge... tapi kalau ada yang tak nak ambil insuran, make sure snap kereta mana calar mana kemek supaya tak kena tekan bila pulangkan kereta nanti... Lagi satu ambil kereta full bar minyak so pulang kereta pun perlu penuhkan tangki juga..





Selepas  ditunjuk ajar cara basic nak drive kereta oleh oppa rent car ni, so kami pun bergerak ke hotel. nak bgtau jugak oppa ni lebih fluent dari minah kaunter tu, senang nak faham dia cakap apa...huhuhu. Mula-mula kekok lefthand driving ni tapi lama-lama okey lah. Intan pun first time guna smart key untuk start enjin kereta ni... agak kagum lah jugak sebab kereta kami di Malaysia tak secanggih ni lagi... Kereta pun selesa so Intan puas hati lah jugak kereta yang selesa untuk mak Intan. Nak inform juga, gps ni selain cari arah tempat, juga mengesan speed bump, red light camera dan speed camera. Jadi jangan lah bawak laju-laju... Intan perasan highway pun paling tinggi dalam 70km/jam... kalau tak bising je lah gps tu...



Beachscape pension 

Jarak Jeju Airport ke Hotel kami dalam 5 minit je, memang dekat sangat pun. Sampai di Hotel terus check in. Intan nak bgtau pasal hotel ni memang Intan puas hati sangat-sangat. Kriteria yang kami nak ialah ada private kitchen, ada katil untuk 4 orang, ada wifi yang laju sebab afiqah semiau mesti nak bukak laptop, isamsung, 2 henfon dia selain 2 mp3 dia.... huhuhu kau mampu pergi bercuti dengan benda alah ni sume. walaupun setakat electric stove sudah memadai untuk kami. Lupa nak bgtau bilik kami sebelah office je, so tak perlu daki banyak anak tangga, syukur lah sebab kita bawak mak kan... hotel ni tak ada lif tapi ada bilik basement juga so kalau dari luar bilik Intan ni tingkat 2 lah... depan office ada water filter air panas / sejuk siap ada kopi maxim lagi... untung sangat kami...



dapur yang serba lengkap pinggan mangkuk/cerek electric/rice cooker/peti sejuk/kuali leper/periuk  dll

Tentang wifi memang laju, puas rasanya main internet... baik wifi hotel mahupun wifi mobile yang kami sewa, kedua-duanya amat memudahkan kami... pantas dan laju gitu... bila lah internet Malaysia nak semaju itu... sob sob sob...TV bilik kami banyak sangat chanel, tapi mostly bahasa korea la... yang kitorang leh tengok fox movie dengan axn. Afiqah boleh pulak layan kartun korea ni, pagi-pagi dah tergelak-gelak tengok kartun..ntah faham ke ntah tak... Kami juga menggunakan mesin basuh yang terletak di bilik laundry depan pintu masuk. Cuma dryer je tak ada so kami diberi hanger rack untuk sidai baju sendiri di balconi bilik... Baju memang cepat kering sebab musim panas kan time Intan pergi ni..


2 katil queen utk 4 orang
Cerita sebelum check in, bila sampai hotel, mak Intan tak boleh keluar sebab pintu kereta macam jam bila nak dibuka dari dalam.. So Mak Intan suspect child lock lah... so lubang child lock tu, mak Intan pusingkan supaya boleh dibuka dalam dan luar.. Tetiba pintu belakang tu terus xboleh tutup, macam ada besi yang halang... Macam-macam cuba pintu tak boleh ditutup, kebetulan manager hotel tu keluar, Intan minta tolong dia... Baik sangat orangnya, dia pun cuba macam-macam... Bila tak berjaya, dia minta resit Lotte Rent Car ni, dia terus call pakai handfon dia pastu cakap bahasa korea... Intan dengar macam marah2 la dia cakap kat orang dalam telefon tu... Entah macamana dia godeh-godeh, pintu berjaya ditutup... Alhamdullilah... terima kasih banyak2 Mr Bohyeon kerana memudahkan urusan kami..
Mr Bohyeon sedang membantu menguruskan hal pintu kereta belakang tak boleh tutup ni ha
Malam tu kami hanya rehat dalam bilik. Makan malam pula, sajian nasi dan sambal sosej dari bekalan. Kami tidur dengan lena gitu... Water presure, aircond pun tiada masalah semuanya baik sahaja...

Nanti Intan sambung Day 2

Perbelanjaan
Hotel 6 hari : RM2093.54
Kereta 6 hari: RM 1870.41

TOTAL : RM3963.95 @ RM 990.99/person

TOTAL BESAR : RM7146.95


0 comment: